Okay, tepat jam 12 malam aku sampai rumah.
Nampak tak raya sakan dia.
Sapa kata orang tade kampung tak beraya?
Sowry sikit ye. Kampung ada cuma tak balik bermalam la sebab atok nenek dah takde.
So balik hari jela. Lagipun area Selangor je.
Masih boleh lari lari anak. haha! Ok tak kelakar.
Raya tadi my extend family konvoi 11 kereta. Kau ade??
Nilah namanya semangat raya walaupun atok nenek dah takde.
Alhamdulillah ada lah 6 rumah kami terjah hari ni.
Kenyang pewot makan tak henti..hihi!
Untuk hari sok kita tunggu esok.
Kenapa aku suka konvoi dengan family aku ni? Nak tau kenapa? Hahaha. Ok tak suspen.
Sebab dorang dorang ramai anak anak kecik yang comel bangat!
Inilah masanya untuk jumpa dak dak tecit ni. huhu!
Apa yang aku dapat dari konvoi raya ni kitorang bukan sahaja beraya tapi dapat eratkan ikatan kekeluargaan antara ahli keluarga.
Apa yang aku respek family belah ayah aku ni dorang tetap bersatu walaupun atok nenek aku dah takde.
Adik beradik ayah aku 9 orang.
So bila konvoi mau tak jadi sampai 11 kereta? hahaha!
Best wooo...konvoi family.
Yang paling best setiap kali waktu solat mesti singgah masjid or surau berdekatan dan pak long akan mengimamkan solat kami.
Alhamdulillah ikatan kekeluargaan kami dipereratkan lagi di atas tikar sejadah.Semoga ikatan kekeluargaan kami senantiasa mekar generasi ke generasi.
Amin.
Last but not least,
Eid mubarak to all my special guest in my lovely blog. :)
No comments:
Post a Comment