Tuesday, May 24, 2011

::KenapaKitaHarusBuatPilihanDalamHidup::

Alhamdulillah hari ni aku berjaya menyambung perjuangan aku menggantikan puasa yang terhenti sekerat jalan tempoh hari. Adalah dalam 5 hari lagi. Akan aku usahakan sebelum masuk bulan puasa akan datang. Terima kasihlah pada si dia yang paksa aku ganti gak puasa aku ni. Hehuuu~Thanks awak!

Tell u what, dalam banyak-banyak hari kan aku paling suka hari SELASA ngan JUMAAT. Nak tau kenapa? Kalau korang orang PUTRAJAYA mesti korang tau kenapa. Huhu! Sebab...dua hari ni la ada pasar malam@PASAR TANI MEGA kat tempat aku. Syok gila! Aku memang suka pegi pasar malam. Kena pulak hari ni nak mencari juadah berbuka. Tak cari tempat lain dah. Hikhik! Aku gerak sorang je. Dah sampai sana jalan punya jalan adalah 4 5 round dan bawak balik ayam rangka, menu wajib ni, nasi kerabu, ayam percik, tauhu bakar ngan bihun sup yang adik aku pesan. Sian dia demam.

Haih. panjang tol mukadimah si shila ni. Saja nak sedapkan hati aku yang tengah dilema ni. Tadi time kat kedai ayam rangka tu mak aku call. Dari hujung talian aku dengar dia happy sangat. Rupa-rupanya dia cuba sampaikan khabar gembira tuk aku. Nak tau apa? Memang aku nak cerita pon sebab tulah entri ni wujud. Cuba senyum di situ. Patutkah aku gembira? Atau kenapa aku harus sedih?

Balik dari pasar malam aku terus tengok surat yang mak aku sembang tadi. NUR ASILAH SUHAIMI. JEMPUTAN MENGHADIRI TEMUDUGA. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27. Tak payahlah aku sembang panjang isi kandungan surat tu. Cukuplah beberapa potong ayat yang buat aku dilema. Walaupun ianya hanya panggilan temuduga cukup tok wat aku terus berfikir. Terus call seseorang bagi mengurangkan kegusaran di hati.

Aku terdiam. Memang aku inginkan jawatan ni. Kedudukan yang stabil dalam sektor kerajaan. Tapi macam mana dengan study aku? Pengajian yang bakal menjamin masa depan aku? Itu juga masa depan aku. Ahhh..bercakap pasal masa depan. Ni pon masa depan aku gak. Kembali kepada nawaitu kita. Belajar tinggi-tinggi bukan untuk dapat kerja yang elok ke? Untuk bantu keluarga. Oh!

Sekarang, tiada apa yang harus aku lakukan selain memohon petunjuk dariNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Aku percaya, pasti ada jalan kebahagiaan di situ. InshaAllah.


::SangatTakSukaApabilaKenaBuatPilihanMacamNi::


Bicarasikacamata : Baru lepas baca ::untukmu shilaa 2. Siap ada part 2. Untuk kedua kalinya aku terharu dengan si sahabat. Terima Kasih Semah.

4 comments:

a.r.n.a.b said...

tahniah..ap2pn kptsn yg anda buat kami mnyokongnya..buatlah kptsn yg trbaik..mnta pntnjk dr yg MAHA BERKUASA

shila suhaimi said...

cik arnab~thanks cik arnab oi!
ada jodoh kita jumpa lagi di melati ya.
InshaAllah.

Azeanthy Paiman said...

congrats for the offered shila..

urmm still, you need to think twice for that..

think about your future..may god blessing you ya=)

shila suhaimi said...

yan~Thanks.btw,both are my future.that is why i am confusing now.hopefully i didnt make any mistake in my decision about that.ohh!

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.