Sunday, August 5, 2012

Facebook and Nostalgia in year 1996

Recently..my best friend during primary school n masih berbest friend till now upload one of the nostalgia photo kat mukabuku. Mashaallah. I was so surprised sebab aku memang cari pon photo ni since i had lost it masa pindah rumah dulu. Mukabuku telah menemukan aku dengan photo ni. Sangat sangat nostalgia okay? It was taken in year 1996...korang kira lah berapa tahun lamanya. Masa ni gua darjah 1 der! 


Sila teka yang mana satu Shila Suhaimi. HUHU!

Thus..bila gambar ni diupload ramai kawan2 from primary school add friend aku. Sesungguhnya facebook telah menaburkan jasanya menyatukan ikatan persahabatan kami yang sudah lama terpisah.
Terima kasih Mark Zuckerberg!


Bicarasikacamata : Sedang menggeledah bilik untuk mencari diari during secondary school. Seems like i lost it too. :(

Joyah time!

Bila tengok member aku upload photo ni kat FB rasa nak update blog plaks..huhu! 
Even effect dia agak blurr yet i love this picca so much! kinda lovely and awesome photo. 
Ni lah member aku lepaking kalau balik rumah or time cuti semester.
 Dorang sangat sangat sangat JOYAH okayyy!
 Kalau lepak ngan dorang ni korang memang pecah perot tak tahan gelak. 
Bak kata kema anak tekak aku dah nak keluar dengan joyah korang ni. HAHAHA! 


Bila berjoyah tak hengat...when turn to taking photos..Cehhh!  Control nak mampuh!

Dah nama pon lepaking time bulan puasa so kitorang kurangkan sikit aktiviti berjoyah tu..menghormati bulan pose kateko..hahaha! In fact lya dah kahwin sekarang ni so encik hubby dah panggil alek. Event ditangguhkan.



Bicarasikacamata : Dorang ni sangat sangat menghiburkan hati aku. No hurt feelings okay.

Pavlova

Taraaaa...i present to you..PAVLOVA! In the first place memang aku tak tau apa itu pavlova till my bff told me about this thing. Dan yang paling excited nak buat benda ni pon bukan aku. Her. Aku assistant chef je but hasilnya sangat sangat membanggakan. Sedap giler! After first trial bermulalah 2nd dan seterusnya...and tell u what..aku dah start suka membaking! Tengok bawah ni...yummy yummy!



First attempt..not bad!



Bicarasikacamata : Pasni nak try bake orange cake plak. Sebab ada orang dah start bagi hint suka that cake.

Blog Tinggal

Perhhhh! Lama giler tak hadap benda ni. Kesian plak blog aku jadi blog tinggal. Jangan berhantu sudah. Ngeh3~ Nak kata busy tu idak lerrr...just tade mood n tade apa yang nak diceritakan gamaknya. Jalan blog orang pon jarang. Aku lupa aku ada blog sebenarnya. Maaf bloggie. Aku lupa. Nanti ada masa aku update okay? Bila dah lama tinggal ni banyak sebenarnya nak bercerita. Tapi susah jugak kalau dah aku ni jenis malas nak menaip. HAHA. Apapun tunggu. Ada cerita yang bakal di UP UP kan.

Bicarasikacamata : Sempat lagi tak nak diet bila dah half ramadhan ni. Sambal udang petai ibu membunuh!

Friday, December 16, 2011

Chewahhh! Dah jadi designer ke cik shila kita neh...=)




First proposal - AMENDED!


Second Proposal - ACCEPTED!


Wahhh! aku ke design neh...eh mestilah! copyright reserved okayy! Tiba2 rasa nak challenge Hatta Dolmat..haha! ada hati ko ea shila? Ntah-ntah dia gelak je tengok design neh...huhu! gurau je kot..aku neh memang tade keje agaknya padahal assignment sume berlambak..study week plak seminggu je..ta reti-reti nak study ke?

