Tajuk entri ni je dah jelas. Haaa...nampak?
Dia sebenarnya tradisional vs moden.
Antara ketupat nasi dan nasi impit yang mana menjadi santapan korang di hari lebaran ni? Kalau sebut ketupat nasi tu jangan pandai nak makan je. Maksud aku dari segi kesanggupan korang nak makan dan anyam sekali. haha!
Kalau aku terus terang aku prefer ketupat nasi.
Walaupun kat kedai banyak jenis ketupat segera yang dijual aku tetap dengan ketupat nasi. Ketupat nona lah ketupat segera adabi lah dan macam macam kat pasaraya aku tengok. Semua berebut rebut orang buat sales sekarang ni.
Tapi kalau orang buat open house aku beli yang ni jugak sebab tak larat nak anyam beratus biji. Mahu dari pagi ke malam aku dok anyam je kang. Tak jadi keje mak. hahaha!
Hasil tangan aku dari petang ke malam...kekeke! |
Tapi untuk raya kali ni sekali lagi aku turun padang untuk sama sama membanting tulang menganyam ketupat.
Tapi setiap kali raya aku lost. Hahaha! Lost apa? Lost nak menganyam lerrr..tapi demi mempertahankan warisan zaman berzaman, warisan nenek moyang kita aku belajar balik. Thank you ibu. Muahhhh! Alhamdulillah aku ingat step anyam balik. hehehe!
Tapi takpe yang penting siap ketupat untuk ayah masak.
Bab bab ketupat ni memang special request dari ayah every year. So dia pon turun padang memasak ketupat untuk kami. Hopefully, tradisi menganyam ketupat ni kekal sampai bila bila. Walaupun zaman kian moden dan segera Inshaallah ketupat nasi takkan dilupakan.
Bicarasikacamata : Dari zaman arwah nenek aku lagi aku dah belajar anyam ketupat.