Saturday, October 5, 2013

I want happy life but my sins doesn't allow me..Allahurabbi.

Sabda Rasulullah saw, Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya memikirikan hal dunia seolah olah ia tidak melihat hak Allah dalam dirinya.

Maka Allah menanamkan 4 penyakit:

1. kebingungan dan kesedihan yang tiada hujungnya.
2. kesibukan yang tiada kesudahannya.
3. Keinginan yang tidak pernah dipenuhi.
4. khayalan dan angan-angan yang tidak pernah dipenuhi.


Betapa jauhnya hidup manusia tersimpang dari jalan kebenaran. Hanya dunia dalam fikiran mereka. Cinta mereka hanya untuk manusia. Allahurabbi. Akhirat masih jauh dengan manusia manusia ini kerana mereka lalai. Mereka hanya mahu kebahagiaan hidup dan membahagiakan orang lain. Tapi  masih tak mampu. Itulah masalah manusia. Senyuman yang hadir bagaikan bukan dari kebahagian yang sebenar. Dan untuk itu mereka harus terus mencari kebahagiaan hakiki. Kembali kepada fitrah.


Bicarasikacamata: Aku hanya mahu bahagia. Dunia akhiratku.

Monday, July 22, 2013

Internship Day 1


Assalamualaikum. :))

22 Julai 2013.
Tarikh di mana aku start praktikal. Kat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Saja amik tempat praktikal yang dekat dengan rumah mudah, cepat dan Inshaa Allah selamat sampai. Tagline mutiara. Dan yang paling best aku ni dah kira macam itik pulang petang. Haha. Bagai sireh pulang ke gagang. Tahu? Tak tahu sila google sendiri. 

Pelancongan ni memang minat aku dulu lagi. Dari zaman diploma lagi kateko. Nak buat macam mana jodoh aku dalam bidang ni tak panjang. Degree ni aku lari 360 darjah dari bidang ni. Sebab apa? Kan dah bagitau tadi. Haihhh! So kalau tak belajar pon takpe. Pegi melancong sana sini pon dah kira terubat sikit rindu aku dalam bidang ni. Heee. So aku amik peluang praktikal kali ni dekat kementerian pelancongan demi mengubat rindu. Waklu.

Nak stori apa ya hari pertama ni? Pagi pagi lagi dah masuk bilik meeting bagi sesi taklimat bersama pelajar pelajar praktikal. Juga merupakan sesi Ice Breaking untuk kami dak dak intern ni. Permulaan yang baik bagi aku dan student student praktikal yang lain kerana kami diminta membuat pembentangan mengenai kementerian di depan HR Exec. merangkap PTD kat situ. ZASS! 

Hari pertama sangat menghairahkan. Sehari je dia masa nak prepare tahu? Gua rasa apa? Gua rasa lapar. Belum apa apa dah kena present. Petang tadi gak kena present.Tapi takpe, alhamdulillah presentation berjalan lancar sekali. Dia suka slides gua. Yes! Permulaan yang memberangsangkan. 

Student comment? Haha. Ala ala buku log la ke shila? Not really. Ini catatan peribadi. Tak consistent. Buku log, buku log. Aku ni patotnya catat dalam buku log dulu menda menda yang berlaku pon. Hahaha! Ahh..belasahlah mana mana dulu pon aku okay. Asalkan buku log terisi secara berilmiah. Sini nak gelak gelak pon suka hati akulah. Wakakaka! 

Pada pandangan aku ini adalah permulaan yang baik bagi aku ngan dak dak intern yang lain. Pendekatan yang baik untuk kitorang mengenali kementerian secara telus. Skill skill presentation aku selama ni aku bawak keluar semua. Haha. Nasib baik selalu present kat kelas. Tadelah aku terkial kial kan? Teknik menjawab soalan pon aku apply sebaiknya. Time ni lah nak ucap terima kasih kat lecturer lecturer semua kan? Hahaha. 

Terdapat juga kejutan kejutan lain di hari pertama yang aku rasa takyahlah aku nak share kat sini. Tak penting gamaknya. Heee. Malam ni kita tido awal sikit bagi membekalkan tenaga di hari esok. Selamat malam untuk itu. Jumpa lagi. :))








Friday, July 19, 2013

Terima kasih awak.



Assalamualaikum. :))

Dalam entri sebelum ni aku dah janjikan nak story mori pasal seseorang. 
Al kisah...Dah termaktub sepanjang semester lima aku akan menetap sebilik dengan beliau. Bestnya dalam roomate sekelas. Apa apa pon senang kan? 
Aku ni dah lah susah sikit nak update anything pasal hal perihal kelas ni.
Adanya beliau buat aku ni keep updated. Syukur Alhamdulillah. 
Allah permudahkan aku dari satu sudut. 

Dari pemerhatian aku la kan dia ni lain macam sikit. Lain macam camner? Lainlah. Aku nak describe pon tatau camner yang aku tau dia baik sangat. Bak kata orang pemurah la. Jenis tak berkira. Itu yang aku suka pasal dia. Sebab aku ni pon bukan jenis berkira sangat kira mudah masuk kepala la kan? 

