Thursday, September 8, 2011

.::TamatKontrak::.

Pejam celik pejam celik dah dekat 3 bulan aku kat DCA ni dan dah abis pon cuti semester yang 4 bulan tu. Adeh! Kenapalah cepat sangat masa berlalu. Aku tak puas lagi cuti sebab dah seronok keje kat sini. Tapi kuliah plak dah nak start. Dah last-last neh barulah rasa rapat ngan dorang semua orang kat sini sama ada di Unit Perolehan, Admin  mahupun Flight Operation. Semua dah rapat ngan aku. Sedih plak rasa nak berpisah neh.

Walaupun hanya sementara dah rasa seronok ngan dorang. Tambah plak keje aku kat sini tadelah pressure mana. Relax n santai. Ta perlu nak pening-pening kepala. Namun perjuangan perlu diteruskan demi mencapai cita-cita dan cinta...tiba2! Okaylah guys, korang jaga diri leklok k? Meh sini hamba nak berpantun sikit.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Inshaallah kita bersua lagi.


Bicarasikacamata : Bye-bye DCA, Hai-hai UiTM!

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.