Wednesday, September 7, 2011

.::Jujurlah::.

HARD! Word yang paling sesuai sekarang ni Mood sangat lemau pagi-pagi. Oh Allah! Aku sangat lemah sekarang ni. Aku ni nampak je kuat tapi dalamannya entah. Semakin aku cuba mencari punca semakin buntu dengan penyelesaian. Adakah masih ada sinar? Disebabkan mood pon ke laut...layan perasaan jela.



Bicarasikacamata : Adakah bahagia akan selalu bersamaku? Susahkan hidup menumpang kasih orang.

Tuesday, September 6, 2011

.::CutiSudahHabisBro...MasaTukKembaliKeSekolah::.

Baru 2 hari keje pas cuti raya dan akan bercuti panjang lagi pasneh. Kenapa? Sebab kuliah dah nak start la der. Tinggal 3 hari untuk aku duduk atas kerusi empuk ni. Atau lebih spesifik cuti 4 bulan dah nak habis der. Aduh! kejap je masa berlalu. Otak pon dah berkarat. Okaylah aku nak hantar pi servis dulu and kasi polish kaw-kaw...bye!

Mommy, i don't want go back to school. its killing me.

Bicarasikacamata : Aku suka post entri pendek-pendek je sekarang ni. Malas nak pikir sebenarnya.

Monday, September 5, 2011

::.RayaLebihBermakna::.

Lama menyepi kan? 
Mana taknya mood nak menulis ke LAUT. 
Mood raya lak berleluasa. 
Tade apa untuk diceritapanjangkan. 
Hanya ingin menyatakan aku OK kat sini. 
Sekian Terima kasih!

Hi, Im Okay!

Bicarasikacamata : Semester baru akan membuka lembarannya...aiyak! (tak ready lagi after 4 months break???)

Wednesday, July 20, 2011

::IMissEverythingAboutYou::

::INeverToldYou-ColbieCaillat::

I miss those blue eyes
How you kissed me at night
I miss the way we sleep
Like there's no sunrise
Like the taste of your smile
I miss the way we breathe

But I never told you
What I should have said
No I never told you
I just held it in
And now I miss everything
About you
I can't believe I still want you
After all the things we've
Been through
I miss everything about you
Without you

I see your blue eyes
Every time I close mine
You make it hard to see
Where I belong to when I'm not
Around you
It's like I'm not with me

But I never told you
What I should have said
No I never told you
I just held it in
And now I miss everything
About you
I can't believe I still want
You
After all the things we've
Been through
I miss everything about you
Without you

But I never told you
What I should have said
No I never told you
I just held it in
And now I miss everything
About you
(still you're gone)
Can't believe that I still want
You
After all the things we've
Been through
I miss everything about you
Without you 

Bicarasikacamata : Lagu ni untuk awak. Get well soon yaa~

Friday, July 15, 2011

Kat Luar Sejuk menyucuk hingga ke tulang...tapi kenapa masih ada yang panas hati?

Assalamualaikum wbt. Baik plak aku hari ni kan. Siap bagi salam bagai. Salam dihulur sebagai pembuka katalahkan? Juga sebagai permulaan hari Jumaat yang mulia yakni penghulu segala hari. Hujan lebat menyembah bumi menguatkan lagi keberkatan hari Jumaat ni. 
Aku biasalah mood pagi-pagi ni okay je. Tak pernah plak rasa nak marah-marah kan? Even ada masalah pon semua aku dah lupa bangun tido tadi. Bukan lupa terus tapi berusaha cari jalan penyelesaian sehemah mungkin. Tapi ada sesetengah orang tu aku betul-betul ta paham kenapa mesti nak marah. Hurmmm.
Bagi akulah kan marah ni bukan selesaikan masalah pon. Buat orang takot adalah. Takot apa? Takot nak dekat takot terkena sekali tempias dia. Meluat pon ada gak. Salah sikit nak sembur. Salah sikit nak maki bagai. Dentam dentum sana sini tanda protes sesuatu. 
Tell u what, sifat marah ataupun panas baran ni ada je dalam setiap diri seseorang. Tapi benda ni bergantung kepada sejauh mana seseorang itu control rasa marah tu. Bukan setel masalah pon kalau nak marah-marah ni. Barang hilang kalau dicari dengan emosi memang takkan jumpa.
Sifat panas baran ini kadang-kadang dibenci. Lagi orang yang panas baran ini tidak akan disukai oleh orang sekeliling. Kecuali dia cepat cool and mintak maaf. Mungkin. Masih bersangka baik kat sini. Sebab mereka juga manusia. 
"Orang yang panas baran ini suka bertindak mengikut nafsu amarahnya, pasal orang lain fikir kemudian yang penting dirinya puas hati kerana dapat melepaskan apa yang membuak-buak didalam hatinya."
Nik Thoha


