Tuesday, May 24, 2011

::KenapaKitaHarusBuatPilihanDalamHidup::

Alhamdulillah hari ni aku berjaya menyambung perjuangan aku menggantikan puasa yang terhenti sekerat jalan tempoh hari. Adalah dalam 5 hari lagi. Akan aku usahakan sebelum masuk bulan puasa akan datang. Terima kasihlah pada si dia yang paksa aku ganti gak puasa aku ni. Hehuuu~Thanks awak!

Tell u what, dalam banyak-banyak hari kan aku paling suka hari SELASA ngan JUMAAT. Nak tau kenapa? Kalau korang orang PUTRAJAYA mesti korang tau kenapa. Huhu! Sebab...dua hari ni la ada pasar malam@PASAR TANI MEGA kat tempat aku. Syok gila! Aku memang suka pegi pasar malam. Kena pulak hari ni nak mencari juadah berbuka. Tak cari tempat lain dah. Hikhik! Aku gerak sorang je. Dah sampai sana jalan punya jalan adalah 4 5 round dan bawak balik ayam rangka, menu wajib ni, nasi kerabu, ayam percik, tauhu bakar ngan bihun sup yang adik aku pesan. Sian dia demam.

Haih. panjang tol mukadimah si shila ni. Saja nak sedapkan hati aku yang tengah dilema ni. Tadi time kat kedai ayam rangka tu mak aku call. Dari hujung talian aku dengar dia happy sangat. Rupa-rupanya dia cuba sampaikan khabar gembira tuk aku. Nak tau apa? Memang aku nak cerita pon sebab tulah entri ni wujud. Cuba senyum di situ. Patutkah aku gembira? Atau kenapa aku harus sedih?

Balik dari pasar malam aku terus tengok surat yang mak aku sembang tadi. NUR ASILAH SUHAIMI. JEMPUTAN MENGHADIRI TEMUDUGA. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27. Tak payahlah aku sembang panjang isi kandungan surat tu. Cukuplah beberapa potong ayat yang buat aku dilema. Walaupun ianya hanya panggilan temuduga cukup tok wat aku terus berfikir. Terus call seseorang bagi mengurangkan kegusaran di hati.

Aku terdiam. Memang aku inginkan jawatan ni. Kedudukan yang stabil dalam sektor kerajaan. Tapi macam mana dengan study aku? Pengajian yang bakal menjamin masa depan aku? Itu juga masa depan aku. Ahhh..bercakap pasal masa depan. Ni pon masa depan aku gak. Kembali kepada nawaitu kita. Belajar tinggi-tinggi bukan untuk dapat kerja yang elok ke? Untuk bantu keluarga. Oh!

Sekarang, tiada apa yang harus aku lakukan selain memohon petunjuk dariNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Aku percaya, pasti ada jalan kebahagiaan di situ. InshaAllah.


::SangatTakSukaApabilaKenaBuatPilihanMacamNi::


Bicarasikacamata : Baru lepas baca ::untukmu shilaa 2. Siap ada part 2. Untuk kedua kalinya aku terharu dengan si sahabat. Terima Kasih Semah.

Sunday, May 22, 2011

::AkuBerterimaKasihPadaYangBenarBenarMenghargai::

Rajin plak aku update blog hari ni kan. Pulak 2 banyak lak idea aku tiba-tibakan? Mungkin sebab tidur aku lena semalam. Ni aku nak story sal semalam gak. Petang semalam, aku baru je ta sampai seminit pon blogwalking. Kira baru sign in la. Tiba aku ternampak untukmu shilaa kat updated blog yang aku follow banyak-banyak tu. Tangan aku ni lak bertindak selari dengan apa yang otak aku fikir kan. Terus je klik kat blog roomate aku ni. Kitorang panggil dia Semah @ nama sebenar dia Asma Binti Husin.

