Thursday, December 2, 2010

.::DAY 04::.

Challenge 4 : A habit that you wish you didn't have

Habit? Habit ni apa ya? Rabbit aku taw la. Hari-hari dok berlari-lari sambil terlompat-lompat kat umah aku. Ha! Nak cite sat sal rabbit ni, ada ke dia pi gigit wayar internet kat umah aku ni? Sakitnya hati. Nasib baik ada wayar spare kat umah aku, kalau tak memang kitorang 1 family da pakat nak wat satay arnab je. Lagi-lagi abang aku tu. Aku tengok dia memang dah lama aim rabbit tu...haha! (Apa la aku ni dengan rabbit pon nak cari pasal).

Okaylah, we back to the point given. Yang tadi tu sedikit sebanyak aku bermukadimah pasal entri kali ni. Aku ni ada satu habit yang aku sendiri tak suka. Yela dah nama pon habit...kalau leh memang nak elaklah kan?ha?Tak paham? Ish!nak gak aku cakap urdu ke? Yela-yela dalam bahasa kebangsaan urdunya habit memberi maksud tabiat buruk. Kira macam tak baik untuk kesihatan la..haha! Main bedal je, janji korang paham. Habit aku ni datang ikut time, time aku dok lepak-lepak tengok tv atau masa tengah dok diam-diam sambil membaca tu tangan kiri aku ni cepat je naik kat kepala cari rambut gatal. Korang dapat tangkap tak ayat aku ni? Atau masih samar-samar sambil makan buah tamar? Haha. Kalau diikutkan memang la kita tak nampak kepala kita sendiri kan? Tapi yang magiknya jari-jemari aku ni pandai plak cari. satu lagi yang aku musykilnya tangan kiri aku je yang pandai cari rambut tu. Bila time lenguh tangan kiri aku try lak tangan kanan tapi seurat pon tak berjaya cabut..haha! Aku pon pelik. Memanglah orang kata rambut gatal ni buat kepala kita gatal tapi yang mendatangkan masalah kat aku ni kalau da hari-hari tengok tv, hari-hari cabut rambut, hatta botaklah kepala hamba. Aduh! Apapun aku masih berharap habit ni akan hilang satu hari nanti. Marilah bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kita semua.


Bicarasikacamata : Menaip entri sambil menikmati bihun tom yam terbaik dari kolam air panas. Pehhh!

No comments:

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.