Friday, February 4, 2011

::UnplannedDinnerThanksbAbe!::

Hey bloggie! Hey readers. Hows ur thursday? Hari yang memenatkan disebabkan terjun ke lembah hina. haha! Sorry agak kasar ayat aku disitu. Kenapa? Tak nak la cite sal siang td. Just interested untuk open topic bab unplanned dinner ni je...huhu! By the way, banyak-banyak berterima kasih kepada sang sahabat yang sanggup menjemput dan menghantarku ke dinner malam ini. Thanks honeyh! Next time kita lepaking lagi tau. Di mana? Ikuti dialog di bawah :

Malam ni member aku ajak minum-minum. Dia text aku pon pas maghrib. Aku pon yang memang da ready nak solat terus menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslimah. Usai solat, aku siap 5 minit  je kot. Tak payah make up bagai kot. Aku da memang cantik semulajadi. Puiii!

Phone ringing.
Solid : Wei, aku dah sampai.
Me : Ok jap, aku turun.

Sampai je kat bawah kete dia terus masuk lobi. Lobi mana lak ni? Hehe. Lupa nak habaq no. Umah aku apartment je. Eceh. macam da timing la plak kan? Macam ada orang yang bagi Q kat dia lak kan bila aku akan turun.

Me   : Hey babe, senang cari jalan? (Salam baik punya coz lama kan tak jumpa)
Solid : Ntah, tiba-tiba dah sampai petronas. (Kalau da sampai petronas memang dia berjaya la sebab   landmark umah aku ni petronas je)
Me   : Lepak mana ni?
Solid : Ikut ko la aku ni guest je.(senyum)
Me    : Oklah, kita dinner alamanda je k?
Solid : Takde tempat lain ke? Itu jeke hiburan yang orang putrajaya ni ada?haha. (Kereta pon jalan)
Me   : Kuang ajar ko. Yela..saja nak tunjuk ko lampu malam-malam kat putrajaya ni. Cantik kot. (Senyum seikhlas mungkin..huuuu!)


So,kitorang pon gerak Alamanda Shopping Center sambil sembang-sembang sebab 1 tahun tak jumpa kan?Last jumpa pon time reunion last year.

Oh gosh! Pas dinner ley lak kitorang terserempak dengan singa. Cuak gila! Tapi nasib baik da kene sumpah singa-singa tuh. Nah! Layanlah kerenah gila-gila member aku ni. Sayang kot kat dia. Thanks for the dinner babe.

.::theCrazeeFatimaSoliha::.


.::ThanksBabe::.

Balik-balik je umah aku sambung lak makan dinner yg mak aku beli. Oh no! Aku rasa sangat loya dan nak muntah je sekarang ni. Kerana saya banyak makan malam ni. By the way, terima kasih kepada sang bonda kerana bersusah payah membelikan saya kuew teow sup ni on the way balik dari kampung tadi. Kampung ke? So funny. Kau mana ada kampung shila oi. Klang je kot. Haha! Eh, suka hati aku lah. Huh! Terpaksa aku telan gak walaupun perot sudah di huni Lebanese Kebab jam 9 tadi.



.::hAppyChineseNewYear::.



Bicarasikacamata : Betapa bahagianya jalan raya lengang tanpa penghuni besi diatasnya. Apatah lagi bandar raya besar seperti Kuala Lumpur. 

Tuesday, February 1, 2011

.::MasaPeralihanAkuHarusCekal::.

Assalamualaikum wbt.

Hey bloggie. Kali ni cerita kita lebih bermuhasabah diri. Memasuki alam yang baru suatu yang berbeza dari biasa. Menjejakkan kaki ke menara gading buat kali pertama juga merupakan cabaran terbesar dalam hidup aku sebagai seorang remaja.

Dulu kat poli lain. Now U. Terlalu banyak perbezaan dan jauh panggang dari api kot. Aku hampir lemas dalam keseronokan dunia mungkin. Dan aku percaya untuk berada di puncak kita haruslah jatuh di permulaan dan bangkit dengan keazaman. Dan untuk itu, i just need somebody to inspire me same goes to my study at polytechnic! I really need one. Tapi adakah? Soalan mati di situ. Akur.





