Saturday, October 17, 2009

Bila kita duduk sendiri















Bila aku duduk sendiri..banyak perkara yang aku fikirkan...betul kata orang...kita xkn berhenti berfikir slagi kita masih bernafas..kemahiran berfikir yang ada ni aku gunakan secara kreatif dan kritis...setiap kali mata terpejam..banyak perkara yang bermain dalam minda ni...

Aku bersyukur sbb dikurniakan akal dan fikiran yang sempurna..aku juga manusia biasa..kdgkala aku tak menggunakan akal yang dikurniakan sebaiknya...aku gagal mengawal diri dari melakukan banyak perkara lagha...manusia macam aku mmg perlukan seseorang yang dapat membimbing dan menarik tangan aku daripada melakukan segala yang dilarang...

Aku percaya setiap kebaikan yang dibuat akan dibalas dengan kebaikan..kerana aku sentisa mendambakan keredhaan-Nya agar perjalanan hidup aku lebih diberkati tanpa sebarang perkara yang xdiingini berlaku...aku ingin disayangi orang disekelilingku...namun untuk disayangi aku haruslah menyayangi mereka terlebih dahulu.

Sbb aku percaya "what u give, u get back"...aku ingin membahagiakan mereka yang berada disampingku...aku ingin menutup semua mulut-mulut jahat yang mencemarkan nama baik aku..aku nk dekat ngan mereka yang mengata dibelakang aku dan berkawan lebih rapat dengan mereka...

Bergaduh dan mengata kembali bkn caraku...tapi aku akan mengenali hati mereka kerana mereka juga manusia mcm aku...cepat percaya dengan kabar2 angin...tp aku bkn jenis yang ambil kisah tentang sume 2...lama2 kabar angin 2 pon akan berlalu bersama angin...sepi tanpa berita...aku lega...

Sebelum mengakhiri penulisan aku rini...aku nk nasihatkan diri aku sendiri dan sahabat2ku...gunakan akal yang dikurniakan sebaiknye b'coz there's always a reason behind thing happens...pen-off!

Friday, October 9, 2009

Air Mata Seorang Wanita...

Jika seorang wanita itu menangis dihadapanmu,

Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi..

Jika kamu memegang tangannya di saat dai menangis,

Dia akan bersama sepanjang hidupmu….


Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan keranana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuknya...


Aku terima...

Kalau ini yang terbaik buatku...
Aku terima ujian-Mu seadanya Ya Allah...
Balasan seperti ini adalah yang terbaik
buat manusia yang lalai sepertiku..
Di atas segala kealpaanku...
yang sering melakukan perkara2 yg lagha...

Kau berilah hidayah kepadaku setiap waktu...
Aku tak layak ke syurga

Namun tak pula ke neraka...
aku ingin selalu...
mendampingi-Mu
mencintai-Mu...Ya Allah

Sunday, October 4, 2009

Lost World Tambun!

Pagi2 lagi alarm aku da berkokok...berkokok?yela...aku setting yg sound ayam 2...berkokok r die...huhu!bgon awal glew...kol 5!sronok nyer psl...rinie che nab wat trip g lost world tambun...ramai gak ler yg join..ade r 1 bas...sape che nab?che nab ni dak clas aku..name die nabilah...tp nape ntah ramai dak2 ni pggl die che nab...aku pon tmpg skaki pggl che nab...nmpk chumel je kn?huhu...

Nek je bus haffiz dok sblh aku...sape lak haffiz ni?huhu!cbuk jew nk taw...haffiz ni boy aku yg chumel 2...chumel ke?chumel r gak...2 pon die yg kate sendiri...huhu!byk r smbg ngan dak sowg ni...die ni ajin smbg...ade je point...2 yg aku xbowink ngan haffiz ni...byk ckp...kdg2 xlarat nk smbg...tp sayang nyer psl aku smbg gak r ngan die....huhu!

Sblm 2 kitorg sggh R&R Gurun dulu...g breakfast jap...lapa!ha..ni 1 ag ctew kalu jln ngan haffiz ni...ajin na mkn..kalu jln ngan die aku mmg xsmpt nk ase lapa ler...24hours mengunyah...pg ni kitorg bkfst mee goreng ngan nasi lemak n air milo sekotak...kenyang glew beb!mane xnyer...kene beskan gak mknn 2 sbb xnk membazir...bgos haffiz ni..bab mkn mmg terer..huu!


sampai tambun dlm kol 11.30...sampai2 nk wat pe lg?posing ler...mcm xbese lak!dak tourism cam ktorg ni mmg glew posing...yela...tnye ag...dak asik g jln..msti r nk tgkp gmbr kt tempat2 mnarik 2...ha,zati..ape lg?guna r kamera abah ko 2...huhu!zati ni rumate n mrangkap besfren aku...die r plg byk berjasa ngan aku...huhu!bab cover men'cover' ni die mmg expert...2 pon hasil tnjk ajar saing baik die ni...haha!aku ni posing je lbey...tp sume camera owg...ah!do i care?trademark aku ler 2....cincai..jnji ade gmbr aku kt sane...besh2!

Dalam lost world...
da name 'lost world' mmg lost r...huhu!msk2 pon posing dulu...tros tkr baju n jln2 kt dlm 2...nk msk dlm themepark 2 mmg kene bwk map...kalu x sst!padahal kecik je lost world 2...sbb 1st tyme dtg kan...kitorg kn tourist...ala2 backpacker g2...bak kate zati r...

Mule2 kitorg xnk mandi ag...kitorg 2 aku, haffiz ngan zati r...yg len g mane ntah...g mandi dulu kowt...xcited jumpe air r katekan...huhu!smbl2 jln2 2 posing sane sini...byk gak r game yg ade kt sane...sampai pening2 aku men amusement park die...pas puas pusing kitorg msk air tros...mandi cam kobau...huhu!sblm msk air 2 jumpe zila n da geng...ala,dak2 dhk 2...dorg terdiri drp mek,lan,zila,sabhi,kak bie, farhana...so,kitorg have fun skali mase dlm air 2...sblm balik 2 aku beli gak souvenir kt ibu...jln2 pon igt ibu lg woo...mesti r..aku sayang ibu....

Balik dlm kol 4...sggh mall dulu r g mkn..lapa seh!
men air ag r lapa!bus 2 benti kt jusco...tron r ape lagas!kebulur nasi dowh...haha!pas 2 tros grk balik poly...balik sggh ag kt gurun...makan kfc lak!ish...2 ler aku da kate...jln ngan haffiz ni mmg xkn ase lapar...mentedarah je koje ea...huhu!pas mkn tdow!bgos2...huhu!
besh sgt smlm...pas ni aku nk suggest kt che nab g cameron laks...mesti dak2 ni nk g pnyer...

Friday, October 2, 2009

Sifatnya seorang wanita…

“1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

** “Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.

WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.