::GambarHiasan.HarapSangatlahAkuTakJadiMacamni.Sabarlah::
Harap mood aku terus segar sesegar bunga kat Floria depan tu. Datanglah ribut taufan sekalipun. Inshaallah aku tetap aku. Tenang hadapi amarah orang. Sebab aku tau API lawannya AIR. Jika dia Api sapa nak jadi air kan? Tapi janganlah terus nak marah. Aku yang kat takde kene mengena pon tekanan. Renungkanlah.
Bicarasikacamata : Sabar itu kuncinya.

Tuesday, July 12, 2011

::BerhujungMingguSelepasSehariBerkuarantinGara-GaraBersih.ItsFloriaTime!::


BERSIH? Apa tu? Aku tak layan benda-benda camni? Nak komen banyak pon tak leh. Aku bukannya arif sangat pasal benda ni. Kang ta pasal-pasal aku kene tahan ngan ISA lak kang. So, layaknya aku jadi pemerhati pasif sahaja. Masing-masing ada pros n cons dia. 

Apapun, Kepada pengantin-pengantin baru aku ucapkan selamat pengantin baru. Aku simpati gak dengar kenduri-kenduri yang tetamunya boleh kira dengan jari kehadirannya gara-gara perhimpunan ni. Mana nak tau benda cmne nak jadikan? Kalau tau lama dah dorang tak pilih 9 JULAI 2011 ni. Baik pilih 10 Ogos 2011. Motif? (Nak promote birthday lettew~) Wakakaka. Al sekian mukadimah dari aku.

Now, we move on to the main topic. Aku sayang ibu. Tulah ayat yg boleh gambarkan perasaan aku sekarang ni. Semalam adalah waktunya aku berdua-duaan dengan ibu. Kemanakah? Jawapan yang pasti ketika ini adalah FLORIA 2011.

As quotes today "Aku happy tengok orang yang aku sayang tersenyum bahagia". Aku turut bahagia. Nak kata ibu macam kanak-kanak ribena over la plak kan orang berusia 50 tahun aku cakap cam kanak-kanak riang. Tapi tulah hakikatnya. Ibu sangat-sangatlah happy kat sana. Biarlah dalam hati dia hanya tuhan saja yang tau. 

Matlamat hidup aku nak bahagiakan ibu. Baru aku tau ibu suka munga. Berbeza sangatlah dengan anak dara dia ni kan? Bunga? Aku pandang sebelah mata je. hehehe! So, saksikanlah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh kamera amatur kami. Enjoice!



::WelcomeToFloria2011::


::RosesAreForeverTheme::


::"Angah2,cepat amik gambar ibu dengan bunga ni.." sebab color baju sama. Layankan aje.=P::


::ShiningLikeAStar::


::MOtif??::


::SayangIbuMuahMuah!::


::OneOfParticipantKorea::


::BaruKutahuIbukuPeminatBungaBungaanWahhh::

Masa ni amoi kedai tu ingat ibu nak beli. Kemain dia promote. Mak aku plak selamba tanya "May I borrow your flower for a while?" Wakaka. Sian amoi tu. Yela, sapa nak beli bunga ciput cenggitu dengan harga 45 hengget? Kuikuikui.


