Thursday, December 2, 2010

.::DAY 05::.


Challenge 5 : A picture of somewhere you've been to

I wanna have been in New Zealand. Nak pegi gak! Can anyone send me there? Hurm. Unfortunately, negara sendiri pon tak habis round lagi ada hati nak pi negara orang (Aku bermonolog di situ). Tapi tulah impian aku dan semoga my dream come true. Sudahlah, xpayah nak cite tempat yang ko xpenah pegi shila. Ko xnampak tajuk pe kat atas 2? Aku sepak gak ko ni kang.haha! okok! Garanglah cik bloggie ni, rilek sudah aku nak cite la ni...taraaa...


.::ibeliEveIcaNfly::.

Guess where? Genting Highland! Waaa..manyak pandai aa. Lu punya bapak sapa nama?Mesti dia suka hati punya ala anak ini macam pandai. Mana lu taw? Aku taw la sebab aku yang letak gambar ni. Bodoh punya apek! haha.(Gurauan di situ..jangan marah aa apek..hehe!)

Gambar ni kitorg amik masa 1st time aku sampai atas gunung 2. Pehh! 1st time la orang kata so reaction dia macam pegi main salji. Sejuk gile! tapi yang peliknya si Christie 2 ley lak dia pakai suar pendek. Geleng kepala aku ngan member-member yang lain. Haha! Apa-apa pon memang sangat happening lagi-lagi aku pergi ngan BFF aku Zati, Terry and Christie. Tapi kitorang pegi balik hari je, dorang kata kalau nk habis cover semua game 2 kene stay dalam dua hari. konklusinya kitorang xhabis cover namun yang demikian tidaklah merasa kerugian sebab bayar separuh je guna ID abang Christie yang keje kat sana. So, bayar separuh main separuh la..haha! Separuh pon separuhlah janji puas. Pasni please jangan ajak aku g genting lagi k? Sudah muak kot coz buat masa ni ada lah 5 kali aku g. Cukup-cukuplah 2 kan shila. Walaupon assignment ni 1 je picture aku pedulik hape..nah! untuk tatapan korang bila rindu-rinduan...=)

.::wELOveRAinbOwcOlor::.


.::aLsoFLowEr::.

Bicarasikacamata : Menyimpan hasrat melancong ke New Zealand bersama yang tersayang(s).


.::DAY 04::.

Challenge 4 : A habit that you wish you didn't have

Habit? Habit ni apa ya? Rabbit aku taw la. Hari-hari dok berlari-lari sambil terlompat-lompat kat umah aku. Ha! Nak cite sat sal rabbit ni, ada ke dia pi gigit wayar internet kat umah aku ni? Sakitnya hati. Nasib baik ada wayar spare kat umah aku, kalau tak memang kitorang 1 family da pakat nak wat satay arnab je. Lagi-lagi abang aku tu. Aku tengok dia memang dah lama aim rabbit tu...haha! (Apa la aku ni dengan rabbit pon nak cari pasal).

Okaylah, we back to the point given. Yang tadi tu sedikit sebanyak aku bermukadimah pasal entri kali ni. Aku ni ada satu habit yang aku sendiri tak suka. Yela dah nama pon habit...kalau leh memang nak elaklah kan?ha?Tak paham? Ish!nak gak aku cakap urdu ke? Yela-yela dalam bahasa kebangsaan urdunya habit memberi maksud tabiat buruk. Kira macam tak baik untuk kesihatan la..haha! Main bedal je, janji korang paham. Habit aku ni datang ikut time, time aku dok lepak-lepak tengok tv atau masa tengah dok diam-diam sambil membaca tu tangan kiri aku ni cepat je naik kat kepala cari rambut gatal. Korang dapat tangkap tak ayat aku ni? Atau masih samar-samar sambil makan buah tamar? Haha. Kalau diikutkan memang la kita tak nampak kepala kita sendiri kan? Tapi yang magiknya jari-jemari aku ni pandai plak cari. satu lagi yang aku musykilnya tangan kiri aku je yang pandai cari rambut tu. Bila time lenguh tangan kiri aku try lak tangan kanan tapi seurat pon tak berjaya cabut..haha! Aku pon pelik. Memanglah orang kata rambut gatal ni buat kepala kita gatal tapi yang mendatangkan masalah kat aku ni kalau da hari-hari tengok tv, hari-hari cabut rambut, hatta botaklah kepala hamba. Aduh! Apapun aku masih berharap habit ni akan hilang satu hari nanti. Marilah bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kita semua.