OMG! serius talk. I am so speechless. Tak pernah ada orang nak tulis pasal aku ni macam dia. Mana dia dapat idea nak tulis sal aku pon aku ta tau. Dia kata aku ni misteri. Sejauh manakan misteri itu wahai semah oi? Hehuuu~ Aku bukan misteri tapi mungkin lebih suka bercerita apabila ditanya. Berat rasa mulut ni untuk menceritakan perihal diriku tanpa dipinta. Aku lebih senang mereka membuat penilaian dan melihat sendiri ciptaan tuhan ni. Baikkah? Lucukah? Pemarahkah? Korang akan tau sendiri.

Apa yang aku rasa sekarang ni rasa nak fly g ganu n say thanks pada si semah kerana telah menulis pasal diri ni. Pastu nak la shopping-shopping kepok lekor ngan batik sikit-sikit. Walla! Tidak cukup rasanya dengan jutaan terima kasih kerana melihat diri ini walaupun sebesar kuman. Terima kasih sekali lagi kerana jadi sahabat dan contoh yang baik pada  kawan sesetan aku ni. =P

::BudakYangKecikLagiNakal::

Bicarasikamata : Hargailah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini.

::JanganMaluJadiOrangMelayu::

Petang ni. Sepatotnya aku kuar ronda-ronda bagi memantapkan skill memandu aku. Tapi perancangan terpaksa ditukar disebabkan cuaca diluar yang tidak mengizinkan. Tengok pulak komputer free..=) means tade orang dok main la leh aku online sat. Bagus gak ni leh aku update entri. Nak-nak plak memang ada benda na story mory kat sini kan?

Nak dijadikan cerita semalam aku kuar nak tengok wayang ngan member aku ni. Cerita apa hot stuff sekarang ni? Tudia NUR KASIH THE MOVIE. Aku ni kira salah seorang follower cerita nilah dari drama lagi. Memang superb la. Filem melayu yang berjaya menjadi fenomena dalam industri perfileman melayu. Tabik spring aku kat Khabir Bhatia. Cerita dia semua meletops! Laku macam goreng pisang panas. Fully Booked sampai ke malam. Ntah-ntah sampai seminggu da penuh kot. Malas plak aku nak cek.

Okok..lets get back to the topic. Aku bukan nak cerita pasal NKTM ni sebenarnya. Tapi disebabkan nak tengok filem ni la aku dapat idea na post entri hari ni. So, nak start cite ni masa tu aku nga Q untuk beli tiket wayang ni ngan member aku. Kitorang memang da tau da tiket NKTM da habis da tapi disebabkan memikirkan alang-alang da datang jauh lagi penat kitorang Q gak nak tengok movie lain. Plan B kitorang nak tengok FAST n FURIOUS 5 tiba-tiba dengar announcement dari pihak GSC cakap banyak movie da SOLD OUT and SELLING FAST. Gila ramai orang nak tengok movie hari ni. Mesti sebab NKTM ni. Tapi bila NKTM da sold out tu yang dorang amik inisiatif tengok cerita lain kot.

Tengah-tengah Q tu tiba-tiba telinga aku panas je dengar ada sorang budak ni cakap dengan nada yang tinggi kat kawan dia, "AKU TAK TENGOK CITE MELAYU", sambil nak blah dari Q line 2. Member dia yang dok barisan depan lak kurang jelas dengan dialog si sahabat suruh ulang. "AKU TAK TENGOK CITE MELAYU", sambil buat muka annoying di situ. Pehhh! Meluatnya aku tengok muka dia. Serius cakap rasa nak pi tampaq ja muka dia.

Hello adik! memang adik pon. Budak ni budak sekolah SBP kat tempat aku ni. Mana aku tau? Tengoklah baju outting tok asrama dia tu kan? Assalamualaikum cik adik, awak tu orang apa ek? Jangan nak hina bangsa sendiri kalau awak sendiri cakap bahasa melayu. Even orang india yang Q kat belakang saya pon terus berlalu dengar cerita yang dia nak tengok ngan GF dia sold out. Tak perlu kot nak jerit kat situ yang awak sebenarnya dah bosan jadi orang melayu.








