Wednesday, August 22, 2012

Beraya dengan orang seremban

Raya ke-4 aku menerima kunjungan dari sahabat handai. Jauh datang ni. Seremban je pon.  Kekeke. Anyway, thanks for coming guys. Tak sangka sampai gak korang kat rumah aku kan? Setahun tak jumpa kan? Except Acap sebab dia ada kes kes terpencil. Haha! Kebetulan yang happy ending sebab aku pon kebetulan tak pergi raya mana-mana hari ni. Rehat sehari sebab dari 1st raya sampai raya ke-3 aku dan family beraya sakan. Selagi tak malam memang tak reti nak balik rumah. Segala ribut petir kitorang redah untuk beraya. hehehe! 

Pasni aku tunggu kad korang je Inshaallah aku plak sampai Seremban tu..huhu! Kepada acap, anna, siza, amin, usop, mirul dan khai terima kasih sebab datang ye. Terharu mak korang datang jauh jauh ni. Terima kasih daun keladi, tahun depan datang lagiiiii...:)


Haaa...sila sila. Lauk bujang je...hehe!


Pose raya 2012. Lokasi Putrajaya.


Kepada rakan rakan blogger dan reader reader yang lain, jemputlah ke rumah ye. Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk korang. Jangan malu malu. Chow~

Bicarasikacamata : Raya raya pon aku sempat berblogging. Yeah!

Tuesday, August 21, 2012

Ketupat Nasi vs Nasi Impit

Tajuk entri ni je dah jelas. Haaa...nampak? 
Dia sebenarnya tradisional vs moden. 
Antara ketupat nasi dan nasi impit yang mana menjadi santapan korang di hari lebaran ni? Kalau sebut ketupat nasi tu jangan pandai nak makan je. Maksud aku dari segi kesanggupan korang nak makan dan anyam sekali. haha! 
Kalau aku terus terang aku prefer ketupat nasi. 

Walaupun kat kedai banyak jenis ketupat segera yang dijual aku tetap dengan ketupat nasi. Ketupat nona lah ketupat segera adabi lah dan macam macam kat pasaraya aku tengok. Semua berebut rebut orang buat sales sekarang ni.
 Tapi kalau orang buat open house aku beli yang ni jugak sebab tak larat nak anyam beratus biji. Mahu dari pagi ke malam aku dok anyam je kang. Tak jadi keje mak. hahaha!

Hasil tangan aku dari petang ke malam...kekeke!

Tapi untuk raya kali ni sekali lagi aku turun padang untuk sama sama membanting tulang menganyam ketupat.  
Tapi setiap kali raya aku lost. Hahaha! Lost apa? Lost nak menganyam lerrr..tapi demi mempertahankan warisan zaman berzaman, warisan nenek moyang kita aku belajar balik. Thank you ibu. Muahhhh! Alhamdulillah aku ingat step anyam balik. hehehe! 


Tapi takpe yang penting siap ketupat untuk ayah masak. 
Bab bab ketupat ni memang special request dari ayah every year. So dia pon turun padang memasak ketupat untuk kami. Hopefully, tradisi menganyam ketupat ni kekal sampai bila bila. Walaupun zaman kian moden dan segera Inshaallah ketupat nasi takkan dilupakan.


Bicarasikacamata : Dari zaman arwah nenek aku lagi aku dah belajar anyam ketupat. 

Raya tanpa nenek...sepi buat kami.

Dah masuk raya yang ke-3 dan ramai yang masih sibuk meraikan aidilfitri dengan menziarahi saudara mara dan sahabat handai.
Aku pon masih dalam mood beraya. Puas berjalan dari satu destinasi ke destanasi yang lain. Semuanya adalah saudara maraku. Dan untuk arwah atok dan nenda tercinta...kami sekeluarga masih utuh ikatan persaudaaran. Nenek dan atok jangan bimbang ya. Kami rindu kalian sangat-sangat! 

Teringat lagi setiap kali raya neneklah orang paling sibuk menyediakan juadah di pagi raya.Ketupat nasi, kuah lodeh, rendang ayam or daging, kuah kacang antara menu wajib arwah nenek untuk disajikan buat anak cucunya setiap kali lebaran tiba.

Oh nenek, juadah itu masih menjadi favourite kami sekeluarga hingga sekarang dan resipi nenek tiada tolak bandingnya. Sempat juga anak cucu nenek 'curi' beberapa resipi nenek untuk diwarisi hingga ke generasi seterusnya.

Semoga kalian ditempatkan bersama orang yang beriman di sana. 


Al Fatihah.