::SekaliTengokComelGakMakAkuNih..LOL!::


::IbuLagiComelDariAku=(::


::SekianDariSayaDanIbu.Dah gih Balik!::

Tell you what, bila berdua-duaan dengan ibu macam ni kan rasa sangat disayangi. Ibu lak layan aku macam kanak-kanak ribena. Angah nak air? Angah nak makan? Wahhh! Selalu kat rumah kena arah buat kerja rumah itu ini. Ibu lak manja Aiman sorang je. (Aiman ni adik bongsu aku). Kat sini lak macam aku ni sorang je anak dia. Time ni lah nak bermanja-manja dengan ibu kan. So touched. Roses Forever similar tu my feelings for ibu forever!

Bicarasikacamata : Hargailah insan tersayang dengan membahagiakannya sebelum mereka menutup mata. Saya sayang ibu. Saya sayang mak awak=)

Monday, July 11, 2011

::YouDeserveNothingLess::

i love u more than words
i asked u not to leave me before
i will never let u go
because that time
i can't see the right person to take care of u
but now
she appears in your life again and gives u smile 
that i never seen when u date with me
she makes you laugh louder than i would give
she did whatever you wanted from me after all
i'm trying to fulfill your need and want slowly
but u go for her after all
i will keep trying to live as usual
as i didn't see what you both have done
i don't deserve you as her
you deserve nothing less
if she is the one 
just go get her and stick to one 
because all i wanted is to see u laugh
im happy to see u happy
just let me be and i'm okay.

by : Shila Suhaimi



Tuesday, June 28, 2011

::IDoLoveMelakaWithThePeeps::



Its Melaka time! Dah lama kot aku nak pegi jalan-jalan kat Melaka ni. Though Melaka and Putrajaya taklah jauh mana kan. It takes about 2 hours to reach there. Finally, u took me there friend. Before this aku pegi atas urusan kerja. We went to jalan-jalan at tempat menarik but the peeps at that time wasn't as cool as yours. 

What a wonderful week! I had been at Melaka the whole week with no regrets! To you and family, thanks for a great treating. I heart u guys so much. The kids are cool. They are really make me smile. The mom so lovely. She was trying hard to full my tank and buy all the things i need for my cook. And absolutely the food. Its pretty cool man! My tank never feel any space inside. They were so yummy! The abah is so caring. We eat together as a family. I just love that. And the greatest ones. The sisters. I am so glad to have them all because i don't have any. The brothers are so quiet but i know they like me so much. Wahhh!

Last but not least is the friend. It is YOU. You took me everywhere. Here and there without any sigh. Show me the amazing world of  the historical city. You are the BFF ever. Thanks for being kind and honest to me. I envy of u because u have them all. The family, the happiness, the laugh and the smile. U got the world that i wanted after a long time. 

::SeribuSatuWarnaMenyimpanSeribuSatuRasa::

Bicarasikacamata : Menyimpan angan-angan ke New Zealand bersama yang tersayang. 

::MataOhMata::


Morning all! Hari ni merupakan hari ke-2 aku duduk di kerusi empuk nih. Haih, da nama pon empuk kan so dia membuat aku sangat selesa dan mata mula terasa berat. Masih awal pagi. Mungkin sebab tido aku ta lena malam tadi. I don't even know why. Yang aku tau pasti aku akan terjaga malam dan dapat rasa mata aku ta lelap pon. Rasa macam terlelap 5-10 minit then terjaga balik. Dah 2 malam macam ni. Insomnia. How lah! Macam mana aku nak jalani daily routine aku cam biasa. 

Now da start keje and dah ada komitmen. Oh! Mata sila beri kerjasama okay? Bak kata Benjamin Franklin; The best of all medicines is resting and fasting. So do i. Mungkin sebab otak ni ta boleh berhenti berfikir kot. Banyak sangat benda nak fikir. Tu yang macam susah nak tido tu. Nak kacau orang nanti rasa cam selfish plak. Sigh. Dengan harapan malam ni aku dapat mimpi yang indah. Hope.





Bicarasikacamata : Berilah ruang untuk bahagia. Mereka juga manusia. 

Monday, June 13, 2011

::SumpahAkuSukaHidupDiKampung::

Seminggu berprogram di Kg. Pasir Panjang, Sabak Bernam sudah cukup buat aku rasa seronok hidup di kampung. Dah lama aku inginkan hidup berkampung. Perasaan tu lagi kuat bila tiba musim perayaan. Semua orang berpusu-pusu nak balik kampung masing-masing.