Jangan ingat awak dah sarung baju sekolah SBP tu awak dah hebat sangat sampai tak menghargai filem melayu sendiri. in fact, having a PhD doesnt mean you know everthing. Akak rasa adik patot view blog ni baru adik akan rasa keciknya kita kat bumi Allah Taala ni even ilmu penuh kat dada tu. Nasihat akak la kan adik. Kalau dah muak sangat tengok cerita melayu adik berhentilah cakap melayu dan duduk kat bumi Malaysia ni. Kami tak perlukan orang macam adik yang seolah-olah malu nak mengaku bangsa sendiri. 







Bicarasikacamata : Tidak pernah rasa meluat macam ni kat orang luar yang tak dikenali. Selalu saya akan biar da buat ta tau je dengan orang-orang berjenis ni. Tapi jenis orang kali ni buat saya rasa sensitif lak dengan statement mintak penampaq dia tu. Assalamualaikum.

::DisaatKaujadiMilikku::

Peh! tajuk nak gempak je. Padahal tade kena mengena langsung dengan entri. Haha! Saja bikin gempak. Bagi menarik follower aku membaca entri kali ni. Masih belum ada idea untuk menulis dan masih belum ada isi untuk dicoretkan bersama.

Sekadar ingin memberitahu cuti semester sudah bermula dan dijangka tamat dalam masa 4 bulan lagi, Apalah yang bakal dilakukan dalam tempoh tu kan? kerja? Of course. Tapi tak nak kerja semata-mata. Shila nak something yang buatkan hidup shila meaningful.

Entahlah. Shila ta tau kenapa sekarang rasa nak berseronok semakin menjadi-jadi. Sedangkan di depan kita masih banyak lagi liku-liku yang menanti. Tidak sedarkah budak besar ni? Namun rasa keseronokkan itu mengatasi segalanya.

Oh! Apakah haluan hidup ini? Hidup di universiti makin besar cabarannya. Bagi yang lemah seperti aku akan mudah terjerumus di dalam arus kelalaian. Di manakah cahaya yang dahulunya bersamaku? Telah hilang di kala nafsu bermaharajalela. Wahai kekasihku, Pimpinlah tanganku bersamamu menuju matlamat yang satu. Mencari keredhaan Allah nan satu. Ayuh bangkit segera. Benarkanlah jua aku untuk memimpin tanganmu mencari nur tatkala kegelapan melanda. Janganlah kita lupa pada-Nya. Carilah kemanisan iman itu sementara jasad masih dikandung badan.




Bicarasikacamata : Kasih dan sayang pada Penciptaku mengatasi segalanya.

Sunday, May 1, 2011

::MasihBelumBerakhirNamunIzinkanAkuBernafasSeketika::

Fuhhh! Tamat sudah minggu yang paling mencabar seumur hayat aku. Bernafas. Udara ditarik sedalam-dalamnya. Namun apakah kejayaannya pasti nanti? Oh, Mungkin ya dan mungkin tidak. Seminggu yang aku rasakan setahun lamanya. Don't u ever dare seat for the exam paper of 5 in one go? Each day. Aku sendiri tak berani weh. Tapi apa pilihan yang aku ada? Gila. Tapilah itulah hamparan kenyataan yang aku harus terima dengan hati yang terbuka tanpa ada sekelumit pon keluhan. Sepatutnya. Menanti hari konvokesyen dan exam yang berbaki. Bila fikir-fikirkan boleh masuk wad gila. Huhu. Nasib baik aku masih boleh berfikir secara rasional dengan adanya family and kawan-kawan yang aku sayang. Aku kena kuat. Aku yang besar ni kalau tak kuat malulah dengan semut kat bawah ni.=)



Bicarasikacamata : Harus cekal dalam menempuh alam persekolahan yang masih berbaki 2 tahun setengah.