Bicarasikacamata : Menaip entri sambil menikmati bihun tom yam terbaik dari kolam air panas. Pehhh!

.::DAY 03::.


Hey guys! Tell you what. Hari ni da 3hb Disember kan? How do you feel about this challenge so far? Mesti berkobar-kobar untuk meneruskan cabaran demi cabaran kan...all the best!


.::Theatre Competition::.


Challenge 3 : A picture of you and your friends

Hey hey hey! Look at the picture above. I love this photo damn much. Guess what the story of? Aku gerenti mesti korang da taw kan? (yela sebab aku da label kat bawah tu..huh!) Especialy ex-classmates aku...(tu pon kalau korang baca surf blog aku la kan..) cuba cari aku dalam gambar ni...senang kan? Akulah yang berbaju sekolah di situ..cute x?cute x? (jangan ada yang dengki di sana okay?) gambar ni kitorang amik lepas pertandingan teater tu..tengok semua sedang cuba menggayakan watak masing-masing...termasuklah aku yang berada di tengah ketika itu.

Okay, let the story begin. Dalam teater tu aku pegang watak budak sekolah. Nak kata baik 2 xkot..haha! Aku berlakon watak antagonis sebagai Rina. Rina ni dia minat plak kt mamat handsome sebelah aku dalam gambar 2.(Don't get me wrong okay? Dalam cerita ni je. Lakonan semata-mata di situ.) Akan tetapi mamat tu tak minat kat aku. Ops! Lupa plak nak introduce sebentar tadi...mamat tu nama dia Shah and dalam teater ni nama dia Awang Kassim..(Apa punya kampung daa nama dia..tapi memang kampong pon haha!) Okaylah..kalau aku cerita dari A to Z sal teater ni sampai 31hb pon tak habis...cabaran-cabaran yang lain plak camne kan? takkan nak abaikan plak...be fair okay? Oleh yang demikian aku memendekkan je apa yang panjang...

Drama ini dibintang dan bulankan oleh >> Sila rujuk photo di atas. (Pandai-pandai la korang cari berdasarkan watak yang diberi..haha!)

Shah@Awang Kassim (Paling handsome mestilah hero..yucks!)
Wun Wei@Tania (Heroin yang comel)
Hani@ Datin Sally (Mak datin yang angkuh tapi manja ngan laki dia ni...hehe!)
El@Datuk Megat (Ahli perniagaan/bapak si tania)
Botak@Awang Bakhil (Pembengis dia ni)
Farah@Bini Awang Bakhil (Kene ikut je cakap laki)
Che Nab@Mak Nab (Mak cik kantin merangkap mak aku)
Aku@Rina (Budak sekolah/anak mak nab..jahat dia ni..hehe!)
Aini@Cikgu Disiplin (Takot wooo..garang dia ni)
Ott@Cikgu besar (Ala...hai!cikgu besar yang kecik)
Kak Bie@tukang cuci 1 (Melodi!)
Zira@tukang cuci 2 (Kalau kak bie melodi dia ni michelle yeoh)
Saeidah@pekerja kantin/anak si awang(Banyak income ni sbb byk sgt watak..hehe)
Kema@pemutarbelit cerita (Tukang cerita)



.::Gambar ini diupload atas permintaan seseorang::.


Bicarasikacamata : Pagi-pagi lagi ada orang YM aku habaq assignment dia dah siap. Hey pigi dah! tapi dalam hati hish tak boleh jadi ni.











.::DAY 02::.


