Wednesday, December 1, 2010

.::DAY 01::.



Challenge 1 : A recent picture of you and 15 interesting fact about yourself


.::as blur as me::.


Jam menunjukkan 11.46pm. Okay belum 2hb lagi..masih sempat lagi!(walaupun aku taw waktu menghabiskan entri ni xmungkin kol 11.59pm...huhu!) Sowie puan, sok pagi-pagi sebelum pukul 8 saya letak assignment saya atas meja puan k?haha...nilah ayat aku kalau tak sempat nk submit assignment before due date dia...pinjam la kejap! okok!bila nk cerita pasal tujuan sebenar entri ni?dok merapukan diri saja...ehem..ehem!

Merujuk perkara di atas ini adalah cabaran bagi hari pertama, saya Nur Asilah Suhaimi akan menyahut cabaran yang telah ditawarkan oleh rakan blogger saya. Peh!ayat surat rasmi tuh...sudah!sudah!(pinjam dialog Haziq dalam filem Syurga Cinta..hehe!) Kira ni macam homework budak sekolahlah...sehari 1 essay...so,disebabkan perasaan rindu pada kantin sekolah makin hari makin menebal aku gagahkan jugak untuk mengarang hari demi hari, tahun demi tahun..hehe! Ntahlah sejak dua menjak ni aku da macam addicted nk berblogging, mungkin sebab laman sesawang yang lain dah sawang menyawang kot...atau dalam bahasa Urdunya BORING! Ok mari teruskan pembacaan anda mengenai diri saya...yehaaaa!

Fakta 1 : Gadis yang mesra disapa shila ni amat GEMAR MELANCONG atau dalam bahasa melayunya travelling. Mempunyai cita-cita untuk menjelajahi seluruh dunia. pehhh!kalu la aku dapat g NZ...ha?NZ tu apa?hehe..oops!NEW ZEALAND la sayang...Tapi sebelum tu kene habis cover 1 Malaysia dulu la kan?baru ley nak pergi tengok negara orang...akan aku pergi bersama yang tercinta(s).

Fakta 2 : Minat Football especially SPAIN and LIVERPOOL...biarlah orang nak kata apa hati aku tetap pada liver! aku da try da nak minat kelab lain tapi xleh la...lagi-lagi MU. Aku pon xtaw kenapa...huhu!sowie MU fan..Liverpool always in my HEART. You'll Never Walk Alone.

Fakta 3 : Peminat tegar YONG TAU FOO kt pasar tani presint 2...haha! Penah ada satu masa tu setiap minggu kalau g pasar tani mesti beli, kira ni menu wajib la...sekarang ni da keje so masa nak g 2 amat limit...sedih...xde sapa leh lawan Sri Wangsi. Cayalah bro!

Fakta 4 : TAK SUKA TENGOK CERITA SERAM DAN YANG NGERI-NGERI. Bukan sebab takut tapi sebab takut nanti jadi penakut!hmmm...paham tak ayat aku ni?haha...kira tak nak tengok sebab nanti terbayang-bayang....g mana-mana pon terbayang hantu yang kita tengok 2...pastu mulalah g bilik air pon nak teman...haha!

Fakta 5 : Mempunyai seorang KEMBAR yang bernama Nurul Izzati Mohd Utama!pehhh...siap nama penuh...hehe! Aku jumpa dia kat PTSS tempat aku belajar dulu...dia kembar aku lain mak lain ayah...aik?ley ke macam tu?haha...boleh...boleh!(peminat aku menjawab....=P)

Fakta 6 : Mengidamkan BLACKBERRY...ada sesapa tak nak hadiahkan saya?Nak beli tak mampu...xdapat Blackberry, air blackcurrant pon kira jadilah...hehe!

Fakta 7 : suka shopping sorang-sorang...tak banyak kepala sebab da survey nak beli apa. time nak beli tu tros g kedai yang da aim lama 2...pas beli tros balik...penat pon tak!hehe...tapi kalau bab baju kurung kene ajak ibu gak coz xpandai pilih baju kurung...sebenarnya nak manja ngan ibu sebab dari kecik memang ibu yang pilih..so,bila nak pilih sendiri takot ibu tak suka...nanti nak pakai pon takot...anak mithali la konon...hehe!