Bicarasikacamata : Si dia datang memberikan harapan sedangkan aku tiada jawapan. Heartless!

Monday, January 31, 2011




Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.
Bicarasikacamata : Sila sebarkan berita ini supaya mereka yang berwajib nampak jelas apa yang sedang berlaku tanpa berselindung disebalik kekalutan yang berlaku.

Sunday, January 30, 2011

.::Lama Betul Dia Tak Datang:::.


OMG! Kenapalah ko datang time ni? Serius aku tak perlukan ko sekarang ni. Sakit yang aku tanggung sangat menyakitkan ianya sangat sakit okay? Tido aku tak lena. Hari aku tak kena. Time tu la ko nak datang kan? What for honey? Untuk menuntut hutang lama? But aku tau ni semua salah aku gak. Aku abaikan apa yang sepatutnya i do it in daily routine. Then ibu pon marah aku sebab ko. Semua pasal ko tau tak??? . Sikit lagi ibu nak hantar aku g hospital. Dah2...its over now! I don't need u at all. And please don't u ever miss me. Please stay away from my life from now on and forever and ever honey. Im begging u. Last but not least, i hate u GASTRIK!!! Blah now!






Okay, jom aku nak kongsi sedikit info kat korang pasal musuh aku ni...take serious k? Dia boleh menyerang sesiapa sahaja.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

(Harap-harap aku tak sampai peringkat ni)

Bicarasikacamata : Rasa nak pegi tengok teater Tun Dr. Mahathir di kala cuti semester yang tak berapa panjang ni. Ada sesiapa yang berminat nak join sekaki meh la. Sedang mencari tiket and for those yang ada info halo-halo saya okay?

Friday, January 28, 2011

.::Mid-Term Break::.




It is a HOLIDAY!!! Oh yeah! Entri yang agak menarik disitu. 'Cuti Sekolah' kembali lagi. Selamat tinggal Melatiku. Sayang balik raya dulu ye? Hehuuu! Hal yang demikian membuatkan saya bersemangat untuk membahaskan topik itu disini kali ini. Apakah antara aktiviti-aktiviti yang akan saya lakukan di waktu cuti ini? Antara yang berlegar-legar dalam minda dan jiwa ini adalah :

1. Merasmikan my WUV 6985 dengan ghairahnya....(Itulah perkara utama yang akan dilaksanakan..wehuu!)
2. Merevisikan diri dengan MAT112 yang bakal diujiankan kepadaku naik cuti nanti.
3. Menyediakan bahan pembentangan CTU551.(Tula..gatai nak jadi 1st presenter lagi...aiyak!tape2...)
4. Menyetelkan assignment CSC413 dengan mendonlod soalan daripada i-Learn. Fighting!
5. Memanjakan diri di SPA Qistina sambil wat pedicure and manicure. (Apa?spa?uwekkk!)
6. Merindui seseorang...lalalala! (Save the best for last, man!)

Bicarasikacamata : Suatu perasaan yang berbeza apabila belajar jauh atau dekat dengan family.

Saturday, January 15, 2011

.::Where is my Splendid Weekend?::.

Where's my WEEKEND??? Beginilah reaksi apabila anda telah diprogramkan di hujung minggu. How sad..I miss my family so much. I miss my adik, mira. She was hospitalized last week and i would like to visit her. But now dia da discharge pon. Aduh! Aku lak yang sakit kat sini ni kang. Di saat ini angan-angan Mat Jenin pon datang menjengah. Alangkah bagusnya kalau aku bisa terbang akan balik umah sekarang! haha.

Tapi sebagai pelajar aku juga mempunyai tanggungjawab di sini. Ok berita faham. So, terpaksalah aku menghabiskan hujung mingguku bersama sahabat-sahabat sepeninggalan (sebab semua tak balik kan?haha) duduk di kolej dan menghabiskan waktu bersama demi jalinan ukhwah yang berpanjangan. Insha Allah.

Bicarasikacamata : Get well soon sistah.

Friday, January 14, 2011

.::Hey Girlfriend, Happy Birthday!::.