Challenge 2 : The meaning behind your blogger name




Apa ye nama blogger aku?haha...(cuba untuk buat lawak kurang pandai di situ..hehe!)shilalecious dot blogspot (Bukan nama sebenar) .ni lah padahnya banyak sangat baca mastika...haha! Muktamad!xboleh tukar dah...2 pon kak kema yang cakap..(sapa pulak kak kema ni?)ha?okok..lupa nak introduksi sebentar tadi...Shazwani Akma Shaiful Bahri. Beliaulah individu yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan industri dunia blogging ni kepadaku...(ayat Michelle Melodi..pinjam ayat orang je aku ni..hehe!) Nama ni pon aku main bagi je kat dia...sebab nama ni je yang lintas kat kepala aku time tu...banyak lagi nama yang terlintas sebenarnya tapi yang ni dia naik train so bunyi dia kuat sikit 2 yang terpandang 2 yang lain sume naik bas. Slow...haha!(masih cuba bergurau disitu...shila...shila!)


Jap!main point dia kat perenggan ni la..haha!hey hey hey be serious shila...okok!korang ingat tak dulu macam ada fenomena tambah-tambah nama kat belakang 2?ala...time fergilicious kuar album tula...ha,time 2 la aku terinfluenced sekali dengan nama kenama jadah ni...rasa cam sedap je kan?kira ok la 2...hehe!

Sebenarnya aku nak letak nama Shila Suhaimi seperti yang diletakkan kt FB dan juga email address aku tu...akan tetapi baru kusedari bukan aku sorang je punya nama Shila Suhaimi kt dunia ni..sob!sob!agak kecewa di situ..ada jugak mereka yang berkongsi nama denganku diluar sana..tapi kan mak aku kata orang nama shila suhaimi ni baik-baik belaka...agak megah disitu hehe!

Secara konklusinya, ada apa dengan nama?nama mempunyai banyak maksud yang tersendiri. Kadang-kadang pemilihan nama juga agak penting kerana ianya akan mempengaruhi individu itu sendiri...yeah!!tuuudia....tahniah!aku baru je melengkapkan cabaran hari kedua di bulan disember ini...hoho!sekian...nak taw cabaran 3hb?jap!dah 3hb lom?esok kan?tunggu esok aku cerita.


.::Amaran Keras! Jangan bagi nama-nama ini pada bakal anak anda::.


Bicarasikacamata : Aku rasa sistem HRMIS kat ofis aku menyokong 200% aktiviti berblogging aku di sini.





Wednesday, December 1, 2010

.::DAY 01::.



Challenge 1 : A recent picture of you and 15 interesting fact about yourself


.::as blur as me::.


Jam menunjukkan 11.46pm. Okay belum 2hb lagi..masih sempat lagi!(walaupun aku taw waktu menghabiskan entri ni xmungkin kol 11.59pm...huhu!) Sowie puan, sok pagi-pagi sebelum pukul 8 saya letak assignment saya atas meja puan k?haha...nilah ayat aku kalau tak sempat nk submit assignment before due date dia...pinjam la kejap! okok!bila nk cerita pasal tujuan sebenar entri ni?dok merapukan diri saja...ehem..ehem!

Merujuk perkara di atas ini adalah cabaran bagi hari pertama, saya Nur Asilah Suhaimi akan menyahut cabaran yang telah ditawarkan oleh rakan blogger saya. Peh!ayat surat rasmi tuh...sudah!sudah!(pinjam dialog Haziq dalam filem Syurga Cinta..hehe!) Kira ni macam homework budak sekolahlah...sehari 1 essay...so,disebabkan perasaan rindu pada kantin sekolah makin hari makin menebal aku gagahkan jugak untuk mengarang hari demi hari, tahun demi tahun..hehe! Ntahlah sejak dua menjak ni aku da macam addicted nk berblogging, mungkin sebab laman sesawang yang lain dah sawang menyawang kot...atau dalam bahasa Urdunya BORING! Ok mari teruskan pembacaan anda mengenai diri saya...yehaaaa!

Fakta 1 : Gadis yang mesra disapa shila ni amat GEMAR MELANCONG atau dalam bahasa melayunya travelling. Mempunyai cita-cita untuk menjelajahi seluruh dunia. pehhh!kalu la aku dapat g NZ...ha?NZ tu apa?hehe..oops!NEW ZEALAND la sayang...Tapi sebelum tu kene habis cover 1 Malaysia dulu la kan?baru ley nak pergi tengok negara orang...akan aku pergi bersama yang tercinta(s).

