Sunday, May 22, 2011

::JanganMaluJadiOrangMelayu::

Petang ni. Sepatotnya aku kuar ronda-ronda bagi memantapkan skill memandu aku. Tapi perancangan terpaksa ditukar disebabkan cuaca diluar yang tidak mengizinkan. Tengok pulak komputer free..=) means tade orang dok main la leh aku online sat. Bagus gak ni leh aku update entri. Nak-nak plak memang ada benda na story mory kat sini kan?

Nak dijadikan cerita semalam aku kuar nak tengok wayang ngan member aku ni. Cerita apa hot stuff sekarang ni? Tudia NUR KASIH THE MOVIE. Aku ni kira salah seorang follower cerita nilah dari drama lagi. Memang superb la. Filem melayu yang berjaya menjadi fenomena dalam industri perfileman melayu. Tabik spring aku kat Khabir Bhatia. Cerita dia semua meletops! Laku macam goreng pisang panas. Fully Booked sampai ke malam. Ntah-ntah sampai seminggu da penuh kot. Malas plak aku nak cek.

Okok..lets get back to the topic. Aku bukan nak cerita pasal NKTM ni sebenarnya. Tapi disebabkan nak tengok filem ni la aku dapat idea na post entri hari ni. So, nak start cite ni masa tu aku nga Q untuk beli tiket wayang ni ngan member aku. Kitorang memang da tau da tiket NKTM da habis da tapi disebabkan memikirkan alang-alang da datang jauh lagi penat kitorang Q gak nak tengok movie lain. Plan B kitorang nak tengok FAST n FURIOUS 5 tiba-tiba dengar announcement dari pihak GSC cakap banyak movie da SOLD OUT and SELLING FAST. Gila ramai orang nak tengok movie hari ni. Mesti sebab NKTM ni. Tapi bila NKTM da sold out tu yang dorang amik inisiatif tengok cerita lain kot.

Tengah-tengah Q tu tiba-tiba telinga aku panas je dengar ada sorang budak ni cakap dengan nada yang tinggi kat kawan dia, "AKU TAK TENGOK CITE MELAYU", sambil nak blah dari Q line 2. Member dia yang dok barisan depan lak kurang jelas dengan dialog si sahabat suruh ulang. "AKU TAK TENGOK CITE MELAYU", sambil buat muka annoying di situ. Pehhh! Meluatnya aku tengok muka dia. Serius cakap rasa nak pi tampaq ja muka dia.

Hello adik! memang adik pon. Budak ni budak sekolah SBP kat tempat aku ni. Mana aku tau? Tengoklah baju outting tok asrama dia tu kan? Assalamualaikum cik adik, awak tu orang apa ek? Jangan nak hina bangsa sendiri kalau awak sendiri cakap bahasa melayu. Even orang india yang Q kat belakang saya pon terus berlalu dengar cerita yang dia nak tengok ngan GF dia sold out. Tak perlu kot nak jerit kat situ yang awak sebenarnya dah bosan jadi orang melayu.








Jangan ingat awak dah sarung baju sekolah SBP tu awak dah hebat sangat sampai tak menghargai filem melayu sendiri. in fact, having a PhD doesnt mean you know everthing. Akak rasa adik patot view blog ni baru adik akan rasa keciknya kita kat bumi Allah Taala ni even ilmu penuh kat dada tu. Nasihat akak la kan adik. Kalau dah muak sangat tengok cerita melayu adik berhentilah cakap melayu dan duduk kat bumi Malaysia ni. Kami tak perlukan orang macam adik yang seolah-olah malu nak mengaku bangsa sendiri. 







Bicarasikacamata : Tidak pernah rasa meluat macam ni kat orang luar yang tak dikenali. Selalu saya akan biar da buat ta tau je dengan orang-orang berjenis ni. Tapi jenis orang kali ni buat saya rasa sensitif lak dengan statement mintak penampaq dia tu. Assalamualaikum.

5 comments:

Nur Atikah A Rahman said...

Shila....already follow ur blog!!
hit me back...
noe wat,bukan cik adik 2 je y xsedar diri...
ramai lg y xsedar diri dorg 2 melayu...
duk pegi clubbing,minum arak pastu ase xberslh upload pic kt fb...

shila suhaimi said...

eyka~thanks for following!
itulah akibatnya bila minda dak2 melayu sudah dijajah!yang penting jati diri=)

a.r.n.a.b said...

power arh.mcmni brula teruja nk bce blog..rpe2nye pndai gak die brkarya..sy org MELAYU..hehe

shila suhaimi said...

cik arnab~sy ta pandai berkata-kata.yg sy pandai adalah dengan merepek disini..lalala~

IlyaNis said...
This comment has been removed by the author.

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.