Thursday, July 18, 2013

Sahaja aku berpuasa tahun ini...

Assalamualaikum pembuka bicaraku. 
Aku sekarang rumah manis rumah. hee..ramadhan kali ini cukup bermakna untuk aku. Terasa betul betul kehadirannya. Syukur masih berpeluang beribadah dalam bulan yang cukup berkat ini. Puasa kali ni aku sambut dalam keadaan sibuk menelaah. Terkena pulak time exam kan? Best wooo..baru thrill..boleh doa banyak banyak...heee..semoga perjalanan menanda kertas exam aku berjalan lancar. hiks! Dah tamo cakap pasal exam. Itu sangat mendukacitakan. Sob sob. 

Dugaan plak jangan cakap la kan. Memang menduga betul. Namun bersyukur kerana Allah masih turunkan ujian kat aku. Tunjukkan aku jalan yang benar. Dugaan yang datang aku lalui penuh hikmah. Dan hikmah itu aku guna sebaik mungkin. Aku tekad untuk jalani ramadhan kali ini dengan penuh bermakna. Banyak benda yang telah berlaku dan akan berlaku dalam bulan ramadhan ni. 

Ada tiga versi puasa kali ni iaitu puasa kat kolej, rumah dan tempat praktikal aku nanti. So bila dah macam tempat berpuasa ni maka banyaklah benda yang jadi kan? Memandangkan ini adalah puasa pertama aku kat kolej semenjak bergelar siswazah ni..aku tabik lah kat member member kolej aku...puasa pertama sahur secara berjemaah dan membayangkan bahawa mereka sedang bersahur dirumah. Salute! Kalau akulah kan? Memang taklah kan nak bangun masak nasi semua. Itu yang aku tabik tu. 

Padahal dulu time diploma benda ni biasa je berlaku. Disebabkan tak penah puasa kat kolej kan? So dia adalah sesuatu yang sangat exciting! Time buka pulak jangan cakap la kan? Lagi meriah. Aku bersyukur sangat dikurnikan kawan kawan sebaik dan seharmoni dorang sume. Walau di hari hari terakhir meriah dia kurang terasa aku tetap rasa bersyukur ada pengalaman sedemikan rupa dengan dorang. 

Kat rumah pulak macam biasa. Kalau aku takde famili aku buka 4 orang je. Ayah ibu ilyas dan aiman. Yang lain sume jauh diperantauan. Kekeke. Nasib baik aku ada. Boleh gak ringankan kerja ibu kat umah ni. Poyo betul! Hiks. 

Pasni puasa kat tempat praktikal plak. Macam mana la kan puasa tempat baru. Heee..semoga dipermudahkan segala urusanku nanti. 
Inshaa Allah. Oklah. Nak pi makan moreh amik tadi. Kalau tak jadi makanan kucing ni plak. Hiks!


Selamat menjalani ibadah ramadhan kali ini dengan penuh keikhlasan dan keimanan. :))





No comments:

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.