Thursday, December 2, 2010

.::DAY 10::.


Challenge 10 : Songs you listen to when you're happy, sad, bored, hyped, mad

Hey bloggie! I do love music and please don't separate us okay? There's a lot of song yang aku suka dengar. Aku takde tajuk lagu spesifik yang aku dengar. Aku dengar semua lagu asalkan best n lirik dia meaningful. Kalau lagu best tapi lirik terbarai Oh tidaklah! (bajet bagus je dak shila ni kan?) Tapi kalau tengah sedih janganlah dengar lagu sedih nyah...time sedih mak suka dengar lagu happy. Barulah mood happy tu timbul. Betul tak? Jangan layan sangat perasaan sedih tu okay? Kita hidup ni kenalah selalu happy barulah takde garisan-garisan penuaan kat muka tu...haha! Speaking about music u love to..aku sangat suka dengar lagu-lagu Rossa. Kenapa? Ntahlah...bagi aku bait-bait lagu Rossa tu kebanyakkannya ada kena mengena dengan hidup aku and melodinya pon sedap di dengar. Lagi aku suka dengar Hitz.fm sebab lagu-lagu dia banyak best-best. Time boring aku dengar hitz dan layan jela lagu yang DJ main 2...kalau taw lagu tu aku akan nyanyi sekali. Lalalalala....



.::LagUtErbaikCintailAhakuFromROssa::.







.::iLovehisSongtOo::.




Bicarasikacamata : Kisah lama terungkit kembali menghantui diri.




.::DAY 09::.

Challenge 9 : Something you're proud of in the past few days

Hello my dear friends! I gotta share with u something. Its about my BFFs. aku dapat berita ni pon semalam. Tahniah aku ucapkan kepada BFF aku 2 orang ni yang juga merangkap kembar aku Nurul Izzati Mohd Utama dan Nor Aziela Mohd Nasir coz dapat menjejakkan kaki ke universiti. Itukan yang korang mimpi-mimpi selama ni. Mimpi aku je tak jadi kenyataan lagi. Congratulations guys! (Eh eh nak gak wish dalam english kan?) Itu lebih afdal.hehe! Aku bangga giler dengan korang. Walaupun aku masih di sini tanpa apa-apa utusan aku doakan kalian terus sukses dalam bidang baru yang korang pertaruhkan jiwa dan raga. Aku taw korang boleh wat lebih baik dari aku, lebih baik dari sebelum ini. Korang siap-siapkanlah diri berhadapan dengan onak duri yang sentiasa beranjau dalam sana okay? Ada apa-apa masalah korang carilah aku bukan jauh pon Shah Alam dengan Putrajaya ni kan? Dah ada kat Shah Alam nanti rajin-rajin la drop by k? Dah jadi student IPTA jangan lupa kerani cabok ni taw?hehe. Akhir kata, SELAMAT BERGELAR MAHASISWI! Im gonna miss our moment together at poli dan saat-saat kita bersama.

Bicarasikacamata: Masih menunggu berita baik dari sahabat-sahabat yang lain.

.::DAY 08::.


Challenge 8 : Short term goals for this month and why?

OMG! Dah dekat seminggu aku tak singgah bloggie aku ni. Habislah assignment aku...konpem lecturer deduct mark ni. Pehhh! nak wat camne? Aku tak sentuh Cik bloggie no pon sebab nak pastikan keje aku ni "siap before 31st December ni" kata rakan sekerjaku. Ha, dialah yang suruh aku rekod cuti staf DCA seluruh Malaysia ni dan makesure siap sebelum 31hb ni...ni lah short term aku sekarang ni! Nak kene explain ke? Perlu ke? Tak payahlah...dah tentu-tentu korang da taw kenapa aku kena siapkan keje ni kan? Sebab da memang ni keje aku!!! Nak explain pe lagi?haha! okaylah, bos aku da jeling-jeling tu..Wacalu!

Bicarasikacamata : Tahniah kepada sang sahabat kerana berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

.::DAY 07::.


Challenge 7 : A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Pergghhh! susahnya cabaran hari ke-7 nih. Kenapa ntah jari jemari aku yang biasanya lincah menari meluahkan isi hati hari ini agak gugup menjalankan rutinnya. Mungkin kerana sang otak tidak memberikan arahan sewajarnya.haha!

