Tuesday, May 24, 2011

::KenapaKitaHarusBuatPilihanDalamHidup::

Alhamdulillah hari ni aku berjaya menyambung perjuangan aku menggantikan puasa yang terhenti sekerat jalan tempoh hari. Adalah dalam 5 hari lagi. Akan aku usahakan sebelum masuk bulan puasa akan datang. Terima kasihlah pada si dia yang paksa aku ganti gak puasa aku ni. Hehuuu~Thanks awak!

Tell u what, dalam banyak-banyak hari kan aku paling suka hari SELASA ngan JUMAAT. Nak tau kenapa? Kalau korang orang PUTRAJAYA mesti korang tau kenapa. Huhu! Sebab...dua hari ni la ada pasar malam@PASAR TANI MEGA kat tempat aku. Syok gila! Aku memang suka pegi pasar malam. Kena pulak hari ni nak mencari juadah berbuka. Tak cari tempat lain dah. Hikhik! Aku gerak sorang je. Dah sampai sana jalan punya jalan adalah 4 5 round dan bawak balik ayam rangka, menu wajib ni, nasi kerabu, ayam percik, tauhu bakar ngan bihun sup yang adik aku pesan. Sian dia demam.

Haih. panjang tol mukadimah si shila ni. Saja nak sedapkan hati aku yang tengah dilema ni. Tadi time kat kedai ayam rangka tu mak aku call. Dari hujung talian aku dengar dia happy sangat. Rupa-rupanya dia cuba sampaikan khabar gembira tuk aku. Nak tau apa? Memang aku nak cerita pon sebab tulah entri ni wujud. Cuba senyum di situ. Patutkah aku gembira? Atau kenapa aku harus sedih?

Balik dari pasar malam aku terus tengok surat yang mak aku sembang tadi. NUR ASILAH SUHAIMI. JEMPUTAN MENGHADIRI TEMUDUGA. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27. Tak payahlah aku sembang panjang isi kandungan surat tu. Cukuplah beberapa potong ayat yang buat aku dilema. Walaupun ianya hanya panggilan temuduga cukup tok wat aku terus berfikir. Terus call seseorang bagi mengurangkan kegusaran di hati.

Aku terdiam. Memang aku inginkan jawatan ni. Kedudukan yang stabil dalam sektor kerajaan. Tapi macam mana dengan study aku? Pengajian yang bakal menjamin masa depan aku? Itu juga masa depan aku. Ahhh..bercakap pasal masa depan. Ni pon masa depan aku gak. Kembali kepada nawaitu kita. Belajar tinggi-tinggi bukan untuk dapat kerja yang elok ke? Untuk bantu keluarga. Oh!

Sekarang, tiada apa yang harus aku lakukan selain memohon petunjuk dariNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Aku percaya, pasti ada jalan kebahagiaan di situ. InshaAllah.


::SangatTakSukaApabilaKenaBuatPilihanMacamNi::


Bicarasikacamata : Baru lepas baca ::untukmu shilaa 2. Siap ada part 2. Untuk kedua kalinya aku terharu dengan si sahabat. Terima Kasih Semah.

Sunday, May 22, 2011

::AkuBerterimaKasihPadaYangBenarBenarMenghargai::

Rajin plak aku update blog hari ni kan. Pulak 2 banyak lak idea aku tiba-tibakan? Mungkin sebab tidur aku lena semalam. Ni aku nak story sal semalam gak. Petang semalam, aku baru je ta sampai seminit pon blogwalking. Kira baru sign in la. Tiba aku ternampak untukmu shilaa kat updated blog yang aku follow banyak-banyak tu. Tangan aku ni lak bertindak selari dengan apa yang otak aku fikir kan. Terus je klik kat blog roomate aku ni. Kitorang panggil dia Semah @ nama sebenar dia Asma Binti Husin.

