Tuesday, August 21, 2012

Raya tanpa nenek...sepi buat kami.

Dah masuk raya yang ke-3 dan ramai yang masih sibuk meraikan aidilfitri dengan menziarahi saudara mara dan sahabat handai.
Aku pon masih dalam mood beraya. Puas berjalan dari satu destinasi ke destanasi yang lain. Semuanya adalah saudara maraku. Dan untuk arwah atok dan nenda tercinta...kami sekeluarga masih utuh ikatan persaudaaran. Nenek dan atok jangan bimbang ya. Kami rindu kalian sangat-sangat! 

Teringat lagi setiap kali raya neneklah orang paling sibuk menyediakan juadah di pagi raya.Ketupat nasi, kuah lodeh, rendang ayam or daging, kuah kacang antara menu wajib arwah nenek untuk disajikan buat anak cucunya setiap kali lebaran tiba.

Oh nenek, juadah itu masih menjadi favourite kami sekeluarga hingga sekarang dan resipi nenek tiada tolak bandingnya. Sempat juga anak cucu nenek 'curi' beberapa resipi nenek untuk diwarisi hingga ke generasi seterusnya.

Semoga kalian ditempatkan bersama orang yang beriman di sana. 


Al Fatihah.



Nenek, angah rindu nenek sangat. T____T

Bicarasikacamata : Zaman dengan teknologi serba moden sekarang ni semuanya nak cepat, nak jimat masa dan nak yang segera segera je kan? Nantikan the next entry.

No comments:

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.