Okaylah, meh aku nak cerita. Cerita aku ni sedih taw, sanggup ke korang nak baca?Haha. Sejak dari kecik memang aku tinggal dengan dia. Ops! bukan tinggal serumah tau tapi rumah aku sebelah je umah dia. Start aku umur 5 tahun aku akan ke rumah dia untuk belajar mengaji. Bukan sebelum tu tak pernah tapi datang untuk main-mainlah. Bermula dari Muqaddam, Al-Quran sampailah aku khatam. Ya Allah, besarnya jasa beliau padaku. Apa yang aku masih ingat waktu aku sekolah rendah kitorang adik-beradik beserta sepupu sepapat aku akan datang mengaji sama ada sebelum pergi sekolah agama ataupun balik sekolah. Itulah rutin harian kitorang sehari-hari. Dan yang paling aku xboleh lupa setiap kali datang mengaji mesti kitorang dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap. Ada nasi lemak, cekodok manis, pisang goreng, keladi goreng, keledek, bubur dan macam-macam lagilah. Paling sedap TEH TARIK dia. Pehhh! xpayah minum kat kedai mamak. Memang sebijik teh tarik kat kedai. Beliau memang pandai masak sampai setiap kali ada kenduri kahwin kat area rumah tu mesti dorang akan panggil dia untuk memasak atau lebih spesifik lagi KETUA TUKANG MASAK.

Pada suatu hari, kami sekeluarga terpaksa berpindah sebab tempat kerja ibu berpindah ke Putrajaya. So, kami pon kena la pindah. Tapi aku tak nak pindah! Aku nak duduk dengan dia. Aku yakin dia boleh jaga aku. Lagipun dia dah tua sapa nak jaga? Namun demi keluarga aku terpaksa gak ikut pindah sekali. Sedih gila time tu. Aku pon belajar la kt sekolah putrajaya tu. Tak lama pas SPM aku dapat offer study poli kat perlis. Dan yang paling aku tak boleh lupa dia nak ikut skali hantar aku kat poli tu. Ya Allah, dia da la sakit, badan pon da kurus je. Macam mana nak jalan jauh? Dia kata nak berubat kat umah mak ngah. Mak ngah aku merangkap kakak ayah aku dok Jitra. Tak ramai yang ikut hantar aku. Ayah tak ikut sebab nak uruskan adik-adik yang lain kat umah. Ibu,dia n aiman je yang ikut hantar aku. Kitorang g naik bas. OMG! dalam bas tu sejuk gila! Aku tengok dia da merekot da. Aku selimutkan dia dengan selimut yang aku pakai. "Takpelah aku tahan. Sikit lagi nak sampai ni.."Aku cuba sedapkan hati. Memang perjalanan malam tu aku terasa sangat panjang.

Aku dok umah mak ngah aku beberapa hari sebelum mendaftarkan diri ke poli tu. Lepas mendaftarkan diri dalam dua hari, ibu ngan adik aku pon nak balik ke Putrajaya. Dan perkara yang paling memeranjatkan aku dia pon nak ikut balik sekali. "Bukan hari tu dia kata nak ikut ke utara sebab nak berubat ke? Kenapa sekarang nak balik pulak? Dia da sihat ke? Dia ada penyakit kronik mana boleh baik dalam 2, 3 hari?" Aku monolog sendiri namun tiada jawapan yang pasti.

Beberapa bulan kemudian, dia datang lagi ke utara bagi menjalani rawatan secara konsisten. Lagipun mak ngah aku mampu untuk membayar rawatannya yang agak tinggi. Sekali-sekala aku balik ke rumah mak ngah untuk melinat keadaannya. Dalam sakit yang badannya hanya tinggal rangka dia minta aku mengurutnya. Mungkin begitu naluri tuanya mahu dibelai anak dan cucu. Namun aku hanya mengurut sambil mengusap lembut badannya.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, keadaannyaa makin tenat. Aku tahu dia berada di utara tapi kenapa aku tak pergi melawatnya? Aku sibuk dengan tugasan sana-sini. Maklumlah semester 1 banyak perkara baru yang perlu dipelajari di poli. Aku lupa menjengah dia yang selalu menantikan kehadiranku. Setiap kali dia bertanya soalku pada mak ngah "Mana shila?". "Dia banyak keje kat poli tu kot" balas mak ngahku. Hanya itu yang boleh mak ngah nyatakan padanya. Hal ini hanya aku ketahui selepas dia meninggalkan kami semua. Aku menyesal tak terkata. Kerana dialah insan yang banyak mengajarku erti kehidupan dan mengubah corak hidupku. Tanpanya aku mungkin membesar sebagai seorang remaja yang lena dengan kejutan budaya. Siapakah 'DIA'? 'DIA' yang istimewa adalah nenda tercinta.

