Friday, September 9, 2011

.::Hari rabu yang menyegarkan::.

Hari rabu yang sangat menyegarkan. 
Disebabkan aku last minggu neh 
so dak-dak opis ajak aku lunch kat luar. 
Nak celebrate la kononnya. 
Aku pon dah orang ajak tu polo jela. 
Nama pon nak pi melantak.
 Haruslah menghadirkan diri. heeeee~

Hari tu Lunch dengan officemate kat 
Garden Restaurant, Alamanda.
 Restoran ni baru je buka kat Alamanda Putrajaya neh.
 Branch terbesar dia kat Mid Valley. 
Aku nak cakap banyak pon tak besh...so, enjoy the photos!

Mempersembahkan...Garden Restaurant!


Wahhh! ni konsep dia...restoran dalam taman.

Rambang mata pilih menu la tu...=)

Pose kat kusi cantik...kak sue n nick!


Prawn Spagetthi..heeee~ Pilihan kak sue n kak norin.

Ni nick punya...apa ntah nama dia ta ingat!=P


This is mine...Chicken Lasagna. Sangat sedap okayy!

Dekorasi yang menarik.

Memang cantik.

Macam dalam rumah.


Last shoot sebelum balik.

Ni restoran baru tau kat alamanda tu. Lokasi dekat dengan boling tapi belah luar. Sangat sesuai untuk apa-apa celebration or nak meraikan kawan-kawan kita. Mood pon otomatik bertukar jadi sangat romantik. How sweet~ 

Last word, thanks guys kerana sudi untuk meraikan farewell untuk aku neh. Korang sangat sweet okayy. Tak sangka lak masih ada yang sudi mengadakan jamuan perpisahan ini walaupun kecil-kecilan...heeee! Rasa sangat bahagia sekejap. Thanks for everything. Later-later kita keep in touch okayy! Sayang korang ketat-ketat...take care all!babai~

Bicarasikacamata : Terasa nak bawak seseorang yang istimewa ke restoran ni. Mesti romantik kan!

.::Bye-bye DCA, Hai-hai UiTM::.

Mode sedih. Kenapa? Sebab hari ni last day aku kat DCA. Bukan sebab pe, sebab aku tak ready lagi nak sambung kuliah yang dah tergendala 4 bulan neh. Buat teruk pa shila? heeee! Lama dah kot cuti. Tak cukup lagi ke duit tu? Cukup-cukup. Leh lah melaram dengan blackberry nanti. Inshaallah~

Apa-apa pon suka sangat keje kat sini. Mode relax dan santai membuatkan aku bersahaja di tempat keje. Waklu! Ko sebenarnya makan gaji buta kan shila? Hahaha~ bukan aku yang nak. Dah rezeki aku. chill okayy?

Pose terakhir @ DCA!

Ni kawan aku Nick. Kat sini apa-apa aku cerita ngan dialah. Dia pon sementara macam aku gak tapi dia mungkin akan sambung kontrak lagi sampai akhir tahun neh. Dia sangat baik okayy! Thanks nick sebab jadi kawan shila kat DCA ni. Nanti cuti-cuti shila datang DCA melawat nick k? Babai nick!

Hari terakhir ni macam tade keje je. Haish! Sampai ke hujungnya aku kebosanan. Oklah! tunggu aku untuk entri seterusnya. Nak wat draft jap. Bye!

Bicarasikacamata : Sila beri aku semangat untuk kembali ke belajar.

Thursday, September 8, 2011

.::TamatKontrak::.

Pejam celik pejam celik dah dekat 3 bulan aku kat DCA ni dan dah abis pon cuti semester yang 4 bulan tu. Adeh! Kenapalah cepat sangat masa berlalu. Aku tak puas lagi cuti sebab dah seronok keje kat sini. Tapi kuliah plak dah nak start. Dah last-last neh barulah rasa rapat ngan dorang semua orang kat sini sama ada di Unit Perolehan, Admin  mahupun Flight Operation. Semua dah rapat ngan aku. Sedih plak rasa nak berpisah neh.

Walaupun hanya sementara dah rasa seronok ngan dorang. Tambah plak keje aku kat sini tadelah pressure mana. Relax n santai. Ta perlu nak pening-pening kepala. Namun perjuangan perlu diteruskan demi mencapai cita-cita dan cinta...tiba2! Okaylah guys, korang jaga diri leklok k? Meh sini hamba nak berpantun sikit.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Inshaallah kita bersua lagi.


Bicarasikacamata : Bye-bye DCA, Hai-hai UiTM!

Wednesday, September 7, 2011

.::Jujurlah::.

HARD! Word yang paling sesuai sekarang ni Mood sangat lemau pagi-pagi. Oh Allah! Aku sangat lemah sekarang ni. Aku ni nampak je kuat tapi dalamannya entah. Semakin aku cuba mencari punca semakin buntu dengan penyelesaian. Adakah masih ada sinar? Disebabkan mood pon ke laut...layan perasaan jela.



Bicarasikacamata : Adakah bahagia akan selalu bersamaku? Susahkan hidup menumpang kasih orang.

Tuesday, September 6, 2011

.::CutiSudahHabisBro...MasaTukKembaliKeSekolah::.

Baru 2 hari keje pas cuti raya dan akan bercuti panjang lagi pasneh. Kenapa? Sebab kuliah dah nak start la der. Tinggal 3 hari untuk aku duduk atas kerusi empuk ni. Atau lebih spesifik cuti 4 bulan dah nak habis der. Aduh! kejap je masa berlalu. Otak pon dah berkarat. Okaylah aku nak hantar pi servis dulu and kasi polish kaw-kaw...bye!

Mommy, i don't want go back to school. its killing me.

Bicarasikacamata : Aku suka post entri pendek-pendek je sekarang ni. Malas nak pikir sebenarnya.

Monday, September 5, 2011

::.RayaLebihBermakna::.

Lama menyepi kan? 
Mana taknya mood nak menulis ke LAUT. 
Mood raya lak berleluasa. 
Tade apa untuk diceritapanjangkan. 
Hanya ingin menyatakan aku OK kat sini. 
Sekian Terima kasih!

Hi, Im Okay!

Bicarasikacamata : Semester baru akan membuka lembarannya...aiyak! (tak ready lagi after 4 months break???)

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.