Tapi aku? Kesian. Kampung pon takde. Maklumlah membesar kat bandar kan? Lagi kesian adik-adik akulah. Atleast aku selalu gak balik kampung time kecik-kecik dulu. Yelah time tu nenek ngan atok aku ada lagi. Sekarang dah takde just melawat sedara mara jelah. Tu pon semua area-area KL je. So, tak merasalah nak balik kampungkan? Pasrah lagi redha. Jangan banyak cakap. Let's picture tells everything.


::MerekaBergamelan::




::LihatSana::

Selama beropkim aku rasa bermakna sangat hidup ni. Opkim tu apa? OPKIM tu singkatan daripada Operasi Khidmat Masyarakat. Semua yang join adalah pelajar-pelajar UITM. Seronok dapat kenal dorang semua. Mana nak kenal mantan YDP yang handsome kan tu if ta join program ni. Nampaknya Abg Ridhwan kita jadi kegilaan adik-adik sekolah kat sana. Tu belum kita peserta-peserta OPKIM sendiri. Chewahhh! Sempat lagi. Haha. Selingan je.

::AktivitiMencantikkanBalaiRayaKgPasirPanjang::

::MyBabes::

Meh sini aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku kat sana. Sikit jela k? Nak cerita semua 5 hari 4 malam pon tak habis. Cerita dia macam ni, sampai-sampai sana aku dan peserta-peserta lain diserahkan kepada famili angkat masing-masing. Lebih kurang 30 minit tunggu, nama aku tak naik-naik lagi. Haish, mana ni? takkan dorang lupa nama aku lak kan? Kalau da tade yang sudi amik aku terpaksalah ikut pak cik bas ni balik UiTM balik. Huhu!

Tiba-tiba, "Sapa yang nama tak disebut lagi?" MC tu suh berdiri. Aku pon berdiri la.     Dorang pon serahkan aku pada Famili Haji Basran dan Hajah Saemah. Mulai hari tu aku panggil dorang Mak Abah.

Seronok duduk ngan dorang. Banyak yang aku belajar ngan famili ni. Makan pon terlebih cukup. Keperluan aku semua tak kurang. Sakit pening aku pon mak jaga. Siap kejut suruhh minum MILO PANAS lagi. Ya Allah, aku terharu. Kau Lindungilah mereka di bawah lembayungMu Ya Rabbi.

Kat sana aku belajar buat tapai, jeruk mangga, jus asam limau (ni mak ifa yang cerita), kerepek pisang dan banyak lagilah yang tak sempat aku nak belajar tapi mak angkat sempat cerita je. By the way, family yang rasmi 1 je. Yang tak rasmi lak banyak. Huhu. Contohnya, famili angkat ifa family angkat aku gak. Boleh kata semua family kat sana sporting. Tak kisah sapa-sapa pon. Tu yang wat aku seronok tinggal kat kampung tu.

::MelawatBendangBersamaYangTersayangs::


::AkuTenangDisini::


::KerianganMerekaAdalahKegembiraanku::

Yang paling aku tak leh lupa merewang time keje-keje kenduri. Itulah perbezaan paling ketara mereka yang hidup kat kampung ngan bandar. Semangat kerjasama bergotong-royong buat aku kagum dengan masyarakat desa ni. Tak macam bandar.  Main call-call je katerer yang ada wat tempahan kenduri kahwin. Haih senangnya hidup kan? Semua dihujung jari je.



::FamiliAngkat@SabakBernam::

Last but not least, aku nak ucapkan bukan ribuan malahan jutaan terima kasih pada mak, abah kerana bersusah payah jaga aku kat sana. Kak yan, kak zila, kak liza dan family angkat yang lain kerana sanggup menerima aku menjadi sebahagian daripada hidup korang. Terima kasih juga pada mereka-mereka yang lain yang telah bertungkus lumus menjayakan program kali ni. Aku sangat puas hati berada di sana. Semoga jalinan ukhwah yang baru terbina kekal berpanjangan. Inshaallah~

Bicarasikacamata : Jangan memperlekehkan mereka yang datang dari kampung. Pengalaman hidup mereka melebihi anda yang tinggal di hutan-hutan batu.

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.