.::ArwahNenekBersamaArwahAtokAchiKdanUcu::.



Bicarasikacamata: Perjalanan menyiapkan entri ni terpaksa diberhentikan beberapa kali sebab penulis tak dapat menahan perasaan sebak.=P

.::DAY 06::.

Challenge 6 : Favourite superhero and why?


Finally, entri yang ditunggu-tunggu telah tiba dengan kacaknya. Cabaran bagi hari yang ke-6. Nilah entri yang dapat menangkap mata aku ketika pertama kalinya aku mendapat tawaran cabaran bulan doblas ni dan kerana ia jualah aku menerima cabran ini. Siapakah superhero anda dan terangkan pilihan hati anda di sini. Ehem..ehem! Aku berdehem macam orang sakit tekak. Sebelum tu aku nak tanya korang dulu. Korang minat sape weh? Aku ada minat sorang superhero yang takde pusat ni. Haha! mesti korang dah dapat teka kan? So, xpayah la aku story panjang-panjang kan? Aku pon konpius dia ni superhero ke? Biarlah kalau x pon. Janji aku minat dia. Aku minat dia bukan sebab dia kuat ke apa. Aku minat sebab dia ni genius dan super kacak.



.::siapakahJejakaMistEriIni?::.


Mesti korang da boleh teka kan? haha. Bijak! Meeeemang bijak! (Yela-yela aku bagi full image dia. Amaran keras! Jangan tenung lama-lama okay?

Pehh! Aku ni tak pandai nak berangan. Aku tak mintak dia ni jadi laki aku apatah lagi nak minta dia jadi putera raja yang datang merescue puterinya (iaitu aku) menentang kejahatan perempuan sihir. (Apa kau mencarut ni shila?) Tapi dapat tengok live skali pon jadilah. Dalam mimpi pon xkisah janji jumpa. hehe! Kepada Mr. Super Kacak ku semoga dikau terus sukses dalam duniamu kerana aku sedar dunia kita berbeza bak pipit dengan enggang dan umpama semut dan gajah...eh, boleh ke? Ah, kasik bedallah. Berbahagialah hendaknya dan kenang daku dalam doamu. Walla!


.::mR.sUperKacak::.


Bicarasikacamata : Aku suka jugak Tom Welling berkemeja kotak-kotak tanpa sut supermannya. =P



.::DAY 05::.


Challenge 5 : A picture of somewhere you've been to

I wanna have been in New Zealand. Nak pegi gak! Can anyone send me there? Hurm. Unfortunately, negara sendiri pon tak habis round lagi ada hati nak pi negara orang (Aku bermonolog di situ). Tapi tulah impian aku dan semoga my dream come true. Sudahlah, xpayah nak cite tempat yang ko xpenah pegi shila. Ko xnampak tajuk pe kat atas 2? Aku sepak gak ko ni kang.haha! okok! Garanglah cik bloggie ni, rilek sudah aku nak cite la ni...taraaa...


.::ibeliEveIcaNfly::.

Guess where? Genting Highland! Waaa..manyak pandai aa. Lu punya bapak sapa nama?Mesti dia suka hati punya ala anak ini macam pandai. Mana lu taw? Aku taw la sebab aku yang letak gambar ni. Bodoh punya apek! haha.(Gurauan di situ..jangan marah aa apek..hehe!)

Gambar ni kitorg amik masa 1st time aku sampai atas gunung 2. Pehh! 1st time la orang kata so reaction dia macam pegi main salji. Sejuk gile! tapi yang peliknya si Christie 2 ley lak dia pakai suar pendek. Geleng kepala aku ngan member-member yang lain. Haha! Apa-apa pon memang sangat happening lagi-lagi aku pergi ngan BFF aku Zati, Terry and Christie. Tapi kitorang pegi balik hari je, dorang kata kalau nk habis cover semua game 2 kene stay dalam dua hari. konklusinya kitorang xhabis cover namun yang demikian tidaklah merasa kerugian sebab bayar separuh je guna ID abang Christie yang keje kat sana. So, bayar separuh main separuh la..haha! Separuh pon separuhlah janji puas. Pasni please jangan ajak aku g genting lagi k? Sudah muak kot coz buat masa ni ada lah 5 kali aku g. Cukup-cukuplah 2 kan shila. Walaupon assignment ni 1 je picture aku pedulik hape..nah! untuk tatapan korang bila rindu-rinduan...=)

.::wELOveRAinbOwcOlor::.