Nenek, angah rindu nenek sangat. T____T

Bicarasikacamata : Zaman dengan teknologi serba moden sekarang ni semuanya nak cepat, nak jimat masa dan nak yang segera segera je kan? Nantikan the next entry.

Raya sakan!

Okay, tepat jam 12 malam aku sampai rumah. 
Nampak tak raya sakan dia. 
Sapa kata orang tade kampung tak beraya? 
Sowry sikit ye. Kampung ada cuma tak balik bermalam la sebab atok nenek dah takde. 
So balik hari jela. Lagipun area Selangor je.

 Masih boleh lari lari anak. haha! Ok tak kelakar. 
Raya tadi my extend family konvoi 11 kereta. Kau ade?? 
Nilah namanya semangat raya walaupun atok nenek dah takde. 
Alhamdulillah ada lah 6 rumah kami terjah hari ni. 
Kenyang pewot makan tak henti..hihi! 
Untuk hari sok kita tunggu esok.
 Kenapa aku suka konvoi dengan family aku ni? Nak tau kenapa? Hahaha. Ok tak suspen.
 Sebab dorang dorang ramai anak anak kecik yang comel bangat!
 Inilah masanya untuk jumpa dak dak tecit ni. huhu!

Apa yang aku dapat dari konvoi raya ni kitorang bukan sahaja beraya tapi dapat eratkan ikatan kekeluargaan antara ahli keluarga.
Apa yang aku respek family belah ayah aku ni dorang tetap bersatu walaupun atok nenek aku dah takde.

Adik beradik ayah aku 9 orang.
So bila konvoi mau tak jadi sampai 11 kereta? hahaha! 
Best wooo...konvoi family. 
Yang paling best setiap kali waktu solat mesti singgah masjid or surau berdekatan dan pak long akan mengimamkan solat kami. 
Alhamdulillah ikatan kekeluargaan kami dipereratkan lagi di atas tikar sejadah.Semoga ikatan kekeluargaan kami senantiasa mekar generasi ke generasi.
Amin. 

Last but not least, 
Eid mubarak to all my special guest in my lovely blog. :)


Wajah wajah ceria 2012!

Bicarasikacamata : Esok masih raya!

Tuesday, August 14, 2012

Baju raya dah siap!

Yay! Baju raya dah siap!!!
baru pegi amik pagi tadi kat tailor. 
Yang paling best kali ni 100% ditaja oleh penaja Pa&Ma..hehe!
Sebab pe? Sebab aku study lagi..
mana ada income sendiri
duit pon takde nak beli baju sendiri..huhu!
Dan alhamdulillah syukur my mom awal awal lagi dah hantar kain kat tailor...
Sebelum puasa lagi tak silap aku...
Awal kan? heeee~
and the best part is...

As usual aku memang tak dapat tengok kain tu sebelum ditempah
redha je dengan pilihan my mom
coz i believe in mother's choice is the best for her child
see..baju tu CANTIK!
sebab pe? Sebab my mom yang pilih
THANK YOU IBU..angah suka sangat!

Okay..entry kali ni memang tak bergambar..
sebab apa? Sebab nama pon entry baju raya kan?
Soooo...it's SURPRISEEEEEE!
Tunggu album raya okay sayam2 ku sekalian...heeee~



Bicarasikacamata : Syukurlah dengan setiap nikmat pemberian Allah kepada kita. 



You are 23, Shila!





Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...dalam menyambut ramadhan kareem kali ni genap umur aku 23 tahun.
No worries because..
Age is just a number.
Allah masih panjangkan umur aku.
Semoga ramadhan kali ini membawa 1001 makna buatku sekeluarga.

Sambutan yang sangat sederhana buat aku.
Namun aku tetap bersyukur dan terharu kerana masih ada yang ingin sambut bersamaku
 walaupun dihalang dengan kepenatan berpuasa. 
Itu keberkatan namanya. Alhamdulillah.


Thanks for celebrating my birthday, dear!


Ifa shadida...im always story bout her here.
She is my BFF.
 Dialah orang yang bertanggungjawab yang menyambut birthday aku ni. 
Thanks a lot my dear. You are such a great friend!
Thats why i love u so much!
I terharu dengan usaha u nak surprise me walaupun tak berapa nak jadi..kahkahkah!
Anyway efforts tu ada.Tu yang penting kan u? 
Dan yang penting u berjaya buat i happy. 
Happy sangat sebab ada orang belanja makan...MANYAK!
Tak berjaya la mission i untuk diet puasa kali ni.
U siaplah...ni semua gara gara u!

Birthday girl :)

Eat me! Eat me! hihi


Bicarasikacamata : I know im getting older but i refuse to grow up.

