Thursday, December 2, 2010

.::DAY 02::.


Challenge 2 : The meaning behind your blogger name




Apa ye nama blogger aku?haha...(cuba untuk buat lawak kurang pandai di situ..hehe!)shilalecious dot blogspot (Bukan nama sebenar) .ni lah padahnya banyak sangat baca mastika...haha! Muktamad!xboleh tukar dah...2 pon kak kema yang cakap..(sapa pulak kak kema ni?)ha?okok..lupa nak introduksi sebentar tadi...Shazwani Akma Shaiful Bahri. Beliaulah individu yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan industri dunia blogging ni kepadaku...(ayat Michelle Melodi..pinjam ayat orang je aku ni..hehe!) Nama ni pon aku main bagi je kat dia...sebab nama ni je yang lintas kat kepala aku time tu...banyak lagi nama yang terlintas sebenarnya tapi yang ni dia naik train so bunyi dia kuat sikit 2 yang terpandang 2 yang lain sume naik bas. Slow...haha!(masih cuba bergurau disitu...shila...shila!)


Jap!main point dia kat perenggan ni la..haha!hey hey hey be serious shila...okok!korang ingat tak dulu macam ada fenomena tambah-tambah nama kat belakang 2?ala...time fergilicious kuar album tula...ha,time 2 la aku terinfluenced sekali dengan nama kenama jadah ni...rasa cam sedap je kan?kira ok la 2...hehe!

Sebenarnya aku nak letak nama Shila Suhaimi seperti yang diletakkan kt FB dan juga email address aku tu...akan tetapi baru kusedari bukan aku sorang je punya nama Shila Suhaimi kt dunia ni..sob!sob!agak kecewa di situ..ada jugak mereka yang berkongsi nama denganku diluar sana..tapi kan mak aku kata orang nama shila suhaimi ni baik-baik belaka...agak megah disitu hehe!

Secara konklusinya, ada apa dengan nama?nama mempunyai banyak maksud yang tersendiri. Kadang-kadang pemilihan nama juga agak penting kerana ianya akan mempengaruhi individu itu sendiri...yeah!!tuuudia....tahniah!aku baru je melengkapkan cabaran hari kedua di bulan disember ini...hoho!sekian...nak taw cabaran 3hb?jap!dah 3hb lom?esok kan?tunggu esok aku cerita.


.::Amaran Keras! Jangan bagi nama-nama ini pada bakal anak anda::.


Bicarasikacamata : Aku rasa sistem HRMIS kat ofis aku menyokong 200% aktiviti berblogging aku di sini.





No comments:

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.