.::aLsoFLowEr::.

Bicarasikacamata : Menyimpan hasrat melancong ke New Zealand bersama yang tersayang(s).


.::DAY 04::.

Challenge 4 : A habit that you wish you didn't have

Habit? Habit ni apa ya? Rabbit aku taw la. Hari-hari dok berlari-lari sambil terlompat-lompat kat umah aku. Ha! Nak cite sat sal rabbit ni, ada ke dia pi gigit wayar internet kat umah aku ni? Sakitnya hati. Nasib baik ada wayar spare kat umah aku, kalau tak memang kitorang 1 family da pakat nak wat satay arnab je. Lagi-lagi abang aku tu. Aku tengok dia memang dah lama aim rabbit tu...haha! (Apa la aku ni dengan rabbit pon nak cari pasal).

Okaylah, we back to the point given. Yang tadi tu sedikit sebanyak aku bermukadimah pasal entri kali ni. Aku ni ada satu habit yang aku sendiri tak suka. Yela dah nama pon habit...kalau leh memang nak elaklah kan?ha?Tak paham? Ish!nak gak aku cakap urdu ke? Yela-yela dalam bahasa kebangsaan urdunya habit memberi maksud tabiat buruk. Kira macam tak baik untuk kesihatan la..haha! Main bedal je, janji korang paham. Habit aku ni datang ikut time, time aku dok lepak-lepak tengok tv atau masa tengah dok diam-diam sambil membaca tu tangan kiri aku ni cepat je naik kat kepala cari rambut gatal. Korang dapat tangkap tak ayat aku ni? Atau masih samar-samar sambil makan buah tamar? Haha. Kalau diikutkan memang la kita tak nampak kepala kita sendiri kan? Tapi yang magiknya jari-jemari aku ni pandai plak cari. satu lagi yang aku musykilnya tangan kiri aku je yang pandai cari rambut tu. Bila time lenguh tangan kiri aku try lak tangan kanan tapi seurat pon tak berjaya cabut..haha! Aku pon pelik. Memanglah orang kata rambut gatal ni buat kepala kita gatal tapi yang mendatangkan masalah kat aku ni kalau da hari-hari tengok tv, hari-hari cabut rambut, hatta botaklah kepala hamba. Aduh! Apapun aku masih berharap habit ni akan hilang satu hari nanti. Marilah bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kita semua.


Bicarasikacamata : Menaip entri sambil menikmati bihun tom yam terbaik dari kolam air panas. Pehhh!

.::DAY 03::.


Hey guys! Tell you what. Hari ni da 3hb Disember kan? How do you feel about this challenge so far? Mesti berkobar-kobar untuk meneruskan cabaran demi cabaran kan...all the best!


.::Theatre Competition::.


Challenge 3 : A picture of you and your friends

Hey hey hey! Look at the picture above. I love this photo damn much. Guess what the story of? Aku gerenti mesti korang da taw kan? (yela sebab aku da label kat bawah tu..huh!) Especialy ex-classmates aku...(tu pon kalau korang baca surf blog aku la kan..) cuba cari aku dalam gambar ni...senang kan? Akulah yang berbaju sekolah di situ..cute x?cute x? (jangan ada yang dengki di sana okay?) gambar ni kitorang amik lepas pertandingan teater tu..tengok semua sedang cuba menggayakan watak masing-masing...termasuklah aku yang berada di tengah ketika itu.

Okay, let the story begin. Dalam teater tu aku pegang watak budak sekolah. Nak kata baik 2 xkot..haha! Aku berlakon watak antagonis sebagai Rina. Rina ni dia minat plak kt mamat handsome sebelah aku dalam gambar 2.(Don't get me wrong okay? Dalam cerita ni je. Lakonan semata-mata di situ.) Akan tetapi mamat tu tak minat kat aku. Ops! Lupa plak nak introduce sebentar tadi...mamat tu nama dia Shah and dalam teater ni nama dia Awang Kassim..(Apa punya kampung daa nama dia..tapi memang kampong pon haha!) Okaylah..kalau aku cerita dari A to Z sal teater ni sampai 31hb pon tak habis...cabaran-cabaran yang lain plak camne kan? takkan nak abaikan plak...be fair okay? Oleh yang demikian aku memendekkan je apa yang panjang...

