Assalamualaikum wbt. Baik plak aku hari ni kan. Siap bagi salam bagai. Salam dihulur sebagai pembuka katalahkan? Juga sebagai permulaan hari Jumaat yang mulia yakni penghulu segala hari. Hujan lebat menyembah bumi menguatkan lagi keberkatan hari Jumaat ni.
Aku biasalah mood pagi-pagi ni okay je. Tak pernah plak rasa nak marah-marah kan? Even ada masalah pon semua aku dah lupa bangun tido tadi. Bukan lupa terus tapi berusaha cari jalan penyelesaian sehemah mungkin. Tapi ada sesetengah orang tu aku betul-betul ta paham kenapa mesti nak marah. Hurmmm.
Bagi akulah kan marah ni bukan selesaikan masalah pon. Buat orang takot adalah. Takot apa? Takot nak dekat takot terkena sekali tempias dia. Meluat pon ada gak. Salah sikit nak sembur. Salah sikit nak maki bagai. Dentam dentum sana sini tanda protes sesuatu.
Tell u what, sifat marah ataupun panas baran ni ada je dalam setiap diri seseorang. Tapi benda ni bergantung kepada sejauh mana seseorang itu control rasa marah tu. Bukan setel masalah pon kalau nak marah-marah ni. Barang hilang kalau dicari dengan emosi memang takkan jumpa.
Sifat panas baran ini kadang-kadang dibenci. Lagi orang yang panas baran ini tidak akan disukai oleh orang sekeliling. Kecuali dia cepat cool and mintak maaf. Mungkin. Masih bersangka baik kat sini. Sebab mereka juga manusia.
"Orang yang panas baran ini suka bertindak mengikut nafsu amarahnya, pasal orang lain fikir kemudian yang penting dirinya puas hati kerana dapat melepaskan apa yang membuak-buak didalam hatinya."
Nik Thoha
::GambarHiasan.HarapSangatlahAkuTakJadiMacamni.Sabarlah::
Harap mood aku terus segar sesegar bunga kat Floria depan tu. Datanglah ribut taufan sekalipun. Inshaallah aku tetap aku. Tenang hadapi amarah orang. Sebab aku tau API lawannya AIR. Jika dia Api sapa nak jadi air kan? Tapi janganlah terus nak marah. Aku yang kat takde kene mengena pon tekanan. Renungkanlah.
Bicarasikacamata : Sabar itu kuncinya.
2 comments:
bbe, sumtimes org expresskn perasaan marah tu sbb dah out of control la tu.. bkn saje2 nk marah. sekali dua berdiam diri boleh la..tp klau dah exceed the limit, sorry to say la..ngucap byk2..hahahaha
mmg out of contorl sbb da dia mmg camtuh..sbb benda kecik pon nak marah..dulu aku tak paham org macam ni sbb ta reti sabar...lama2 aku mula paham la manusia ni perangai macam2..ada gemok ada kurus,ada tinggi ada rendah so kalu ada yg panas mestilah ada yang sejuk kan?aku pon tade masalah..chill ok!
Post a Comment