Sunday, March 27, 2011

::CariRestoranJumpaMasjid::

 ::MasjidSultanSalahuddinAbdulAzizShah::

Entri kali ini amat menyentap hati kepada sesiapa yang berada di hari kejadian. Atau erti kata lain SENTAP. huhu! Lepas dari Wedding Kak Kema kitorang jalan-jalan la pusing Putrajaya jap pastu terus balik Shah Alam. Jarum jam hampir menunjukkan 6.00pm. Singgahlah Masjid untuk menunaikan solat asar. Ingat nak solat kat kolej je tapi sebab nak beli dinner cari la kedai makan nak makan jap. Tapi pusing punya pusing tak jumpa plak simpang nak ke restoran tu. Simpang masjid jumpa 2 3 kali tapi ta masuk. Disebabkan gagal menjejaki simpang ke restoran tu kitorang pon bermuhasabah diri dan terus ke masjid. Dah pergi masjid bukan terus solat. Sempat lagi pose sekeping dua. Huhu. Apa nak jadi lah budak-budak zaman sekarang ni. Alhamdulillah usai solat simpang yang dicari memunculkan diri. =)

::MaiIfaShiqinZatiShila::

::WeBelongTogether::

Tengok. Nice pose korang. I just love it. Thanks for being with me. After this kita lepaking lagi k? But before go far kita solat dulu keh? Hoho. Usai menunaikan solat asar hari tu we were heading to Restoran Pak Mal located at Seksyen 9. Apa yang special kat sana? Antara yang special bihun sup and mee kari. Kenapa dua je? Sebab aku penah makan yang ni je pon. Huhu. Dia ada banyak lagi menu macam masakan panas, western food and so on.

::MenyegarkanPerutDenganBihunSupPakMal::

Bicarasikacamata: Kesimpulannya disini adalah tiada panggilan yang penting selain panggilan Ilahi.

::HappyWeddingDayAwinAkma::

 Morning readers! Like usual my entry will be posted a week after hari kejadian. First of all i would like to congrats kaka kesayangan saya yang selama ni berkongsi segala rasa, pegi berfoya-foya bersama, lepaking at mamak stall, talking to each other, singing at superstar karaoke, eating at RASA but sometimes NANDOS. Really miss that moments kaka! But now you're married. To someone that love you and deserve you better. Shila doakan kaka bahagia selamanya. Abg Awin jaga kaka leklok tau. Sampai sekarang shila macam tak percaya you guys are MARRIED! Yela dulu hingus pon shila yang lapkan. Huhu. Here i put some photos of bride and groom. Have a look.

 ::You'reBeautifulShazwaniAkma::

 ::EhSalahLentokKotJanganJelesMohdRazwin::

Last but not least, here is wedding gift from us. Home made special for Raja Sehari ni. Kaka makan tak? Mesti da kene belasah dengan sedara-mara and anak-anak buah kan? Anyway, wedding kaka hari tu sangat happening. Kaka pon sangat cantik. Macam tak percaya yang tu kaka. Makan pon sedap. Siap berulam-ulam lagi. Very close to nature. Tapi tak perasan la pulak if ada sambal belacan as your favourite kan? Akhir kata, bila nak bela anak sendiri? Ni asik bela anak kucing je..hehe!



 ::SpecialGiftOfChocolate::

Bicarasikacamata: Final exam just around the corner dan pastikan kesihatan anda berada di tahap yang memuaskan.

Saturday, March 19, 2011

::PasarMalamJalanTuankuAbdulRahman::

Hey readers! Its all about last saturday. What was happened? Hoho! Tell u what, its time for wasting our time, money and energy. Lalala~ By the way, bukan macam tu la korang cuba fikir bila hari minggu mau buat apa lagi kalau tak hanging out here and there dengan memember kan? Tak gitu. Aku juak begitu bah. Setelah loan telah selamat di depositkan ke dalam akaun BANK ISLAM ku maka ia jua telah selamat disumbangkan di pasar malam jalan TAR. Jalan TAR? Macam interesting je.


