Wednesday, December 15, 2010

.::DAY 14::.


Challenge 14 : A picture of you and your family


.::tHewEddingofJimmy&MarLia::.

Hey hey hey! Sowie for being late. Berhajat ingin mencari family photo Pak Suhaimi dan Mak Siti sahaja namun tidak kesampaian kerana gambar-gambar tersebut harus di scan dan scanner di rumah itu telah berada di dalam kotak dan bersiap sedia untuk di posting. hehe! Nampaknya niat itu terpaksa dibatalkan. Perasaan kemalasan agak menebal di situ. 

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menguppelod yang sedia ada di internet sahaja. huhu! Maafkanlah saya. Gambar ini aku amik dari muka buku adik bongsu aku yang bernama Aiman Akmal Bin Suhaimi. (Pehh! intro yang agak cemerlang di situ. Kasual sahaja.) Gambar ini juga dipetik dari Majlis Perkahwinan sepupu aku Jimmy dan Marlia. Anak dah sorang dah dorang ni. Syabas baia! Keluarga Pak cik Suhaimi semua ada dalam picture ni. Kalau korang terer cari gambar setiap sorang dari keluarga kecik aku dan senaraikan di bawah okay?(Kita main kuiz teka gambar lak hari ni...)

Ini famili besar belah ayah aku. Nama ayah aku Suhaimi Bin Ishak. Besar tak? Besar kan? Mestilah besar. Ha, kira cepat berapa kali perkataan 'besar' itu di ulang! (Ceh, masih mahu bermain-main). Ayah aku ada 9 adik beradik so kat situ kita dah boleh nampak keramaian umat Muhammad yang ada kan? Ni baru family belah ayah aku. Belum family belah Cik Siti. Sapa plak Mak cik Siti ni pulak kan?haha. Cik Siti ni mak aku la atau dalam ic nama dia Siti Roziah Binti Selamat.

Takpelah buat masa ni kita cerita famili kecik dulu okay? Nak cerita famili besar sampai 7 generasi pon tak habis kot.haha! (Show-off di situ). Aku plak anak ke-2 dalam famili ni and dalam famili dorang panggil aku angah. Dah anak ke-2 mestilah ada yang sulung kan? Abang aku nama dia Mohd Shaffeq. Dia ni kadang-kadang ada sikit perangai gila-gila. Suka cari gadoh ngan aiman. Tapi bila da marah rasa nak sepak je. Baran tak tentu pasal. Tapi papepon dia okay ngan adik-adik dia. Bak kata ibu dia ni penyayang sebenarnya. Penyayanglah sangat. Haha! Kitorang 6 beradik. 

Yang ke-3 lak diberi nama Nabila Suhaimi. Kenapa Nabila? haha! Dia ni ayah aku yang bagi nama. Ada sejarah nama dia tu. Dulu ayah aku ni biggest fan Kumpulan rock Search tu especially Amy. Kebetulan lak nama dorang Suhaimikan? Tu yang bangga tu. Haha. Adik aku ni plak dia bagilah nama Nabila sempena nama anak si Amy Search tu Nabila Huda. Binti pon Suhaimilah. Ish..ish! Macam-macam kan?

Yang ke-4 pon pompuan. Manis je muka. Nur Amira Suhaimi nama dia. Ha, yang ni paling tak makan saman degil sikit. Pendiam pon dia coz sangat susah nak dengar suara dia kat umah. Hmmm, ntahlah ada emas kot dalam mulut dia. 

Bawah mira, yas. Dia orang panggil Mok, Bob ataupun Badan Orang Besar. Dari situ pon korang da taw yang dia ni besar sikit atau bahasa kesatnya gemuk. hehe! Dia tak kisah pon orang panggil dia gemuk sebab dia ni memang kuat makan. Kitorang adik beradik kalau tak habis makan mesti bagi kat dia sebab tu lah dia jadi macam tu. Hehe. Eh! Lupa lak nak gtau nama dia Muhammad Ilyas Suhaimi dan yang paling bongsu Aiman Akmal Suhaimi. Ada aku mention nama dia kat atas tadi. Atau 'ayang ibu'. Ish! Apa la ibu ni panggil Aiman macam tu...haha! Kadang-kadang aiman sendiri yang ajuk panggil 'ayang ibu' tu...dia tak bagi ibu bersayang-sayang dengan dia dalam FB. Malu konon. Ok what ada orang panggil kita sayang, kan ibu?

Bicarasikacamata : Aku mimpikan seseorang malam tadi. Seseorang yang amat aku rindu. Thanks for coming in my beautiful dream



4 comments:

SAIDATUL MAISARAH MAT ISA said...

ramainya..!dh mcm tgkp gambar utk album klas je..hehe..

shila suhaimi said...

Memang!haha.ni baru belah ayah!dan ada yg xmasuk lagi tu.ada lagi pic ngan arwah nenek & atok tapi kene scan.Biasalah penyakit malas diubati pulak dengan bz.hehe!

Ifa Islam said...

beautipol sangat ke dream u..hikhikhik

shila suhaimi said...

ceit!orang komen the main entry post.
dia comment my bicara laks..huh!
btw,opkos la beatipol...kalu x i ta letak la kat entri ni...aduyai~

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.