Monday, December 13, 2010

.::DAY 12::.


Challenge 12 : How you found about blogger and why you made one?

Walla! Hari yang ke doblas dalam bulan doblas telah tiba dengan rileknye. Mentang-mentang hari ni hari ahad berilek-rileksan ko kan?hehe. Merujuk perkara umum di atas, (chewahhh!) mana aku taw sal blogger ni dan kenapalah aku wat blog ni kan?hehe. Sekali lagi saya ingin mempersilakan kembali Puan Sri Shazwani Akma Shaiful Bahri untuk memberi sepatah dua kata. Dipersilakan. hehe! Sambil membetulkan mic, "Assalamualaikum wbt, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Asilah Suhaimi atau lebih mesra disapa Shila kerana usaha gigihnya beliau telah berjaya memiliki sebuah blog yang indah untuk dikunjungi oleh para-para blogger yang aktif dalam bidang ini ....bla...bla...bla...dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan blog Journey of ma life ini" (gong dipalu sebanyak 3 kali) Wahhhh! Dah rasmi rupanya blog aku ni.haha! TQVM Puan Sri! Pas ni bawak Tan Sri skali okay?

Alhamdulillah, dalam awal tahun 2009 aku telah diperkenalkan dengan aktiviti berblogging ini secara tidak rasminya oleh kak kema. semua ni terjadi masa aku menjalani latihan industri kat Zafco Travel & Tours. Kak kema bertanya, "Shila ada blog x?" "takde" aku pon menjawab. "Buatlah...!" "Hmmmm..nantilah." Masa tu satu hapa pon aku tak taw sal belog membelog ni. At last, sebab dah selalu sangat tengok Kak Kema membelog..aku pon, "Kak,cane nak membelog ni? Akak buatkanlah...orang tak reti." Di situlah aku didedahkan dengan dunia blogging ni. Pernah terjadi peristiwa lucu mengenai blog aku ni. Ada jugak yang masih kurang arif dengan dunia ini. Haha! masih ingat lagi. Time tu kat hostel, tengah leka berblogging bersama roomates tersayang datanglah 2, 3 orang jiran bilik sebelah menjengah aktiviti jiran-jirannya di situ ketika itu lalu salah seorang daripada mereka ramahkan diri untuk bertanya "Wak gapo ni?" Kami pon menjawab "Buat blog.." "Ha? Wat gapo?" soalan diulang kembali. Mungkin tidak jelas akan jawapan yang diberikan sebentar tadi. "Buat blog..", panjang sedikit bunyi blog di situ."Gapo dia tuh?" soal kawan tadi dengan tak puas hatinya sambil tengok pada skrin laptop kami. "oooohhhh...BELLOOG!" Dah ada kefahaman di situ. Biasalah lain-lain orang ni lain sleng dia. haha! Satu bilik ketawa geli hati. Kira macam-macam kenanganlah aku dengan blog ni. Ada sedih, ada gembira, ada rasa keseorangan, rasa marah, excited, hyped dan macam-macam lagilah. Semua aku coretkan dalam blog kesayangan aku ni. Last but not least, aku thank sangat-sangat pada Kak kema kerana telah memperkenalkan aku dengan 'sesuatu' yang boleh menemani aku dalam apa jua perasaan atau situasi sama ada manis mahupun pahit. Penampilan istimewa dalam lembaran penulisan kali ini....


.::Loading 6%::.


.::Loading 14%::.


.::Loading 28%::.


.::Loading 35%::.


.::Loading 42%::.


.::Loading 58%::.


.::Loading 69%::.


.::Loading 77%::.


.::Loading 83%::.


.::Loading 98%::.





.::MemPerkEnaLkanPUanSriShAzwaNiaKmaShAifuLBaHri::.


Bicarasikacamata : Baru aku perasan blog kali ni banyak berdialog kan?

4 comments:

alkalili_112 said...

hahhahahaaa..
lawak2x!!

shila suhaimi said...

hiburan dihujung minggu!

.::SayangKemA::. said...

aiyak!!!dush2......"puan sri" la pulokkkk...uhuhuhuhu!!!

patot la dr td duk trasa tengah palu gong!hahahhahaa..adeeeiihhhh............

shila suhaimi said...

alamak!puan sri da masuk la..haha!
rilek la der...mintak pukul gong je..xde watpe pon.btw,sekali lagi mintak izin curi gambar ea?hehe..=P

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.