Dia ni jenis banyak cakap. Aku pulak jenis tak banyak cakap. Tapi bolehlah kalau nak suruh aku layan orang bersembang. Tapi kesian lak roomate aku ni. Agaknya tak selesa nak bercerita bila tengok mood aku biasa biasa je. Sorry roomate...sebenarnya saya memang cuba untuk jadi roomate yang terbaik untuk awak. Maaf andainya saya gagal jadi yang terbaik untuk awak. Dan tak jadi seperti yang awak harapkan. 

Tapi saya bersyukur sebelum pengakhiran semester kita sempat perbaiki mana yang kurang sepanjang semester lepas kan awak? Dan saya pasti awak nampak itu. Roomate awak ni tak pernah sengaja nak sakitkan hati awak tapi kadang kadang saya pon manusia biasa taktau di mana silap saya. Heee..terukkan saya wak.

 Anyway, saya takkan lupa jasa awak dengan saya masa sem 1. Ingat tak apa dia? Awaklah yang ajar saya drive kan? Ingat tak apa saya bagitau awak time tu? Awaklah cikgu driving saya paling lembut dan sabar. Tak macam ayah ngan cikgu saya kat driving school tu. Garang dan mendebarkan. Hiks! Oleh sebab itu, saya jadi mahir dan lebih yakin drive dengan awak. 

Heee..Apa apa pon saya nak ucapkan jutaan terima kasih dan menyusun 10 jari andai roomate awak ini banyak karenah sepanjang 1 semester ni dengan awak. Hikhik. 

Dan untuk itu entri kali ni saya coretkan khas untuk awak...Normaina Mat Rashid. Semoga hubungan persahabatan kita kekal berpanjangan. Nah lagu ni untuk awak. :))






Latest default pic of Nor My-na :))


Ada sesuatu dalam kepala ni.

Hey guys. Hari ni banyak pulak masa aku berentri kan? Terus terang aku baru lepas masak. Hee.. Jam menunjukkan 7.18pm. Ada 10 minit lagi menuju waktu berbuka. Aku rasa la kan selepas review News Feed aku kat FB aku tadi aku jumpa seseorang ni. Rasa macam nak coretkan sesuatu di sini untuk dia. Ya dia. Tapi bukan sekarang la kot. Tunggu ruang yang sesuai. Ni dah nak buka kang pelangkung periuk kari ikan bawal atas pale aku kang. Hiks! Okaylah..salam bukaan untuk semua umat Islam seluruh dunia. Assalamualaikum. :))

Edisi 10 Ramadhan.

10 Ramadhan. Aku pulak yang ke berapa ramadhan ntah. Faham faham ler wanita. Hiks! Hari ni nak buka apa pon tak pikir lagi. Tunggu mem besar balik baru tau nak masak apa. Haa..time tu mulalah kelam kabut kat dapur. Siap accident lagi. Itu biasa. Nak dapur luas luas tunggu aku renovate nanti. Haha! Ingat hari ni nak ajak ibu pegi bazaar lah. Nak beli lauk untuk Family gathering sok. Yeayyyy! Lama dah tak jumpa extend family aku ni. Lagi lagi aku belum jumpa lagi dengan ahli ahli baru Yayasan Ishak Yahmi (YIY) ni. 

Tahun ni je kitorang sambut 2 baby baru iaitu baby Irsyad anak Ucu Nurul ngan baby Afiq anak Sepupu Kak long Shaakira. Yang tu kita tunggu esok. Memang tak sabar! Hoyeahhhh! Siaplah korang budak budak kecik. Akan ku gusti sorang sorang sok. Hiks!

Hmmm..lagi 3 hari gak aku akan start praktikal. Maksudnya lagi 1 sem aku bakal menamatkan zaman stadi aku. Huwaaaa! Aku tak puas lagi berjimba ngan member member aku. Tak rasa nak keje lagi walaupun ada rasa nak pegang duit sendiri. Tapi takpe..masa itu tetap akan berlalu. Moh kita hargai apa yang ada depan mata kita sebaiknya. Let's time decide. 

Bercakap pasal praktikal sebenarnya aku ni. Dah ready ke? Aku okay je. Suka je nak main redah redah ni. Tapi aku kena tau formaliti gak kan? Takkan nak main redah je hari pertama. Kalau hari hari lain tu Inshaa Allah. Heee! Barang barang nak praktikal tak ready lagi ni homaiii...ko boleh rileks je shila? Haish! Okok..pas post entri ni aku pegilah cek dokumen dokumen nak bawak sume tu okeng? huuu...

Nampak macam dah time nak amik ibu kat ofis. 
Okay sekian untuk edisi 10 Ramadhan. 

Assalamualaikum. :))






Thursday, July 18, 2013

Sahaja aku berpuasa tahun ini...