OMG! serius talk. I am so speechless. Tak pernah ada orang nak tulis pasal aku ni macam dia. Mana dia dapat idea nak tulis sal aku pon aku ta tau. Dia kata aku ni misteri. Sejauh manakan misteri itu wahai semah oi? Hehuuu~ Aku bukan misteri tapi mungkin lebih suka bercerita apabila ditanya. Berat rasa mulut ni untuk menceritakan perihal diriku tanpa dipinta. Aku lebih senang mereka membuat penilaian dan melihat sendiri ciptaan tuhan ni. Baikkah? Lucukah? Pemarahkah? Korang akan tau sendiri.

Apa yang aku rasa sekarang ni rasa nak fly g ganu n say thanks pada si semah kerana telah menulis pasal diri ni. Pastu nak la shopping-shopping kepok lekor ngan batik sikit-sikit. Walla! Tidak cukup rasanya dengan jutaan terima kasih kerana melihat diri ini walaupun sebesar kuman. Terima kasih sekali lagi kerana jadi sahabat dan contoh yang baik pada  kawan sesetan aku ni. =P

::BudakYangKecikLagiNakal::

Bicarasikamata : Hargailah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.

::JanganMaluJadiOrangMelayu::

Petang ni. Sepatotnya aku kuar ronda-ronda bagi memantapkan skill memandu aku. Tapi perancangan terpaksa ditukar disebabkan cuaca diluar yang tidak mengizinkan. Tengok pulak komputer free..=) means tade orang dok main la leh aku online sat. Bagus gak ni leh aku update entri. Nak-nak plak memang ada benda na story mory kat sini kan?

Nak dijadikan cerita semalam aku kuar nak tengok wayang ngan member aku ni. Cerita apa hot stuff sekarang ni? Tudia NUR KASIH THE MOVIE. Aku ni kira salah seorang follower cerita nilah dari drama lagi. Memang superb la. Filem melayu yang berjaya menjadi fenomena dalam industri perfileman melayu. Tabik spring aku kat Khabir Bhatia. Cerita dia semua meletops! Laku macam goreng pisang panas. Fully Booked sampai ke malam. Ntah-ntah sampai seminggu da penuh kot. Malas plak aku nak cek.

Okok..lets get back to the topic. Aku bukan nak cerita pasal NKTM ni sebenarnya. Tapi disebabkan nak tengok filem ni la aku dapat idea na post entri hari ni. So, nak start cite ni masa tu aku nga Q untuk beli tiket wayang ni ngan member aku. Kitorang memang da tau da tiket NKTM da habis da tapi disebabkan memikirkan alang-alang da datang jauh lagi penat kitorang Q gak nak tengok movie lain. Plan B kitorang nak tengok FAST n FURIOUS 5 tiba-tiba dengar announcement dari pihak GSC cakap banyak movie da SOLD OUT and SELLING FAST. Gila ramai orang nak tengok movie hari ni. Mesti sebab NKTM ni. Tapi bila NKTM da sold out tu yang dorang amik inisiatif tengok cerita lain kot.

Tengah-tengah Q tu tiba-tiba telinga aku panas je dengar ada sorang budak ni cakap dengan nada yang tinggi kat kawan dia, "AKU TAK TENGOK CITE MELAYU", sambil nak blah dari Q line 2. Member dia yang dok barisan depan lak kurang jelas dengan dialog si sahabat suruh ulang. "AKU TAK TENGOK CITE MELAYU", sambil buat muka annoying di situ. Pehhh! Meluatnya aku tengok muka dia. Serius cakap rasa nak pi tampaq ja muka dia.

Hello adik! memang adik pon. Budak ni budak sekolah SBP kat tempat aku ni. Mana aku tau? Tengoklah baju outting tok asrama dia tu kan? Assalamualaikum cik adik, awak tu orang apa ek? Jangan nak hina bangsa sendiri kalau awak sendiri cakap bahasa melayu. Even orang india yang Q kat belakang saya pon terus berlalu dengar cerita yang dia nak tengok ngan GF dia sold out. Tak perlu kot nak jerit kat situ yang awak sebenarnya dah bosan jadi orang melayu.