I just know her. She just being my friend here. But i don't know how to say. She is something. And yesterday was her birthday. Selamat Ulang tahun kelahiran awak! Even baru kenal it doesn't mean kita tak boleh tak wish kat awak kan? Silap cuz i didn't bring along my camera. Kalau tak ley capture that Big Apples and wishing card yang kita bagi kat awak tu kan? Also our photo together and put it here. Last but not least, Happy Birthday Ifa Shadidada dudu didi...wek!haha. Amik la chocolate tok awak kat atas tuh. Hehuuu!

Bicarasikacamata : is wondering bila la jadual sebenar nak keluar ni? Mood nak blaja boleh hilang tau macam ni. sigh!

Wednesday, January 12, 2011

.::Hi UiTM, im Shila::.

Fuhh!!! Rasanya baru hari ni dapat menarik nafas kelegaan namun beban yang menggunung sentiasa menanti di depan mata. Tunggu untuk di galas sahaja. Sabtu. Hari yang sepatutnya aku berehat dari sebarang aktiviti kampus. Rupanya tidak, aku perlu menghadiri aktiviti yang dijalankan oleh fakulti aku la plak. Hari Orientasi la senang kira. Oh yeah, lupa nak intro sal tajuk kat atas tu. Im a newcomer in this campus life. i mean the real life of study which is in the UNIVERSITY. Taking a Bachelor of Administrative Science (Hons) here. Thank God for allowing me in. But there's so many things that i have to adapt in a short while. Everyday is about competition. Once i left one step behind, a thousand miles away aku ketinggalan. (oh my, jangan tinggal daku...lalala!)

Seminggu di sini membuatkan aku teringat pada poli. Pada kenangan lampau yang melampau.haha. Tempat aku menuntut ilmu diploma. Dua campus life yang sangat berbeza. No! I cannot turn the life back. For my mom and my family i have to move forward. Syukur i met lots of lovely friends here. im gonna love and miss them all one day.=)

Sorry i cant finish a entry in a day. Sangat banyak perkara untuk dikongsikan di sini. Percayalah, bahawa kita hanya mampu merancang dan...(korang sambunglah sendiri okay?hehe!)

After all, i might love to be in here. Dont want to get another college or campus that realy suitable one. Kerana konklusinya adalah aku suka menjadi seorang pelajar daripada seorang pekerja@coolie. Itulah yang sebenar-benarnya. Lalalalala....



.::tEngokTu.tAnggA2mEnujuKejayaan::.

Bicarasikacamata : Kehadiran sahabat-sahabat baru amat mengujakan diri ini untuk terus berjuang bersama mereka.

Thursday, December 16, 2010

.::DAY 15::.

Challenge 15 : Put your iPod on shuffle. First 10 songs that play

Ipod? Aku mana la ada iPod ni. Home theatre ada la. haha!Walaupon aku peminat muzik tegar tapi takdelah sampai 24/7 nak sumbat telinga aku ni dengan muzik kan? Kat ofis aku da dengar kira ok la. Balik umah layan tv plak.hehe! Demi memenuhi cabaran kali ini aku senaraikan gak lagu pertama yang aku dengar hari ni kat favourite radio station aku. So, ni adalah 10 lagu pertama yang aku dengar kt ofis pagi tadi.

1. Love Story by Tailor Swift
2. Pump-it by BEP
3. If i had you by Adam Lambert.
4. Secret by One Republic
5. Teenage dream by Katy Perry
6. Just the way you are by Bruno Mars
7. So what by Pink
8. Nobody wanna see us together by Akon
9. Apologize by Timbaland ft. One Republic10. Mine by Taylor Swift

So, how? Bestkan semua lagu ni. That's why i prefer to listen Hitz.fm.



.::tAkrasaNakbeliPon.Hehe::.


Bicarasikacamata : Persahabatan yang sejati tak akan terputus walau seribu tahun tanpa pertemuan kerana sekali berkawan selamanya berkenalan.

Wednesday, December 15, 2010

.::DAY 14::.


Challenge 14 : A picture of you and your family


.::tHewEddingofJimmy&MarLia::.

Hey hey hey! Sowie for being late. Berhajat ingin mencari family photo Pak Suhaimi dan Mak Siti sahaja namun tidak kesampaian kerana gambar-gambar tersebut harus di scan dan scanner di rumah itu telah berada di dalam kotak dan bersiap sedia untuk di posting. hehe! Nampaknya niat itu terpaksa dibatalkan. Perasaan kemalasan agak menebal di situ. 

