Tuesday, December 14, 2010

.::DAY 13::.


Challenge 13 : A letter to someone who has hurt you recently


Kehadapan kekasih gelapku, Uitm yang dikasihi semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Apa khabar kau kat sana? (Maaflah kalu aku berkasar dengan menggantidirikan 'KAU dan AKU' saja. Hope kau tak kisah) Kau sihat tak? Harap-haraplah kau sihat-sihat je sebab kau ada keje yang perlu dibereskan. Apa dia? Kau tak tau ke? Ni yang buat aku bertambah marah ni. Kau saja nak sakitkan hati aku kan? Bape kali da termasuk kali ni? Aku taulah aku tak layak nak masuk Uitm tu. Tapi cuba kau bagitau aku apakah kelayakan yang kau nak pada bakal pelajar kat sana tu? Insya Allah aku cuba penuhi kriteria-kriteria yang kau nak tu walaupun Gunung Everest kau nak ku daki.

Sayang,
Kau mesti tertanya-tanyakan apa salah kau dengan akukan? Tunggu jap! memang aku nak cite pon. Sabau! Pelan-pelan kayuh. Tanggal 28hb November 2010 bersamaan Ahad, jam 12.00 tengah hari. Aku tau kau akan paparkan keputusan permohonan ke Uitm pada jam tersebut tapi aku tak check tepat pada waktu pon. Aku kuar lepak ngan memember lama aku. Aku saja je tak nak check on time sebab aku tau internet very slow time tu. Kenapa kau tanya? Sebabnya kau pon taw. (Buat-buat tanya plak.huh!) Sebab bukan aku sorang je yang apply. Ramai lagi warganegara Malaysia ni yang apply kan? So, mestilah line busy. Ramai yang berkobar-kobar nak check result dorang time tuh. Then, aku pon decide nak check tengah malam je tunggu tak ramai yang online. Lantaran itu, aku pon keluar berfoya-foya sambil berjoyah dengan kengkawan aku.

Kekasihku,
Pada malam hari yang sama, usai segala aktiviti harian aku pon terus duduk di depan PC rumahku bagi menyemak keputusan permohonanku. Hatta, aku pon menaip 'Permohonan Kemasukan ke Uitm Sesi Disember 2010' di Google Search dengan hematnya. Setelah paparan portal Uitm telah keluar aku pon mengkelik pada semakan permohonan. Di situ pihak kau minta aku memasukkan no kad pengenalan aku. Aku pon menaip dengan perasaan yang aku pon da lupa macam mana. Yang aku taw memang jantung aku ni berdegup kencang macam lepas lari pecut 110 meter berpagar sambil terjatuh di pagar ke-2 lantas bangun untuk meneruskan perlarian hingga ke garisan penamat (Berpagar? Biar! Saja aku nak world kan cerita).

Uitmku,
Apa kau nak tahu, alangkah terkejutnya aku apabila yang dipaparkan adalah...

"Harap Maaf,

Permohonan anda ke Universiti Teknologi MARA adalah tidak berjaya."


Oh tidak! Tak mungkin. Aku tersandar di kerusi itu ketika itu. Senyap. Tanpa kata. (Hanya kipas menjalankan rutinnya) Apakah yang bakal terjadi pada masa depanku. Futureku. Apakah benar aku tak layak? Yeah! Aku tak layak di situ. Akur.

Kau yang ku sayangi,
Apa salahku kau buat ku begini dalam dilema dia antara jalan derita. (Nyanyi lagu persimpangan dilema la plak). Apa salah aku kat kau weh? Aku nak taw gak. Member aku 2 orang mintak kos yang sama ngan aku dapat je. Kau tak puas hati apa dengan aku? Aku menggatal ngan laki kau ke? Tak pon langgar kete Vios kau? Atau mungkin mood kau tak OK skrg ni? Aku rasa semua tu tak mungkin sebab sumpah aku tak pernah buat semua tu dan pasal mood kau aku takde kene mengenakan sebab kita jumpa pon tak pernah. Aku je kenal kau tapi kau..mana nak kenal aku kan?

Oleh yang demikian, aku telah pon membuat rayuan bagi mencuba nasib buat kali yang kedua. Who knows ada rezeki akukan? Tak salah aku mencuba. Namun, harapanku kali ini tidaklah tinggi melangit bimbang tersungkur lagi. So, sekarang ni aku terpaksalah menjalani rutin harian aku seperti biasa ke tempat kerjaku tanpa memberangankan diri ke menara gading.

Takpelah mungkin bukan rezeki aku ke sana kali ini. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Aku redha dan pasrah jika ini kehendakNya untuk aku. Mungkin keluarga lebih memerlukan aku di saat ini. Akur di situ.

Akhir kata, aku tak kisah apa pon yang bakal terjadi lepas ni. Aku pasrah dalam keredhaan lalu terima seadaanya ketentuan qada' dan qadar dariNya. Semoga kau mempertimbangkan permohonan rayuanku sewajarnya supaya aku tidak menulis seperti ini lagi demi kebaikkan semua pihak sama ada yang hidup mahupon yang telah meninggal dunia. Sekian sahaja penulisan rasa ketidakpuashatianku terhadapmu wahai kekasih gelapku. Pen-off!


Yang derita merinduimu,
Shila Suhaimi



Bicarasikacamata : Jika sesuatu sudah tertulis bukan milik kita maka ia bukanlah milik kita dan jangan ditangisi pemergian itu.

BlogUpdate : They just received this letter and allowed me in. =)

2 comments:

shila suhaimi said...

yeah!its sound difficult.but im wondering y 2 of my friends still get in sedangkan our result lebih kurang sama je during study at poli.but i was thinking rezeki masing2 right?
btw, thanks for sharing.nice meeting u!

shila suhaimi said...

dear azeanthy,
tell u what..im get in!

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.