Fakta 2 : Minat Football especially SPAIN and LIVERPOOL...biarlah orang nak kata apa hati aku tetap pada liver! aku da try da nak minat kelab lain tapi xleh la...lagi-lagi MU. Aku pon xtaw kenapa...huhu!sowie MU fan..Liverpool always in my HEART. You'll Never Walk Alone.

Fakta 3 : Peminat tegar YONG TAU FOO kt pasar tani presint 2...haha! Penah ada satu masa tu setiap minggu kalau g pasar tani mesti beli, kira ni menu wajib la...sekarang ni da keje so masa nak g 2 amat limit...sedih...xde sapa leh lawan Sri Wangsi. Cayalah bro!

Fakta 4 : TAK SUKA TENGOK CERITA SERAM DAN YANG NGERI-NGERI. Bukan sebab takut tapi sebab takut nanti jadi penakut!hmmm...paham tak ayat aku ni?haha...kira tak nak tengok sebab nanti terbayang-bayang....g mana-mana pon terbayang hantu yang kita tengok 2...pastu mulalah g bilik air pon nak teman...haha!

Fakta 5 : Mempunyai seorang KEMBAR yang bernama Nurul Izzati Mohd Utama!pehhh...siap nama penuh...hehe! Aku jumpa dia kat PTSS tempat aku belajar dulu...dia kembar aku lain mak lain ayah...aik?ley ke macam tu?haha...boleh...boleh!(peminat aku menjawab....=P)

Fakta 6 : Mengidamkan BLACKBERRY...ada sesapa tak nak hadiahkan saya?Nak beli tak mampu...xdapat Blackberry, air blackcurrant pon kira jadilah...hehe!

Fakta 7 : suka shopping sorang-sorang...tak banyak kepala sebab da survey nak beli apa. time nak beli tu tros g kedai yang da aim lama 2...pas beli tros balik...penat pon tak!hehe...tapi kalau bab baju kurung kene ajak ibu gak coz xpandai pilih baju kurung...sebenarnya nak manja ngan ibu sebab dari kecik memang ibu yang pilih..so,bila nak pilih sendiri takot ibu tak suka...nanti nak pakai pon takot...anak mithali la konon...hehe!

Fakta 8 : ha...fakta yang ni mesti korang nak taw kan? Akulah MURID ke-3 TERBESAR masa sekolah rendah dulu...aku ingat lagi time darjah 3 dulu cikgu siap nasihatkan aku diet lagi kau...haha!dah nak besar aku nak wat cmne...mmg baka family aku kot!huuu..tapi tengoklah sekarang?haha...aku pekerja ketiga terkecik kot...slim lagi u!hehe!jangan ada sorang pon yang jeles okay?=P

Fakta 9 : Masih SINGLE but NOT AVAILABLE. (statement try test market) Bukan xlaku ok?tapi masih belum memikirkan ke arah itu...lagipon byk sangat komitmen skrg ni...sbb aku fikir bila da bercinta nanti tros kahwin lagi bagus...hehe!baru thrill..yucks!aku ke yang berkenyataan sebegini. Agak annoying di situ. Seakan tidak mempercayai diri sendiri..bukan tak nak tapi...nanti-nantilah!

Fakta 10 : Membuat 2 KERJA dalam satu masa...pagi di Jabatan Penerbangan Awam dan petang plak di Jalinan Kota dan Desa Travel..nak hidup beb!

Fakta 11 : Mula berkacamata sejak umur 7 tahun...wow!tiada apa yang hendak diwowkan...dan yang agak membanggakan kaca mata yang aku pakai sekarang ni usianya hampir mencecah 5 tahun...agak bangga di situ.

Fakta 12 : Fakta yang seterusnya aku ni TAK PANDAI MARAH. Paling marah pon aku diam je. Maknanya aku marah la tu..tp aku bukan jenis kerana nyamuk seekor kelambu dibakar...cuba untuk tidak menjahanamkan harta benda awam mahupun persendirian (barang-barang kat rumah) Alhamdulillah aku masih boleh mengawal kemarahan aku ni...hehe!