Drama ini dibintang dan bulankan oleh >> Sila rujuk photo di atas. (Pandai-pandai la korang cari berdasarkan watak yang diberi..haha!)

Shah@Awang Kassim (Paling handsome mestilah hero..yucks!)
Wun Wei@Tania (Heroin yang comel)
Hani@ Datin Sally (Mak datin yang angkuh tapi manja ngan laki dia ni...hehe!)
El@Datuk Megat (Ahli perniagaan/bapak si tania)
Botak@Awang Bakhil (Pembengis dia ni)
Farah@Bini Awang Bakhil (Kene ikut je cakap laki)
Che Nab@Mak Nab (Mak cik kantin merangkap mak aku)
Aku@Rina (Budak sekolah/anak mak nab..jahat dia ni..hehe!)
Aini@Cikgu Disiplin (Takot wooo..garang dia ni)
Ott@Cikgu besar (Ala...hai!cikgu besar yang kecik)
Kak Bie@tukang cuci 1 (Melodi!)
Zira@tukang cuci 2 (Kalau kak bie melodi dia ni michelle yeoh)
Saeidah@pekerja kantin/anak si awang(Banyak income ni sbb byk sgt watak..hehe)
Kema@pemutarbelit cerita (Tukang cerita)



.::Gambar ini diupload atas permintaan seseorang::.


Bicarasikacamata : Pagi-pagi lagi ada orang YM aku habaq assignment dia dah siap. Hey pigi dah! tapi dalam hati hish tak boleh jadi ni.











.::DAY 02::.


Challenge 2 : The meaning behind your blogger name




Apa ye nama blogger aku?haha...(cuba untuk buat lawak kurang pandai di situ..hehe!)shilalecious dot blogspot (Bukan nama sebenar) .ni lah padahnya banyak sangat baca mastika...haha! Muktamad!xboleh tukar dah...2 pon kak kema yang cakap..(sapa pulak kak kema ni?)ha?okok..lupa nak introduksi sebentar tadi...Shazwani Akma Shaiful Bahri. Beliaulah individu yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan industri dunia blogging ni kepadaku...(ayat Michelle Melodi..pinjam ayat orang je aku ni..hehe!) Nama ni pon aku main bagi je kat dia...sebab nama ni je yang lintas kat kepala aku time tu...banyak lagi nama yang terlintas sebenarnya tapi yang ni dia naik train so bunyi dia kuat sikit 2 yang terpandang 2 yang lain sume naik bas. Slow...haha!(masih cuba bergurau disitu...shila...shila!)


Jap!main point dia kat perenggan ni la..haha!hey hey hey be serious shila...okok!korang ingat tak dulu macam ada fenomena tambah-tambah nama kat belakang 2?ala...time fergilicious kuar album tula...ha,time 2 la aku terinfluenced sekali dengan nama kenama jadah ni...rasa cam sedap je kan?kira ok la 2...hehe!

Sebenarnya aku nak letak nama Shila Suhaimi seperti yang diletakkan kt FB dan juga email address aku tu...akan tetapi baru kusedari bukan aku sorang je punya nama Shila Suhaimi kt dunia ni..sob!sob!agak kecewa di situ..ada jugak mereka yang berkongsi nama denganku diluar sana..tapi kan mak aku kata orang nama shila suhaimi ni baik-baik belaka...agak megah disitu hehe!

Secara konklusinya, ada apa dengan nama?nama mempunyai banyak maksud yang tersendiri. Kadang-kadang pemilihan nama juga agak penting kerana ianya akan mempengaruhi individu itu sendiri...yeah!!tuuudia....tahniah!aku baru je melengkapkan cabaran hari kedua di bulan disember ini...hoho!sekian...nak taw cabaran 3hb?jap!dah 3hb lom?esok kan?tunggu esok aku cerita.


.::Amaran Keras! Jangan bagi nama-nama ini pada bakal anak anda::.


Bicarasikacamata : Aku rasa sistem HRMIS kat ofis aku menyokong 200% aktiviti berblogging aku di sini.





.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.