::InilahDiaSyurgaMembeliBelahdiKualaLumpur::


::BilaDahBerniagaPastiAdaYangKepenatanSabarYeKak::

Ramai kot peniaga-peniaga khususnya dari Kuala Lumpur mencari rezeki halal dorang dengan berniaga kat Jalan TAR ni. Femes kot tempat ni. Ada apa dekat sana? Korang kena pergi and rasai sendiri kemeriahannya. Sapa yang datang KL tapi tak datang sini memang rugi la. Macam kat Kelantan kan dorang akan cari Pasar Siti Khadijah. Terengganu Pasar Payang. Perlis Padang Besar. Kalau KL Jalan TAR. Kira aku nak banggalah ni coz KL ada gak tempat-tempat shopping murah macam ni. Untuk kedatangan aku ke Jalan TAR kali ini ditemani oleh member kolej aku yang setia menemani aku ke mana saja. Thanks guys! You're RAWKS! Best gak kan sekali sekala dapat shopping murah cam ni. Ada orang tu request nak datang lagi pas dapat LOAN...i'll wait honeyh! Anyway, ada orang tu mengidam McNugget. So, kita pekene McD lu.

 ::ZatiIfa::

::ShilaShiqin::

Pehhh! Sempat gak la sambar baju sehelai dua kat sana. Murah kot. Memember aku pon tak kurang hebatnya menyoppingkan diri mereka. Alamak! dah tulis entri ni lupa lak nak cite sal ROJAK SINGAPORE kat pasar malam ni. Memang terbaik. Sampai sekarang ni aku tak dapat lupa rasa dia. Even that was my first time. Pasni kalu pergi lagi akan ku jejaki makanan ini dulu baru shopping. Lupa nak amik gambar dia. Rugi rugi. kalau tak leh wat free promotion kat sini. Almaklumlah langit mendung membuatkan kitorang kelam kabut dalam bab membeli. Asal cantik sambar je. Asal nampak sedap beli je.Tak belek lama dah pasal nak hujan. Pape pon kitorang dapat beli dengan jayanya apa yang berhajat di hati. 

Bicarasikacamata : Home sweet home. Entry will be posted upon back home.

Saturday, March 12, 2011

::StayWithMe::

I don't know you
You don't know me
We're both busy
Doing our own things
We are both in the same place
Same stations in life
Trying to search for something in life

You looked at me
I looked at you
We talked and started to talk again
We try to do little things
Like going out, eating out
And started conversation

We laugh at each other
Like a child that never stops smiling
Everytime when i'm with you
I'm happy, so happy
Stay with me for a while
Because i need you
Even though you're with someone else

Composer : Eyanz Nlizam
Lyric by : ShilaSuhaimi


Bicarasikacamata : I would like to dedicate this song to someone special in my life. Someone who always make me happy and taught me what life is. Enjoy this song honeyh!

Sunday, February 27, 2011

::iWishIcanSingAsongToHimWithMyOwnGuitar::

I am so eager to play a guitar now. I was dreamt that i sang a song for him lastnight. Tell u what, aku main sendiri kot gitar tu. What a dream. I was so glad to have a dream like that. when i woke up in the morning i didnt remember at all. but yet, masa aku jalan kat dataran cendikia masa lunch tadi aku ternampak there is a guitar kat kedai repair laptop tu dan aku lak macam tiba-tiba dapat dejavu and macam ada orang klik button paly pasal mimpi tu dan yang menariknya aku boleh je ingat mimpi tu 1 by 1.

Oh god! sekarang ni aku rasa nak je pegi amik gitar tu and main satu lagu. tapi plak kan? aku mana reti main pon. Aduh! time ni lah aku nak menyesal pasal dulu tamo belajar main gitar awal-awal. Tapi sekarang da lewat ke? Haha! Totally not honeyh. Segalanya belum terlewat.
Okeh! now aku ada azam baru. i wanna buy a guitar and learn from someone that i met yesterday.

 ::myfutureboyfriend::


Bicarasikacamata: I play it and she sing it. Lalalala~
-->

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.