Fakta 13 : Tidak boleh hidup tanpa JAM di TANGAN. Penah sekali tu jam tertinggal kt ofis..tanggalkan sebab nak pi solat..bila xpakai jam 2 rasa masa ni cepat sangat berlalu...aku ingat aku yang da lambat dalam segala hal...bila da sampai umah tengok-tengok awal 1/2 jam dari yang aku sangkakan..hehe! Aku gak sangat minat pada watch tapi dalam koleksi ada 1 je sebab jam ni adalah salah satu perkara wajib dalam hidup aku...rasa sayang nk gantikan dengan watch yang lain...(eh..eh!baru aku perasan ada unsur-unsur setia di situ) sedar tak sedar da 4 tahun jam ni melekap kat tangan kiri aku ni...(tengok jam kat tangan..) *senyum*

Fakta 14 : Hanya ada FB sebagai satu-satunya laman sosial selain BLOG. Myspace or segala space telah diteminate...hehe! Apa-apa hal cari aku kt FB k?n also u can leave ur comment here.

Fakta 15 : Pasal ADDICT BERBLOGGING ni aku terlepas sahur pagi tadi...niat tu da mantap da! tapi tidor lewatnya pasal bukan takat terlepas sahur je...subuh aku pon kol 7..ish3!penangan blogging ni wehh...tapi xpe aku masih nak teruskan cabaran ni...dan yang faktanya 2 hari gak la aku try menyiapkan homework aku ni...semalam da wat separuh, hari ni sambung...yela kalu seharian aku keje mengadap pc ni boleh gak aku curi-curi online kan..kalau lecturer aku confirm dia da xterima...harap terima ye semua?hehe!

Bicarasikacamata : Harap dapat berkongsi idea dan buah fikiran di laman sosial bersama rakan-rakan online. Love them all.



.::Hello December, Im Shila!::.


Hello december! Hello bloggie!Hello everyone...hello...hello...hello! Can anyone tell me apa yang menarik mengenai bulan 12 ni ea?ish..ish..ish..terlalu banyak!Seperti yang diketahui umum bulan 12 adalah School Holiday!yayyyy!!!hohoho...(ala-ala santa gitu...hehe!) Semua orang kot suka bulan 12...especially budak sekolah...cuti dekat 2 bulan ooo....sapa xhappy?bukan budak sekolah je...mak bapak dorang pon tumpang sekaki...ada 2 pakat dok habiskan annual leave tok bersama anak-anak pergi Disneyland!disneyland ke?haha...ni secara khususnya...secara amnya balik kampunglah apa lagi kan?Aku pon happy skali ngan dak2 sekolah ni dan bagi pihak adik-adik aku yg masih di bangku sekolah...akan tetapi ini bukanlah bulan untuk HONEYMOON mahupon bersenang lenang di kala cuti ini kerana ketiga-tiga mereka akan menduduki UPSR,PMR dan juga SPM pada tahun hadapan!haha...masaklah mak ayah aku menggoreng anak-anaknya disitu.

Nak dijadikan cerita tercetusnya idea aku untuk terus melibatkan diri dalam berblogging secara seriusnya apabila sistem HRMIS kt ofis aku pagi tadi wat loklaq dia...aku ni keje data entry so 24/7 kene mengadap pc la kn...tapi bila dia da start wat hang dia jari telunjuk aku belah kanan ni gatal je nak klik button untuk aku meng'update entri-entri baru rakan blogger aku ni...baca punya baca sampailah aku terbaca entri Kak Cahaya Cinta Ilahi kita ni...wow!interesting.

Nak tau pa dia?hehe...(gelak kasik suspen)akan di upload di bloggieku setiap hari bermula 1 December 2010 hingga 31 Disember 2010...tunggu!

Bicarasikacamata : Sedang berusaha menghabiskan puasa ganti sementara waktu maghrib masuk pada pukul 7.00 malam =)

Sunday, November 28, 2010

.::WeekEnd With Girlfriends::.