Okok! neh last projek aku before study week la neh..nanti time exam confirm dah ta wat keje lain dah selain mengadap buku yang tebal menebal tu..


Okay..now kita masuk topic sebenar kita. Aku baru je siap proposal design t-shirt kelas aku...ni pon amatur je..tade software2 tok mereka cipta neh...apa yang ada dalam lappy neh aku redah je dan...keluarlah design yang tak berapa nak jadi neh...nama pon design je kan? Janji pak cik yang nak buat baju neh nanti tau apa yang kitorang nak berdasarkan design aku neh..


By the time, aku pon da propose design neh kat kelas dan dorang pon suka ngan design neh and now aku ley proceed dengan saiz dorang plak...hmmmm! ta sabar nak tunggu t-shirt neh siap..dorang kata nak pakai naik bas balik kampung hujung sem nanti...huhu! macam2...


Bicarasikacamata : Cuba sibukkan diri bagi melenyapkan lara di hati..=)

Monday, November 28, 2011

hand-made fresh from oven!

Nak kata bisnes maju tu idak lee...ate untung pon tak nampak lagi...tp alhamdulillah sambutan memberangsangkan dari sahabat handai...biasalah benda-benda yang comel camni ramai orang suke..so kalau dah suka apa lagi? find us on Facebook! Shila Suhaimi & Ifa Islam.=)


Both are made by me. Hope korang sukeee...namo tensi-tensi keh? 








Bicarasikacamata : Dah kol 2..patotlah perot dah berkeroncong! 

Aku suka makan tom yam!

Morning u olls! hai...awal bangon shila! smlm tido kemain lewat lagi...hmmmm..ingat nak bantai tido lagi tapi bila pikirkan hamparan kerja di meja aku pon bingkas mandi...papehal before wat keje kita kemas blog dulu...heeeee! 

by the way nak story sal smlm...in the first place i would like to thank to Hanis Halim coz bought me to superb tom yam restaurant in Shah Alam for our dinner last night..terangkat habis tom yam dia nokkk! Pasneh sure aku datang lagi...korang nak tau ke kat mana tom yam best kat shah alam neh?

Okok..aku brief sikit la ye...sebab ada benda lain nak buat neh...hihi! restoran dia kalau korang dari 2nd gate UiTM Shah Alam neh dia belok kiri teros je dan terletak belah kanan jalan on the way nak pi Komuter Padang Jawa tu..nama restoran dia Putera Ayu...nanti rajin-rajin korang ajaklah family or kengkawan korang drop by and makan kat sini keh? memang seswai la nak wat any function..sebab time aku pegi semalam pon ada orang baru nak wat birthday party...nasib baik time tu dah nak balik and perot pon dah penuh..kalu tak mahu terliur dengan secret recipe birthday cake meja sebelah 2...wakaka!


 So aku extremely suggest kepada penggemar tom yam kat luar sana memang neh lah restoran tom yam yang aku rasa korang patot cuba try test tengok...heeeee!

Kailan ikan masin

Ayam masak kicap

Siakap tiga rasa..yum yum!

The best food ever...TOM YAM!
Bicarasikacamata : Aku bagi 4 bintang!

Sunday, November 27, 2011

Delivery service

Selamat tengahari korang! dah lunch ke? Aku gak yang lom lunch ag..time neh la mula terpikir tade orang ke nak wat delivery service??? Aku ta lapa tapi takot makanan kat cafe tu abes...macam semalam aku terpaksa post-pone lunch aku pegi dinner...sebabnya??? sebab aku turun lunch pon dah kol 2pm..boleh makanan kat cafe tu abes..mana tak abes kalau dah dua cafe je yang bukak..aiyak!

 Aku pon dengan malas naik bilik balik ingat nak amik Bit-bit kad ngan tukar baju sebab nak gi makan kat seksyen 2..last-last ujan plak! Makan roti la jawabnyaaa...uwaaaa! Disebabkan ujan turun dengan nyamannya aku pon tido bagi menghilangkan rasa lapar tu..wakaka...hambek ko! kol 5pm baru aku bangun...paling besh bangon-bangon teros siap pi makan..


