Sunday, April 4, 2010

.::Ketenangan yang dicari::.


Shila masih mencari ketenangan..dan ketenangan yang abadi adalah dengan mendekatkan diri dengan penciptanya...lately,shila byk gak search2 info dlm internet ni...byk yg shila xtaw sebenarnya...jahilnya shila pasal Islam ni...selama ini kalu shila tension mesti shila dgr music..kdg2 mmg kuat gak la...makin kuat makin shila puas n lupe sume mslh...tp shila silap...mslh 2 xpernah selesai...shila just lari dr mslh...mslh 2 tetap bebankan kepala shila ni...pas shila jumpa pe yg shila cari 2 shila mula tersedar yg hiburan di dunia ni hanyalah bersifat sementara..kat sini shila nk share ape yg shila da jumpe...shila tertarik dengan ayat2 MUQREEZ ni yg shila jumpe blog die...

Bila hati senantisa terasa dirundung malang bertimpa, mula aku idamkan saat-saat lalu. Saat yang tak pernah aku jemu untuk dikenang dan tatang.
Saat aku tak perlu mengeluh, menelan pil2 lantaran sakit di dunia
Aku idamkan detik-detik aku tak penah rasa kecewa kerana ku rasa dekat pada-Nya
Aku rindu saat itu, rasa cinta yang lahir bukan atas zahirnya pandangan mata
Aku takkan rasa terhina di sisinya

"al-hub, as-syauq wa redha" cinta, rindu dan redha Buku yang dihadiahkan teman dan ku baca setiap halamannya berulang-ulang

Aku tak pernah rasa diri dipersia
Aku rindu bila jalinan persahabatan bukan dibina atas kepentingan dunia
Aku idamkan bila ilmu itu menjadi nadi dalam amal
Bukan ilmu menjadikan aku hamba yang malas dan giat mencari alasan

Bila bergelumang dgn cinta manusia, nyata tiada tandingannya cinta Dia. Aku tringat tika aku mohon pada dia, dia kabulkan segala. Terasa diri dipandangnya. Aku takkan lupa, aku bangun semata untuk mengingatinya.Tapi kini, aku hanya umpama seorang peniaga, hanya amal untuk lepaskan diri dari tanggung jawab. Rasa itu ku pudar rasanya.Aku mencari

Aku kaget dengan ujian dunia...aku ingin lepaskan segala cerita picisan yang bermain dijiwa. Aku mahu melangkah keluar dari dunia kaca yang tak pernah ku faham dan kenal insan-insan didalamnya.Tapi bukan aku yang mudah melupakan segala.

Aku ingat setiap insan-insan yang memberi kesan dalam hidupku...sama ada ia keluarga aku, teman-temanku,guru-guruku , akhi-akhi dan sehinggalah orang yang mengkhianati aku.Pada mereka aku belajar makna hidup dan bagaimana untuk menjadi dewasa.

Aku mahu jadi orang yang positif, tapi aku juga tak mampu lupakan dosa-dosa dan saat-saat keciciran aku..

Ingin ku ulang semula, hidup aku untuk Tuhan,Rasul,keluarga,teman2 dan seluruh umat manusia.Andainya aku terus terduduk dan tak bangun, tak mungkin aku bisa berbakti untuk mereka..Aku akan bangkit semula!

No comments:

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.