Setelah hampir sejam aku ngan kema wat site visit sambil khatam beberapa buah buku resepi kt MPH alamanda 2 (kalau ada bahan-bahan masak 2 da masak agaknya chef 2 orang ni..haha!) akhirnya kitorang gerak gak g Roti Boy sementara nak tunggu geng joyahs yakni ain n alyaa 2 sampai...agak2nya ntah bape bakul la dorg dok ngumpat org sepanjang jalan dari PJ ke PJ...korg mesti blur kn?dari PETALING JAYA ke PUTRAJAYA lah...haha!sempat gak lah kema menghabiskan sekeping pizza mini...lapar gamaknya kema disitu...hehe!aku ley tahan lagi sbb da janji ngan joyah 2 keping ni nk pi melantak...dah lama xjumpa punya pasal tahan gak la sebab nk makan ngan dorg...ntah bape tahun ntah xjumpa kan mak?hajat2 dapatlah nandos tapi malangnya....korg tgk lah entri kt bawah ni ea...teruskan membaca!

Setelah tunggu punya tunggu datanglah 2 keping joyah ni dengan muka xbersalahnya....haha! sowie r aku kutuk korg berbakul2 dalam ni...padan muke!sape suh lambat..hehe!(gurauan dan hiburan semata okay!)

Bila joyah dan joyah bertembung berlakulah fenomena gerhana bunyi di Roti Boy itu..baik gerak cepat sblm kene halau ngan org RB 2...korg mmg gile dari dulu kn?especially ain 2...alya ni pon aku rasa da kene sampuk ngan si ain ni...hehe! so,nk makan kt mana ni?gile...1st time org nk g makan kene wat undi secara tradisional...pe lagi?Lat Tali Tamplom OLD TOWN!haha...ke OT r akhirnya...kempunan aku nk makan NANDOS...huh!xpe2....nextime aku pastikan kita ke Nandos!tunggu next reunion k?reunion ke?haha...xlayak dipanggil nama itu..papelah asalkan perjumpaan...hehe!da penat menaip so korg scroll la sendiri keh?=)

.::Lat Tali Tamplom Old Town::.


.::pOsedulukemashila::.


.::theJoyahs::.

For those yang nk cari tempat makan baru ley r try beberapa menu kat sini. Nilah antara menu yang berjaya menarik perhatin. Take a look k?

.::HainaneseChickenRice::.



.::BBQChickenRice::.


.::SuPremEReNdangChickEnRice::.



.::PEpsiflOatlimEjUicehAzelnUtfreezE::.


4 cawan mewakili empat orang n yang paling besar 2 mewakili orang yg paling kecik.ok x?haha!xsempat nk suap makan kt mulut ni dorg da start buka mulut....haih!sampai jiran sebelah meja 2 silih berganti tp korang xsedar2 lagi en dah bape lama korg membakul?apa la nk jadi oi...tp xpe kita update kn?haha...xnk malu punya pasal dan sebelum owner OT 2 hambat keluar baik blah cepat!dan nk bangun bayar sempat lagi smbg sembang balik...pehhh!kalu nk update ntah sehari semalam xhabis ain oi...haha!dah2...janji nk karok kn?jom!kita sambung kt SUPERSTAR plaks...hehe!kt sana ntah bape lagu ko goreng?mantap!mmg salute r korg...xpayah guna mic pon xpe...taw la bekas ahli kumpulan koir sekolah...haha!harmoni habis.




.::aktivitiOfdaDay::.


sebelum balik sempat lagi berhitea...hehe!nk bayar hutang punya pasal...ops!habiskan dulu sisa2 cerita yg xsempat nk kongsi tadi kn. Tapi mmg keje gile r xpenah aku makan secepat 2..menyembang punya pasal xsedar da nk maghrib...by the way, thank you guys for this happening weekend!hilang sikit tension aku dengan cite2 panas korg 2...huhu!thanks alot...we make sure this outing will be continuous okey?wacalu!

.::asal kosong je table 2?alyaa...kata nk open table?ehemmm2::.





.::hiteaAtSRNyumNyum::.


Bicarasikacamata : kecewa dengan kekalahan liverpool tp amat gembira dgn kehadiran 'sesuatu' dalam hidup akuh!

Tuesday, November 9, 2010

Kembali menulis...