Fakta 8 : ha...fakta yang ni mesti korang nak taw kan? Akulah MURID ke-3 TERBESAR masa sekolah rendah dulu...aku ingat lagi time darjah 3 dulu cikgu siap nasihatkan aku diet lagi kau...haha!dah nak besar aku nak wat cmne...mmg baka family aku kot!huuu..tapi tengoklah sekarang?haha...aku pekerja ketiga terkecik kot...slim lagi u!hehe!jangan ada sorang pon yang jeles okay?=P

Fakta 9 : Masih SINGLE but NOT AVAILABLE. (statement try test market) Bukan xlaku ok?tapi masih belum memikirkan ke arah itu...lagipon byk sangat komitmen skrg ni...sbb aku fikir bila da bercinta nanti tros kahwin lagi bagus...hehe!baru thrill..yucks!aku ke yang berkenyataan sebegini. Agak annoying di situ. Seakan tidak mempercayai diri sendiri..bukan tak nak tapi...nanti-nantilah!

Fakta 10 : Membuat 2 KERJA dalam satu masa...pagi di Jabatan Penerbangan Awam dan petang plak di Jalinan Kota dan Desa Travel..nak hidup beb!

Fakta 11 : Mula berkacamata sejak umur 7 tahun...wow!tiada apa yang hendak diwowkan...dan yang agak membanggakan kaca mata yang aku pakai sekarang ni usianya hampir mencecah 5 tahun...agak bangga di situ.

Fakta 12 : Fakta yang seterusnya aku ni TAK PANDAI MARAH. Paling marah pon aku diam je. Maknanya aku marah la tu..tp aku bukan jenis kerana nyamuk seekor kelambu dibakar...cuba untuk tidak menjahanamkan harta benda awam mahupun persendirian (barang-barang kat rumah) Alhamdulillah aku masih boleh mengawal kemarahan aku ni...hehe!

Fakta 13 : Tidak boleh hidup tanpa JAM di TANGAN. Penah sekali tu jam tertinggal kt ofis..tanggalkan sebab nak pi solat..bila xpakai jam 2 rasa masa ni cepat sangat berlalu...aku ingat aku yang da lambat dalam segala hal...bila da sampai umah tengok-tengok awal 1/2 jam dari yang aku sangkakan..hehe! Aku gak sangat minat pada watch tapi dalam koleksi ada 1 je sebab jam ni adalah salah satu perkara wajib dalam hidup aku...rasa sayang nk gantikan dengan watch yang lain...(eh..eh!baru aku perasan ada unsur-unsur setia di situ) sedar tak sedar da 4 tahun jam ni melekap kat tangan kiri aku ni...(tengok jam kat tangan..) *senyum*

Fakta 14 : Hanya ada FB sebagai satu-satunya laman sosial selain BLOG. Myspace or segala space telah diteminate...hehe! Apa-apa hal cari aku kt FB k?n also u can leave ur comment here.

Fakta 15 : Pasal ADDICT BERBLOGGING ni aku terlepas sahur pagi tadi...niat tu da mantap da! tapi tidor lewatnya pasal bukan takat terlepas sahur je...subuh aku pon kol 7..ish3!penangan blogging ni wehh...tapi xpe aku masih nak teruskan cabaran ni...dan yang faktanya 2 hari gak la aku try menyiapkan homework aku ni...semalam da wat separuh, hari ni sambung...yela kalu seharian aku keje mengadap pc ni boleh gak aku curi-curi online kan..kalau lecturer aku confirm dia da xterima...harap terima ye semua?hehe!

Bicarasikacamata : Harap dapat berkongsi idea dan buah fikiran di laman sosial bersama rakan-rakan online. Love them all.



2 comments:

.::SayangKemA::. said...

ok....tau dah mcm2 nie....hahahaha!!

kim salam si kembar ZATI ea...hakhak!!

ops sowie! akak xmen FB...hohoho!

shila suhaimi said...

akak kan taw lebih lagi pasni sbb blog akan di update setiap hari pada bulan disember nih!tunggu.okok..nanti shila kem salam kt dia k?owh..okok!papehal leave ur msg here k sis..

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.