Friday, July 19, 2013

Terima kasih awak.



Assalamualaikum. :))

Dalam entri sebelum ni aku dah janjikan nak story mori pasal seseorang. 
Al kisah...Dah termaktub sepanjang semester lima aku akan menetap sebilik dengan beliau. Bestnya dalam roomate sekelas. Apa apa pon senang kan? 
Aku ni dah lah susah sikit nak update anything pasal hal perihal kelas ni.
Adanya beliau buat aku ni keep updated. Syukur Alhamdulillah. 
Allah permudahkan aku dari satu sudut. 

Dari pemerhatian aku la kan dia ni lain macam sikit. Lain macam camner? Lainlah. Aku nak describe pon tatau camner yang aku tau dia baik sangat. Bak kata orang pemurah la. Jenis tak berkira. Itu yang aku suka pasal dia. Sebab aku ni pon bukan jenis berkira sangat kira mudah masuk kepala la kan? 

Dia ni jenis banyak cakap. Aku pulak jenis tak banyak cakap. Tapi bolehlah kalau nak suruh aku layan orang bersembang. Tapi kesian lak roomate aku ni. Agaknya tak selesa nak bercerita bila tengok mood aku biasa biasa je. Sorry roomate...sebenarnya saya memang cuba untuk jadi roomate yang terbaik untuk awak. Maaf andainya saya gagal jadi yang terbaik untuk awak. Dan tak jadi seperti yang awak harapkan. 

Tapi saya bersyukur sebelum pengakhiran semester kita sempat perbaiki mana yang kurang sepanjang semester lepas kan awak? Dan saya pasti awak nampak itu. Roomate awak ni tak pernah sengaja nak sakitkan hati awak tapi kadang kadang saya pon manusia biasa taktau di mana silap saya. Heee..terukkan saya wak.

 Anyway, saya takkan lupa jasa awak dengan saya masa sem 1. Ingat tak apa dia? Awaklah yang ajar saya drive kan? Ingat tak apa saya bagitau awak time tu? Awaklah cikgu driving saya paling lembut dan sabar. Tak macam ayah ngan cikgu saya kat driving school tu. Garang dan mendebarkan. Hiks! Oleh sebab itu, saya jadi mahir dan lebih yakin drive dengan awak. 

Heee..Apa apa pon saya nak ucapkan jutaan terima kasih dan menyusun 10 jari andai roomate awak ini banyak karenah sepanjang 1 semester ni dengan awak. Hikhik. 

Dan untuk itu entri kali ni saya coretkan khas untuk awak...Normaina Mat Rashid. Semoga hubungan persahabatan kita kekal berpanjangan. Nah lagu ni untuk awak. :))






Latest default pic of Nor My-na :))


Ada sesuatu dalam kepala ni.

Hey guys. Hari ni banyak pulak masa aku berentri kan? Terus terang aku baru lepas masak. Hee.. Jam menunjukkan 7.18pm. Ada 10 minit lagi menuju waktu berbuka. Aku rasa la kan selepas review News Feed aku kat FB aku tadi aku jumpa seseorang ni. Rasa macam nak coretkan sesuatu di sini untuk dia. Ya dia. Tapi bukan sekarang la kot. Tunggu ruang yang sesuai. Ni dah nak buka kang pelangkung periuk kari ikan bawal atas pale aku kang. Hiks! Okaylah..salam bukaan untuk semua umat Islam seluruh dunia. Assalamualaikum. :))

Edisi 10 Ramadhan.

10 Ramadhan. Aku pulak yang ke berapa ramadhan ntah. Faham faham ler wanita. Hiks! Hari ni nak buka apa pon tak pikir lagi. Tunggu mem besar balik baru tau nak masak apa. Haa..time tu mulalah kelam kabut kat dapur. Siap accident lagi. Itu biasa. Nak dapur luas luas tunggu aku renovate nanti. Haha! Ingat hari ni nak ajak ibu pegi bazaar lah. Nak beli lauk untuk Family gathering sok. Yeayyyy! Lama dah tak jumpa extend family aku ni. Lagi lagi aku belum jumpa lagi dengan ahli ahli baru Yayasan Ishak Yahmi (YIY) ni. 

Tahun ni je kitorang sambut 2 baby baru iaitu baby Irsyad anak Ucu Nurul ngan baby Afiq anak Sepupu Kak long Shaakira. Yang tu kita tunggu esok. Memang tak sabar! Hoyeahhhh! Siaplah korang budak budak kecik. Akan ku gusti sorang sorang sok. Hiks!

Hmmm..lagi 3 hari gak aku akan start praktikal. Maksudnya lagi 1 sem aku bakal menamatkan zaman stadi aku. Huwaaaa! Aku tak puas lagi berjimba ngan member member aku. Tak rasa nak keje lagi walaupun ada rasa nak pegang duit sendiri. Tapi takpe..masa itu tetap akan berlalu. Moh kita hargai apa yang ada depan mata kita sebaiknya. Let's time decide. 

Bercakap pasal praktikal sebenarnya aku ni. Dah ready ke? Aku okay je. Suka je nak main redah redah ni. Tapi aku kena tau formaliti gak kan? Takkan nak main redah je hari pertama. Kalau hari hari lain tu Inshaa Allah. Heee! Barang barang nak praktikal tak ready lagi ni homaiii...ko boleh rileks je shila? Haish! Okok..pas post entri ni aku pegilah cek dokumen dokumen nak bawak sume tu okeng? huuu...

Nampak macam dah time nak amik ibu kat ofis. 
Okay sekian untuk edisi 10 Ramadhan. 

Assalamualaikum. :))






.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.