Assalamualaikum pembuka bicaraku. 
Aku sekarang rumah manis rumah. hee..ramadhan kali ini cukup bermakna untuk aku. Terasa betul betul kehadirannya. Syukur masih berpeluang beribadah dalam bulan yang cukup berkat ini. Puasa kali ni aku sambut dalam keadaan sibuk menelaah. Terkena pulak time exam kan? Best wooo..baru thrill..boleh doa banyak banyak...heee..semoga perjalanan menanda kertas exam aku berjalan lancar. hiks! Dah tamo cakap pasal exam. Itu sangat mendukacitakan. Sob sob. 

Dugaan plak jangan cakap la kan. Memang menduga betul. Namun bersyukur kerana Allah masih turunkan ujian kat aku. Tunjukkan aku jalan yang benar. Dugaan yang datang aku lalui penuh hikmah. Dan hikmah itu aku guna sebaik mungkin. Aku tekad untuk jalani ramadhan kali ini dengan penuh bermakna. Banyak benda yang telah berlaku dan akan berlaku dalam bulan ramadhan ni. 

Ada tiga versi puasa kali ni iaitu puasa kat kolej, rumah dan tempat praktikal aku nanti. So bila dah macam tempat berpuasa ni maka banyaklah benda yang jadi kan? Memandangkan ini adalah puasa pertama aku kat kolej semenjak bergelar siswazah ni..aku tabik lah kat member member kolej aku...puasa pertama sahur secara berjemaah dan membayangkan bahawa mereka sedang bersahur dirumah. Salute! Kalau akulah kan? Memang taklah kan nak bangun masak nasi semua. Itu yang aku tabik tu. 

Padahal dulu time diploma benda ni biasa je berlaku. Disebabkan tak penah puasa kat kolej kan? So dia adalah sesuatu yang sangat exciting! Time buka pulak jangan cakap la kan? Lagi meriah. Aku bersyukur sangat dikurnikan kawan kawan sebaik dan seharmoni dorang sume. Walau di hari hari terakhir meriah dia kurang terasa aku tetap rasa bersyukur ada pengalaman sedemikan rupa dengan dorang. 

Kat rumah pulak macam biasa. Kalau aku takde famili aku buka 4 orang je. Ayah ibu ilyas dan aiman. Yang lain sume jauh diperantauan. Kekeke. Nasib baik aku ada. Boleh gak ringankan kerja ibu kat umah ni. Poyo betul! Hiks. 

Pasni puasa kat tempat praktikal plak. Macam mana la kan puasa tempat baru. Heee..semoga dipermudahkan segala urusanku nanti. 
Inshaa Allah. Oklah. Nak pi makan moreh amik tadi. Kalau tak jadi makanan kucing ni plak. Hiks!


Selamat menjalani ibadah ramadhan kali ini dengan penuh keikhlasan dan keimanan. :))





Thursday, May 30, 2013

La tahzan..innallahamaana..:)

Allahurabbi...#tariknafassedalamnya
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.
Aku masih lagi mampu untuk bangkit
dari kejatuhan ini.

Berat sungguh ujian Mu ya Allah.
Aku redha.
Di kala aku bertekad untuk mengubah nasib diri
Rupanya aku ubah segalanya.
Aku tersungkur.

Apa erti sayang jika tiada erti kasih.
Apa erti sayang jika telinga makin pedih.

Kau bodoh shila.
Kau bodoh sebab kau biarkan segala tohmahan.
Kau bodoh sebab berlagak kuat.
Berlagak mampu buat segalanya.

Cukup!

Cukup aku lihat kau terseksa
Cukup untuk kau lontarkan segala yang kau rasa
Sesuka hati asalkan kau puas.
Memang salah aku. Sudah,

Apa yang terjadi dalam dunia ni memang salah aku.
Sebab apa? Sebab kau bodoh Shila

Jangan ingat aku bila diamkan segala
Kau dah cukup perfect.

Jangan ingat tak buat salah.
Sempurna pemudah kata.
Jangan ingat aku tak nampak apa yang menyakitkan hati.
Aku diam. Ya aku hanya perhati sejauh mana kau pergi.
Aku biarkan saja.

Sungguhpun aku masih cinta, kau ku biar pegi.
Semoga kau temui bahagia hakiki.




Tuesday, February 26, 2013

Kerani Cabuk

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Lama aku tinggal..
rumah maya aku ni.
Rasa rindu nak berteleku depan komputer riba
Sambil melayan gerak jemari.
Ada sesuatu yang aku ingin coretkan.

Sekarang aku kerani.
Kerani tiket sementara.
Tidaklah berjawatan tinggi
Tapi aku juga manusia.

Manusia manusia.
Tingginya sang ego
Sampai hilang rasa hormat pada manusia lain
Pada kerani cabuk macam aku.

Aku masih di bawah
Dan sampai bila bila pon aku akan dibawah
Di bawah naungan Mu ya Rabb
Jauhkanlah aku dari ego yang mencalar maruahku.


.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.