Saturday, August 28, 2010

Dua Kerja. Mampukah anda?



Lama sudah aku tak update blog ni..mana tak nya orang 2 berani buat dua kerja dalam 1 masa mana nak dan masukkan entri baru...huhu!dulu wat blog ni pon sebab nak isi masa lapang..yela,dulu kan study..skrg sudah bekerja..people change man!hehe...waktu study dulu kalau takda class masing2 dok bergelumang ngan FB n blogging ni..bestnya teringat time study dulu..sebab 2 aku nak sambung belajar lagi...ops!bab blajaq mgaji ni entri lain k?

Now,topic kita '2 kerja dalam 1 masa'...benda ni dah ramai yang praktikkan betul tak?ada yang siang kerja ofis malam kerja kedai makan,siang jadi bomba malam bawa teksi,buat bisnes sendiri pon ada..macam skrg ni da musim perayaan..ada yang menjahit tu siap bawa mesin jahit lagi kat ofis..nak menjahit time lunch katanya..maklumlah tempahan berlambak so,kena la kerja lebih masa..ada pula siang kerani malam GRO...haha!yang ni memang tak mustahil betul tak?so,aku ni just jadi segelintir daripada mereka yang berjuang untuk hidup dan masa depan yang masih samar-samar dalam kepekatan malam...(chewahh!)perkara ni tak salah kalau tuan empunya diri mampu dan tidak memudaratkan kesihatan. Kalau dah tak larat janganlah memaksa diri ok?duit masih boleh dicari..kalau da sakit siapalah yang susah?tepuk dada tanya selera...macam aku sekarang masih dalam tempoh percubaan...dan buat masa ni takda masalah kot..(sambil tengok diri sendiri atas bawah...gemuk dan sihat nampaknya...hehe!)

Hatta, pepatah juga ada berkata, "HIDUP MESTI ADA MATLAMAT"...tanpa matlamat samalah seperti berperahu di tengah lautan, umbang ambing dilambung gelora...kata-kata ni selalu kita dengar tak kira la dalam ceramah ke,dalam tv ke,newspaper ke. Bila dipersoalkan mengenai matlamat, kita haruslah bertanyakan matlamat sesuatu objek/benda hidup itu kepada penciptanya dan jawapannya akan lebih jelas.Pasti!So,apakah matlamat hidup aku?Hidup untuk mendapat keberkatan Allah...untuk lebih jelas dan nyata, Anda tanyalah pada Penciptaku (Allah yang Satu)..hanya Dia yang tahu. bercakap mengenai topik di atas, ramai individu yang tampil menyuarakan pendapat dan buah fikiran masing untuk merungkai kekusutan yang bersarang dalam kepala ni..mendapatkan pendapat2 daripada yang berpengalaman adalah harus!berkongsi pengalaman juga menjadikan kita lebih banyak berfikir dan matang dalam membuat keputusan yang tepat demi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.



Bicarasikacamata : Penulis suka trademark Ustazah Siti Nurbahiyah "Anda buat, anda dapat."=)


No comments:

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.