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menguppelod yang sedia ada di internet sahaja. huhu! Maafkanlah saya. Gambar ini aku amik dari muka buku adik bongsu aku yang bernama Aiman Akmal Bin Suhaimi. (Pehh! intro yang agak cemerlang di situ. Kasual sahaja.) Gambar ini juga dipetik dari Majlis Perkahwinan sepupu aku Jimmy dan Marlia. Anak dah sorang dah dorang ni. Syabas baia! Keluarga Pak cik Suhaimi semua ada dalam picture ni. Kalau korang terer cari gambar setiap sorang dari keluarga kecik aku dan senaraikan di bawah okay?(Kita main kuiz teka gambar lak hari ni...)

Ini famili besar belah ayah aku. Nama ayah aku Suhaimi Bin Ishak. Besar tak? Besar kan? Mestilah besar. Ha, kira cepat berapa kali perkataan 'besar' itu di ulang! (Ceh, masih mahu bermain-main). Ayah aku ada 9 adik beradik so kat situ kita dah boleh nampak keramaian umat Muhammad yang ada kan? Ni baru family belah ayah aku. Belum family belah Cik Siti. Sapa plak Mak cik Siti ni pulak kan?haha. Cik Siti ni mak aku la atau dalam ic nama dia Siti Roziah Binti Selamat.

Takpelah buat masa ni kita cerita famili kecik dulu okay? Nak cerita famili besar sampai 7 generasi pon tak habis kot.haha! (Show-off di situ). Aku plak anak ke-2 dalam famili ni and dalam famili dorang panggil aku angah. Dah anak ke-2 mestilah ada yang sulung kan? Abang aku nama dia Mohd Shaffeq. Dia ni kadang-kadang ada sikit perangai gila-gila. Suka cari gadoh ngan aiman. Tapi bila da marah rasa nak sepak je. Baran tak tentu pasal. Tapi papepon dia okay ngan adik-adik dia. Bak kata ibu dia ni penyayang sebenarnya. Penyayanglah sangat. Haha! Kitorang 6 beradik. 

Yang ke-3 lak diberi nama Nabila Suhaimi. Kenapa Nabila? haha! Dia ni ayah aku yang bagi nama. Ada sejarah nama dia tu. Dulu ayah aku ni biggest fan Kumpulan rock Search tu especially Amy. Kebetulan lak nama dorang Suhaimikan? Tu yang bangga tu. Haha. Adik aku ni plak dia bagilah nama Nabila sempena nama anak si Amy Search tu Nabila Huda. Binti pon Suhaimilah. Ish..ish! Macam-macam kan?

Yang ke-4 pon pompuan. Manis je muka. Nur Amira Suhaimi nama dia. Ha, yang ni paling tak makan saman degil sikit. Pendiam pon dia coz sangat susah nak dengar suara dia kat umah. Hmmm, ntahlah ada emas kot dalam mulut dia. 

Bawah mira, yas. Dia orang panggil Mok, Bob ataupun Badan Orang Besar. Dari situ pon korang da taw yang dia ni besar sikit atau bahasa kesatnya gemuk. hehe! Dia tak kisah pon orang panggil dia gemuk sebab dia ni memang kuat makan. Kitorang adik beradik kalau tak habis makan mesti bagi kat dia sebab tu lah dia jadi macam tu. Hehe. Eh! Lupa lak nak gtau nama dia Muhammad Ilyas Suhaimi dan yang paling bongsu Aiman Akmal Suhaimi. Ada aku mention nama dia kat atas tadi. Atau 'ayang ibu'. Ish! Apa la ibu ni panggil Aiman macam tu...haha! Kadang-kadang aiman sendiri yang ajuk panggil 'ayang ibu' tu...dia tak bagi ibu bersayang-sayang dengan dia dalam FB. Malu konon. Ok what ada orang panggil kita sayang, kan ibu?

Bicarasikacamata : Aku mimpikan seseorang malam tadi. Seseorang yang amat aku rindu. Thanks for coming in my beautiful dream



.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.