Friday, July 19, 2013

Terima kasih awak.



Assalamualaikum. :))

Dalam entri sebelum ni aku dah janjikan nak story mori pasal seseorang. 
Al kisah...Dah termaktub sepanjang semester lima aku akan menetap sebilik dengan beliau. Bestnya dalam roomate sekelas. Apa apa pon senang kan? 
Aku ni dah lah susah sikit nak update anything pasal hal perihal kelas ni.
Adanya beliau buat aku ni keep updated. Syukur Alhamdulillah. 
Allah permudahkan aku dari satu sudut. 

Dari pemerhatian aku la kan dia ni lain macam sikit. Lain macam camner? Lainlah. Aku nak describe pon tatau camner yang aku tau dia baik sangat. Bak kata orang pemurah la. Jenis tak berkira. Itu yang aku suka pasal dia. Sebab aku ni pon bukan jenis berkira sangat kira mudah masuk kepala la kan? 

Dia ni jenis banyak cakap. Aku pulak jenis tak banyak cakap. Tapi bolehlah kalau nak suruh aku layan orang bersembang. Tapi kesian lak roomate aku ni. Agaknya tak selesa nak bercerita bila tengok mood aku biasa biasa je. Sorry roomate...sebenarnya saya memang cuba untuk jadi roomate yang terbaik untuk awak. Maaf andainya saya gagal jadi yang terbaik untuk awak. Dan tak jadi seperti yang awak harapkan. 

Tapi saya bersyukur sebelum pengakhiran semester kita sempat perbaiki mana yang kurang sepanjang semester lepas kan awak? Dan saya pasti awak nampak itu. Roomate awak ni tak pernah sengaja nak sakitkan hati awak tapi kadang kadang saya pon manusia biasa taktau di mana silap saya. Heee..terukkan saya wak.

 Anyway, saya takkan lupa jasa awak dengan saya masa sem 1. Ingat tak apa dia? Awaklah yang ajar saya drive kan? Ingat tak apa saya bagitau awak time tu? Awaklah cikgu driving saya paling lembut dan sabar. Tak macam ayah ngan cikgu saya kat driving school tu. Garang dan mendebarkan. Hiks! Oleh sebab itu, saya jadi mahir dan lebih yakin drive dengan awak. 

Heee..Apa apa pon saya nak ucapkan jutaan terima kasih dan menyusun 10 jari andai roomate awak ini banyak karenah sepanjang 1 semester ni dengan awak. Hikhik. 

Dan untuk itu entri kali ni saya coretkan khas untuk awak...Normaina Mat Rashid. Semoga hubungan persahabatan kita kekal berpanjangan. Nah lagu ni untuk awak. :))






Latest default pic of Nor My-na :))


No comments:

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.