Monday, July 22, 2013

Internship Day 1


Assalamualaikum. :))

22 Julai 2013.
Tarikh di mana aku start praktikal. Kat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Saja amik tempat praktikal yang dekat dengan rumah mudah, cepat dan Inshaa Allah selamat sampai. Tagline mutiara. Dan yang paling best aku ni dah kira macam itik pulang petang. Haha. Bagai sireh pulang ke gagang. Tahu? Tak tahu sila google sendiri. 

Pelancongan ni memang minat aku dulu lagi. Dari zaman diploma lagi kateko. Nak buat macam mana jodoh aku dalam bidang ni tak panjang. Degree ni aku lari 360 darjah dari bidang ni. Sebab apa? Kan dah bagitau tadi. Haihhh! So kalau tak belajar pon takpe. Pegi melancong sana sini pon dah kira terubat sikit rindu aku dalam bidang ni. Heee. So aku amik peluang praktikal kali ni dekat kementerian pelancongan demi mengubat rindu. Waklu.

Nak stori apa ya hari pertama ni? Pagi pagi lagi dah masuk bilik meeting bagi sesi taklimat bersama pelajar pelajar praktikal. Juga merupakan sesi Ice Breaking untuk kami dak dak intern ni. Permulaan yang baik bagi aku dan student student praktikal yang lain kerana kami diminta membuat pembentangan mengenai kementerian di depan HR Exec. merangkap PTD kat situ. ZASS! 

Hari pertama sangat menghairahkan. Sehari je dia masa nak prepare tahu? Gua rasa apa? Gua rasa lapar. Belum apa apa dah kena present. Petang tadi gak kena present.Tapi takpe, alhamdulillah presentation berjalan lancar sekali. Dia suka slides gua. Yes! Permulaan yang memberangsangkan. 

Student comment? Haha. Ala ala buku log la ke shila? Not really. Ini catatan peribadi. Tak consistent. Buku log, buku log. Aku ni patotnya catat dalam buku log dulu menda menda yang berlaku pon. Hahaha! Ahh..belasahlah mana mana dulu pon aku okay. Asalkan buku log terisi secara berilmiah. Sini nak gelak gelak pon suka hati akulah. Wakakaka! 

Pada pandangan aku ini adalah permulaan yang baik bagi aku ngan dak dak intern yang lain. Pendekatan yang baik untuk kitorang mengenali kementerian secara telus. Skill skill presentation aku selama ni aku bawak keluar semua. Haha. Nasib baik selalu present kat kelas. Tadelah aku terkial kial kan? Teknik menjawab soalan pon aku apply sebaiknya. Time ni lah nak ucap terima kasih kat lecturer lecturer semua kan? Hahaha. 

Terdapat juga kejutan kejutan lain di hari pertama yang aku rasa takyahlah aku nak share kat sini. Tak penting gamaknya. Heee. Malam ni kita tido awal sikit bagi membekalkan tenaga di hari esok. Selamat malam untuk itu. Jumpa lagi. :))








No comments:

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.