Monday, June 13, 2011

::SumpahAkuSukaHidupDiKampung::

Seminggu berprogram di Kg. Pasir Panjang, Sabak Bernam sudah cukup buat aku rasa seronok hidup di kampung. Dah lama aku inginkan hidup berkampung. Perasaan tu lagi kuat bila tiba musim perayaan. Semua orang berpusu-pusu nak balik kampung masing-masing.

Tapi aku? Kesian. Kampung pon takde. Maklumlah membesar kat bandar kan? Lagi kesian adik-adik akulah. Atleast aku selalu gak balik kampung time kecik-kecik dulu. Yelah time tu nenek ngan atok aku ada lagi. Sekarang dah takde just melawat sedara mara jelah. Tu pon semua area-area KL je. So, tak merasalah nak balik kampungkan? Pasrah lagi redha. Jangan banyak cakap. Let's picture tells everything.


::MerekaBergamelan::




::LihatSana::

Selama beropkim aku rasa bermakna sangat hidup ni. Opkim tu apa? OPKIM tu singkatan daripada Operasi Khidmat Masyarakat. Semua yang join adalah pelajar-pelajar UITM. Seronok dapat kenal dorang semua. Mana nak kenal mantan YDP yang handsome kan tu if ta join program ni. Nampaknya Abg Ridhwan kita jadi kegilaan adik-adik sekolah kat sana. Tu belum kita peserta-peserta OPKIM sendiri. Chewahhh! Sempat lagi. Haha. Selingan je.

::AktivitiMencantikkanBalaiRayaKgPasirPanjang::

::MyBabes::

Meh sini aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku kat sana. Sikit jela k? Nak cerita semua 5 hari 4 malam pon tak habis. Cerita dia macam ni, sampai-sampai sana aku dan peserta-peserta lain diserahkan kepada famili angkat masing-masing. Lebih kurang 30 minit tunggu, nama aku tak naik-naik lagi. Haish, mana ni? takkan dorang lupa nama aku lak kan? Kalau da tade yang sudi amik aku terpaksalah ikut pak cik bas ni balik UiTM balik. Huhu!

Tiba-tiba, "Sapa yang nama tak disebut lagi?" MC tu suh berdiri. Aku pon berdiri la.     Dorang pon serahkan aku pada Famili Haji Basran dan Hajah Saemah. Mulai hari tu aku panggil dorang Mak Abah.

Seronok duduk ngan dorang. Banyak yang aku belajar ngan famili ni. Makan pon terlebih cukup. Keperluan aku semua tak kurang. Sakit pening aku pon mak jaga. Siap kejut suruhh minum MILO PANAS lagi. Ya Allah, aku terharu. Kau Lindungilah mereka di bawah lembayungMu Ya Rabbi.

Kat sana aku belajar buat tapai, jeruk mangga, jus asam limau (ni mak ifa yang cerita), kerepek pisang dan banyak lagilah yang tak sempat aku nak belajar tapi mak angkat sempat cerita je. By the way, family yang rasmi 1 je. Yang tak rasmi lak banyak. Huhu. Contohnya, famili angkat ifa family angkat aku gak. Boleh kata semua family kat sana sporting. Tak kisah sapa-sapa pon. Tu yang wat aku seronok tinggal kat kampung tu.

::MelawatBendangBersamaYangTersayangs::


::AkuTenangDisini::


::KerianganMerekaAdalahKegembiraanku::

Yang paling aku tak leh lupa merewang time keje-keje kenduri. Itulah perbezaan paling ketara mereka yang hidup kat kampung ngan bandar. Semangat kerjasama bergotong-royong buat aku kagum dengan masyarakat desa ni. Tak macam bandar.  Main call-call je katerer yang ada wat tempahan kenduri kahwin. Haih senangnya hidup kan? Semua dihujung jari je.



::FamiliAngkat@SabakBernam::

Last but not least, aku nak ucapkan bukan ribuan malahan jutaan terima kasih pada mak, abah kerana bersusah payah jaga aku kat sana. Kak yan, kak zila, kak liza dan family angkat yang lain kerana sanggup menerima aku menjadi sebahagian daripada hidup korang. Terima kasih juga pada mereka-mereka yang lain yang telah bertungkus lumus menjayakan program kali ni. Aku sangat puas hati berada di sana. Semoga jalinan ukhwah yang baru terbina kekal berpanjangan. Inshaallah~

Bicarasikacamata : Jangan memperlekehkan mereka yang datang dari kampung. Pengalaman hidup mereka melebihi anda yang tinggal di hutan-hutan batu.

9 comments:

shila suhaimi said...

yan~yes!shila sgt suka stay kat kampung.
Banyak sangat aktiviti yg kita leh wat kat sana.
baru-baru ni pegi lagi. Seronok kali ni dapat memancing!=)

a.r.n.a.b said...

dtgla kg sy plak ak..best.........

shila suhaimi said...

semah wat la program dulu inshaallah kitorang datang..hehuuuu~

Mr.NS said...

nnt cari suami yg asal dr kg..kekkekek

shila suhaimi said...

MR.NS~ itu sudah semestinya.if ada calon meh la isi borang...huhuu~

a.r.n.a.b said...

klu dtg adla programnye..kte p mandi sungai, cari etok2 kt dlm sngai ps2 kte masak..best..pstu kte psing2 kg..klu nk exercise kte jln kaki xpn nek beskal..klu mls nek motor...

shila suhaimi said...

cik arnab~nak round kampung nek motor can?hehuuu~ beshnye semah.sungai yg paling ta tahan 2.btw,semah da benti keje ke?ada can la neh nak round2 KT neh...yayyy!

a.r.n.a.b said...

lg smnggu..ps2 p camping smnggu

shila suhaimi said...

haish! seronok plak dengar dia nak p camping..btw,semah join tak opkim FSG nanti???

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.