Sunday, May 22, 2011

::AkuBerterimaKasihPadaYangBenarBenarMenghargai::

Rajin plak aku update blog hari ni kan. Pulak 2 banyak lak idea aku tiba-tibakan? Mungkin sebab tidur aku lena semalam. Ni aku nak story sal semalam gak. Petang semalam, aku baru je ta sampai seminit pon blogwalking. Kira baru sign in la. Tiba aku ternampak untukmu shilaa kat updated blog yang aku follow banyak-banyak tu. Tangan aku ni lak bertindak selari dengan apa yang otak aku fikir kan. Terus je klik kat blog roomate aku ni. Kitorang panggil dia Semah @ nama sebenar dia Asma Binti Husin.

OMG! serius talk. I am so speechless. Tak pernah ada orang nak tulis pasal aku ni macam dia. Mana dia dapat idea nak tulis sal aku pon aku ta tau. Dia kata aku ni misteri. Sejauh manakan misteri itu wahai semah oi? Hehuuu~ Aku bukan misteri tapi mungkin lebih suka bercerita apabila ditanya. Berat rasa mulut ni untuk menceritakan perihal diriku tanpa dipinta. Aku lebih senang mereka membuat penilaian dan melihat sendiri ciptaan tuhan ni. Baikkah? Lucukah? Pemarahkah? Korang akan tau sendiri.

Apa yang aku rasa sekarang ni rasa nak fly g ganu n say thanks pada si semah kerana telah menulis pasal diri ni. Pastu nak la shopping-shopping kepok lekor ngan batik sikit-sikit. Walla! Tidak cukup rasanya dengan jutaan terima kasih kerana melihat diri ini walaupun sebesar kuman. Terima kasih sekali lagi kerana jadi sahabat dan contoh yang baik pada  kawan sesetan aku ni. =P

::BudakYangKecikLagiNakal::

Bicarasikamata : Hargailah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.

4 comments:

a.r.n.a.b said...

ssah snggh nk tgk blog hang nie..dh pandai skrg bermain dgn kte2..haha..elah die nie kte xske brcrte klu xtnye..tp org tnye pn xjwb..

shila suhaimi said...

orang jawab kot semah oi.
betul lah pe yg awak tulis sal mak ayah saya 2...aiyak!hehe.

a.r.n.a.b said...

xbek tpu..dosa..msuk api neraka..
wlaupn ssh nk jnguk blog ni sy ttp berusha..mcm2 hlngn yg sy tmpuhi..smta2 mghrgai ap yg awk 2lis..hehe

p/s:still ssh nk tgk wlaupn 2kr background..buang je la mende gerak2 nie..youtube 2 buang je..6t sem dpn ltak la blik

shila suhaimi said...

cik arnab~ok!demi menjaga hati dan kepentingan semua orang saya akan cuba turutkan apa yang dikehendaki..hikhik!

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.