Jangan ingat awak dah sarung baju sekolah SBP tu awak dah hebat sangat sampai tak menghargai filem melayu sendiri. in fact, having a PhD doesnt mean you know everthing. Akak rasa adik patot view blog ni baru adik akan rasa keciknya kita kat bumi Allah Taala ni even ilmu penuh kat dada tu. Nasihat akak la kan adik. Kalau dah muak sangat tengok cerita melayu adik berhentilah cakap melayu dan duduk kat bumi Malaysia ni. Kami tak perlukan orang macam adik yang seolah-olah malu nak mengaku bangsa sendiri. 







Bicarasikacamata : Tidak pernah rasa meluat macam ni kat orang luar yang tak dikenali. Selalu saya akan biar da buat ta tau je dengan orang-orang berjenis ni. Tapi jenis orang kali ni buat saya rasa sensitif lak dengan statement mintak penampaq dia tu. Assalamualaikum.

::DisaatKaujadiMilikku::

Peh! tajuk nak gempak je. Padahal tade kena mengena langsung dengan entri. Haha! Saja bikin gempak. Bagi menarik follower aku membaca entri kali ni. Masih belum ada idea untuk menulis dan masih belum ada isi untuk dicoretkan bersama.

Sekadar ingin memberitahu cuti semester sudah bermula dan dijangka tamat dalam masa 4 bulan lagi, Apalah yang bakal dilakukan dalam tempoh tu kan? kerja? Of course. Tapi tak nak kerja semata-mata. Shila nak something yang buatkan hidup shila meaningful.

Entahlah. Shila ta tau kenapa sekarang rasa nak berseronok semakin menjadi-jadi. Sedangkan di depan kita masih banyak lagi liku-liku yang menanti. Tidak sedarkah budak besar ni? Namun rasa keseronokkan itu mengatasi segalanya.

Oh! Apakah haluan hidup ini? Hidup di universiti makin besar cabarannya. Bagi yang lemah seperti aku akan mudah terjerumus di dalam arus kelalaian. Di manakah cahaya yang dahulunya bersamaku? Telah hilang di kala nafsu bermaharajalela. Wahai kekasihku, Pimpinlah tanganku bersamamu menuju matlamat yang satu. Mencari keredhaan Allah nan satu. Ayuh bangkit segera. Benarkanlah jua aku untuk memimpin tanganmu mencari nur tatkala kegelapan melanda. Janganlah kita lupa pada-Nya. Carilah kemanisan iman itu sementara jasad masih dikandung badan.




Bicarasikacamata : Kasih dan sayang pada Penciptaku mengatasi segalanya.

Sunday, May 1, 2011

::MasihBelumBerakhirNamunIzinkanAkuBernafasSeketika::

Fuhhh! Tamat sudah minggu yang paling mencabar seumur hayat aku. Bernafas. Udara ditarik sedalam-dalamnya. Namun apakah kejayaannya pasti nanti? Oh, Mungkin ya dan mungkin tidak. Seminggu yang aku rasakan setahun lamanya. Don't u ever dare seat for the exam paper of 5 in one go? Each day. Aku sendiri tak berani weh. Tapi apa pilihan yang aku ada? Gila. Tapilah itulah hamparan kenyataan yang aku harus terima dengan hati yang terbuka tanpa ada sekelumit pon keluhan. Sepatutnya. Menanti hari konvokesyen dan exam yang berbaki. Bila fikir-fikirkan boleh masuk wad gila. Huhu. Nasib baik aku masih boleh berfikir secara rasional dengan adanya family and kawan-kawan yang aku sayang. Aku kena kuat. Aku yang besar ni kalau tak kuat malulah dengan semut kat bawah ni.=)



Bicarasikacamata : Harus cekal dalam menempuh alam persekolahan yang masih berbaki 2 tahun setengah.

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.