Thursday, December 2, 2010

.::DAY 07::.


Challenge 7 : A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Pergghhh! susahnya cabaran hari ke-7 nih. Kenapa ntah jari jemari aku yang biasanya lincah menari meluahkan isi hati hari ini agak gugup menjalankan rutinnya. Mungkin kerana sang otak tidak memberikan arahan sewajarnya.haha!

Okaylah, meh aku nak cerita. Cerita aku ni sedih taw, sanggup ke korang nak baca?Haha. Sejak dari kecik memang aku tinggal dengan dia. Ops! bukan tinggal serumah tau tapi rumah aku sebelah je umah dia. Start aku umur 5 tahun aku akan ke rumah dia untuk belajar mengaji. Bukan sebelum tu tak pernah tapi datang untuk main-mainlah. Bermula dari Muqaddam, Al-Quran sampailah aku khatam. Ya Allah, besarnya jasa beliau padaku. Apa yang aku masih ingat waktu aku sekolah rendah kitorang adik-beradik beserta sepupu sepapat aku akan datang mengaji sama ada sebelum pergi sekolah agama ataupun balik sekolah. Itulah rutin harian kitorang sehari-hari. Dan yang paling aku xboleh lupa setiap kali datang mengaji mesti kitorang dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap. Ada nasi lemak, cekodok manis, pisang goreng, keladi goreng, keledek, bubur dan macam-macam lagilah. Paling sedap TEH TARIK dia. Pehhh! xpayah minum kat kedai mamak. Memang sebijik teh tarik kat kedai. Beliau memang pandai masak sampai setiap kali ada kenduri kahwin kat area rumah tu mesti dorang akan panggil dia untuk memasak atau lebih spesifik lagi KETUA TUKANG MASAK.

Pada suatu hari, kami sekeluarga terpaksa berpindah sebab tempat kerja ibu berpindah ke Putrajaya. So, kami pon kena la pindah. Tapi aku tak nak pindah! Aku nak duduk dengan dia. Aku yakin dia boleh jaga aku. Lagipun dia dah tua sapa nak jaga? Namun demi keluarga aku terpaksa gak ikut pindah sekali. Sedih gila time tu. Aku pon belajar la kt sekolah putrajaya tu. Tak lama pas SPM aku dapat offer study poli kat perlis. Dan yang paling aku tak boleh lupa dia nak ikut skali hantar aku kat poli tu. Ya Allah, dia da la sakit, badan pon da kurus je. Macam mana nak jalan jauh? Dia kata nak berubat kat umah mak ngah. Mak ngah aku merangkap kakak ayah aku dok Jitra. Tak ramai yang ikut hantar aku. Ayah tak ikut sebab nak uruskan adik-adik yang lain kat umah. Ibu,dia n aiman je yang ikut hantar aku. Kitorang g naik bas. OMG! dalam bas tu sejuk gila! Aku tengok dia da merekot da. Aku selimutkan dia dengan selimut yang aku pakai. "Takpelah aku tahan. Sikit lagi nak sampai ni.."Aku cuba sedapkan hati. Memang perjalanan malam tu aku terasa sangat panjang.

Aku dok umah mak ngah aku beberapa hari sebelum mendaftarkan diri ke poli tu. Lepas mendaftarkan diri dalam dua hari, ibu ngan adik aku pon nak balik ke Putrajaya. Dan perkara yang paling memeranjatkan aku dia pon nak ikut balik sekali. "Bukan hari tu dia kata nak ikut ke utara sebab nak berubat ke? Kenapa sekarang nak balik pulak? Dia da sihat ke? Dia ada penyakit kronik mana boleh baik dalam 2, 3 hari?" Aku monolog sendiri namun tiada jawapan yang pasti.

Beberapa bulan kemudian, dia datang lagi ke utara bagi menjalani rawatan secara konsisten. Lagipun mak ngah aku mampu untuk membayar rawatannya yang agak tinggi. Sekali-sekala aku balik ke rumah mak ngah untuk melinat keadaannya. Dalam sakit yang badannya hanya tinggal rangka dia minta aku mengurutnya. Mungkin begitu naluri tuanya mahu dibelai anak dan cucu. Namun aku hanya mengurut sambil mengusap lembut badannya.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, keadaannyaa makin tenat. Aku tahu dia berada di utara tapi kenapa aku tak pergi melawatnya? Aku sibuk dengan tugasan sana-sini. Maklumlah semester 1 banyak perkara baru yang perlu dipelajari di poli. Aku lupa menjengah dia yang selalu menantikan kehadiranku. Setiap kali dia bertanya soalku pada mak ngah "Mana shila?". "Dia banyak keje kat poli tu kot" balas mak ngahku. Hanya itu yang boleh mak ngah nyatakan padanya. Hal ini hanya aku ketahui selepas dia meninggalkan kami semua. Aku menyesal tak terkata. Kerana dialah insan yang banyak mengajarku erti kehidupan dan mengubah corak hidupku. Tanpanya aku mungkin membesar sebagai seorang remaja yang lena dengan kejutan budaya. Siapakah 'DIA'? 'DIA' yang istimewa adalah nenda tercinta.

.::ArwahNenekBersamaArwahAtokAchiKdanUcu::.



Bicarasikacamata: Perjalanan menyiapkan entri ni terpaksa diberhentikan beberapa kali sebab penulis tak dapat menahan perasaan sebak.=P

No comments:

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.