Happy Birthday in advance to me


Happy Birthday IN ADVANCE to me! 
That was birthday present delivered to me a few days before my actual day...
Yang ke berapa? 
Ops! Sila teka sendiri.
Mungkin ada yang tau so pandai2 la simpan ye? Ngehhh3~
 Hadiah ni datang dari jauh kot kelantan gituwww...thanks beb! 
Susah2 je post bagai. Anyway aku appreciate efforts ko ni..
Tengok bawah ni...cute kan zirafah ni? Siap ada kad besday lagi...how sweet~ 
Jaranglah orang jauh nak post macam ni kat kita kan? 
Rezeki besday bulan posa kot tahun ni..
 From now onward...officially aku panggil dia CIK PAH...hehehe! Hi cik pah :) 



You are 23, shila! Yes i know.

Sweet 23 birthday card from friend of mine...
NURUL IZZATI MOHD UTAMA. 
Thanks again beb. Kretip sgt...huhu! Next year ada lagi tak? hahaha...


Hi, will u be my friend? Sure.

Comel kan kak pah ni? 
Okay pasneh awak teman saya balik kolej tau...
awak teman saya study..
awak teman saya tido..teman saya makan dan sebagainya...
Yay! Dah ada teman. hehehe~
So cute..macam tuan dia jugak..aceh! 


Bicarasikacamata : 1st time sambut birthday time bulan ramadhan..ada pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Sunday, August 5, 2012

Facebook and Nostalgia in year 1996

Recently..my best friend during primary school n masih berbest friend till now upload one of the nostalgia photo kat mukabuku. Mashaallah. I was so surprised sebab aku memang cari pon photo ni since i had lost it masa pindah rumah dulu. Mukabuku telah menemukan aku dengan photo ni. Sangat sangat nostalgia okay? It was taken in year 1996...korang kira lah berapa tahun lamanya. Masa ni gua darjah 1 der! 


Sila teka yang mana satu Shila Suhaimi. HUHU!

Thus..bila gambar ni diupload ramai kawan2 from primary school add friend aku. Sesungguhnya facebook telah menaburkan jasanya menyatukan ikatan persahabatan kami yang sudah lama terpisah.
Terima kasih Mark Zuckerberg!


Bicarasikacamata : Sedang menggeledah bilik untuk mencari diari during secondary school. Seems like i lost it too. :(

Joyah time!

Bila tengok member aku upload photo ni kat FB rasa nak update blog plaks..huhu! 
Even effect dia agak blurr yet i love this picca so much! kinda lovely and awesome photo. 
Ni lah member aku lepaking kalau balik rumah or time cuti semester.
 Dorang sangat sangat sangat JOYAH okayyy!
 Kalau lepak ngan dorang ni korang memang pecah perot tak tahan gelak. 
Bak kata kema anak tekak aku dah nak keluar dengan joyah korang ni. HAHAHA! 


Bila berjoyah tak hengat...when turn to taking photos..Cehhh!  Control nak mampuh!

Dah nama pon lepaking time bulan puasa so kitorang kurangkan sikit aktiviti berjoyah tu..menghormati bulan pose kateko..hahaha! In fact lya dah kahwin sekarang ni so encik hubby dah panggil alek. Event ditangguhkan.



Bicarasikacamata : Dorang ni sangat sangat menghiburkan hati aku. No hurt feelings okay.

Pavlova

Taraaaa...i present to you..PAVLOVA! In the first place memang aku tak tau apa itu pavlova till my bff told me about this thing. Dan yang paling excited nak buat benda ni pon bukan aku. Her. Aku assistant chef je but hasilnya sangat sangat membanggakan. Sedap giler! After first trial bermulalah 2nd dan seterusnya...and tell u what..aku dah start suka membaking! Tengok bawah ni...yummy yummy!



First attempt..not bad!



Bicarasikacamata : Pasni nak try bake orange cake plak. Sebab ada orang dah start bagi hint suka that cake.

Blog Tinggal

Perhhhh! Lama giler tak hadap benda ni. Kesian plak blog aku jadi blog tinggal. Jangan berhantu sudah. Ngeh3~ Nak kata busy tu idak lerrr...just tade mood n tade apa yang nak diceritakan gamaknya. Jalan blog orang pon jarang. Aku lupa aku ada blog sebenarnya. Maaf bloggie. Aku lupa. Nanti ada masa aku update okay? Bila dah lama tinggal ni banyak sebenarnya nak bercerita. Tapi susah jugak kalau dah aku ni jenis malas nak menaip. HAHA. Apapun tunggu. Ada cerita yang bakal di UP UP kan.

Bicarasikacamata : Sempat lagi tak nak diet bila dah half ramadhan ni. Sambal udang petai ibu membunuh!

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.