Alamak! disebabkan lapar tahap dewa aku pon tak sempat nak snap gambar nasi goreng cili padi yang banyaknya tak hengat tu untuk diupload kat sini...hihihihi! Untuk hari ni aku masih malas nak turun cafe tu...sebab assignment melambak! Korang makan apa ea? Ingat-ingatlah aku kat sini sama noh...Oklah! Nak sambung wat assingment...bai!



Bicarasikacamata : Nasib baik presentation ECO 415 post-pone!

Percubaan Pertama...FELT CRAFT!

Setelah menyepi sekian lama...now i'm back! apa citer la blog aku sekarang neh..bersarang berdebu habis gara-gara tuan rumah dia busy dengan study. Nak wat camne kan nak hidup terang benderang di masa depan kene kuat sikit..hehe! by the way untuk menerangkan lagi lampu yang sedia ada tu bagi menyuluh setiap ruang yang ada aku pon mula terfikir nak berjinak-jinak wat bisnes kecil-kecilan..leh la wat tambah poket money aku dok kolej neh.. idea neh datang dari partner aku..Ifa Islam. So, dengan kemahiran yang tak berapa nak ada aku pon join jela...belajar sikit-sikit mana yang ta reti tu. Korang pikir bisnes apa aku buat? jeng..jeng..jeng!



Untuk si dia.

Ladybird-shaped

Ice-cream shaped

Sedapnyeeee...=P


In progress..Tempahan nama dari Asma Husin..=)



Nak gantung dalam kereta pon boleh.


percubaan pertama dari Ifa Islam.



Inilah hasilnya

So for those who are interested in our felt craft..korang leh pm Shila Suhaimi or Ifa Islam kat facebook. Oklah daaaa...Happy working to me..=)

Bicarasikacamata : Belum ada untung...=)

Friday, September 9, 2011

.::Hari rabu yang menyegarkan::.

Hari rabu yang sangat menyegarkan. 
Disebabkan aku last minggu neh 
so dak-dak opis ajak aku lunch kat luar. 
Nak celebrate la kononnya. 
Aku pon dah orang ajak tu polo jela. 
Nama pon nak pi melantak.
 Haruslah menghadirkan diri. heeeee~

Hari tu Lunch dengan officemate kat 
Garden Restaurant, Alamanda.
 Restoran ni baru je buka kat Alamanda Putrajaya neh.
 Branch terbesar dia kat Mid Valley. 
Aku nak cakap banyak pon tak besh...so, enjoy the photos!

Mempersembahkan...Garden Restaurant!


Wahhh! ni konsep dia...restoran dalam taman.

Rambang mata pilih menu la tu...=)

Pose kat kusi cantik...kak sue n nick!


Prawn Spagetthi..heeee~ Pilihan kak sue n kak norin.

Ni nick punya...apa ntah nama dia ta ingat!=P


This is mine...Chicken Lasagna. Sangat sedap okayy!

Dekorasi yang menarik.

Memang cantik.

Macam dalam rumah.


Last shoot sebelum balik.

Ni restoran baru tau kat alamanda tu. Lokasi dekat dengan boling tapi belah luar. Sangat sesuai untuk apa-apa celebration or nak meraikan kawan-kawan kita. Mood pon otomatik bertukar jadi sangat romantik. How sweet~ 

Last word, thanks guys kerana sudi untuk meraikan farewell untuk aku neh. Korang sangat sweet okayy. Tak sangka lak masih ada yang sudi mengadakan jamuan perpisahan ini walaupun kecil-kecilan...heeee! Rasa sangat bahagia sekejap. Thanks for everything. Later-later kita keep in touch okayy! Sayang korang ketat-ketat...take care all!babai~

Bicarasikacamata : Terasa nak bawak seseorang yang istimewa ke restoran ni. Mesti romantik kan!

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.