Jari jemari kembali menari di lantai tari yakni keyboard (bukan Mari Menari tau..oh!lisa..huhu!)apabila ada cerita yg ingin dikongsi..ketika menulis aku baru je terima berita kematian seorang sahabat...Alfatihah...satu lagi janji Allah telah terlaksana...'setiap yg bernyawa pasti mati'...aku senyum hambar di sini...Allahuakbar! Baru2 ni gak ateh (adik ayah aku) ada tagged aku dua nisan arwah atok n nenek kt FB..walaupun hanya gambar..'A picture tells a thousand story' its remember me to mati! Hidup atas nama remaja bukan lesen untuk kita terus alpa dengan duniawi, pesan aku pada diri sendiri dan juga sahabat...sementara masih muda dan sihat nilah kita harus berusaha memperbanyakkan amalan...'ah,banyak masa lagi!'syaitan terus berbisik halus...tp macam mana bila da tua nanti?kita mana tahu tahap kesihatan kita...kuat ke kita?mampu ke kita nk men 'top up' bekalan akhirat dengan kesihatan kita yg xmenentu n bila da tua nan? Allah ada ke bgtau kita akan terus sihat sampai mati? ko tau ke ko mati sakit pe dan bila?masih berpesan pada diri sendiri. Sapelah yg bertuah yg still dapat 'wahyu' 2...mai la nak share sikit...=)Last word, sentiasa memperbaiki kelemahan dengan bermuhasabah diri...pen-off!

bicarasikacamata : Kembalilah pada matlamat hidup kita...untuk apa dan pada siapa?

Saturday, August 28, 2010

Dua Kerja. Mampukah anda?



Lama sudah aku tak update blog ni..mana tak nya orang 2 berani buat dua kerja dalam 1 masa mana nak dan masukkan entri baru...huhu!dulu wat blog ni pon sebab nak isi masa lapang..yela,dulu kan study..skrg sudah bekerja..people change man!hehe...waktu study dulu kalau takda class masing2 dok bergelumang ngan FB n blogging ni..bestnya teringat time study dulu..sebab 2 aku nak sambung belajar lagi...ops!bab blajaq mgaji ni entri lain k?

Now,topic kita '2 kerja dalam 1 masa'...benda ni dah ramai yang praktikkan betul tak?ada yang siang kerja ofis malam kerja kedai makan,siang jadi bomba malam bawa teksi,buat bisnes sendiri pon ada..macam skrg ni da musim perayaan..ada yang menjahit tu siap bawa mesin jahit lagi kat ofis..nak menjahit time lunch katanya..maklumlah tempahan berlambak so,kena la kerja lebih masa..ada pula siang kerani malam GRO...haha!yang ni memang tak mustahil betul tak?so,aku ni just jadi segelintir daripada mereka yang berjuang untuk hidup dan masa depan yang masih samar-samar dalam kepekatan malam...(chewahh!)perkara ni tak salah kalau tuan empunya diri mampu dan tidak memudaratkan kesihatan. Kalau dah tak larat janganlah memaksa diri ok?duit masih boleh dicari..kalau da sakit siapalah yang susah?tepuk dada tanya selera...macam aku sekarang masih dalam tempoh percubaan...dan buat masa ni takda masalah kot..(sambil tengok diri sendiri atas bawah...gemuk dan sihat nampaknya...hehe!)

Hatta, pepatah juga ada berkata, "HIDUP MESTI ADA MATLAMAT"...tanpa matlamat samalah seperti berperahu di tengah lautan, umbang ambing dilambung gelora...kata-kata ni selalu kita dengar tak kira la dalam ceramah ke,dalam tv ke,newspaper ke. Bila dipersoalkan mengenai matlamat, kita haruslah bertanyakan matlamat sesuatu objek/benda hidup itu kepada penciptanya dan jawapannya akan lebih jelas.Pasti!So,apakah matlamat hidup aku?Hidup untuk mendapat keberkatan Allah...untuk lebih jelas dan nyata, Anda tanyalah pada Penciptaku (Allah yang Satu)..hanya Dia yang tahu. bercakap mengenai topik di atas, ramai individu yang tampil menyuarakan pendapat dan buah fikiran masing untuk merungkai kekusutan yang bersarang dalam kepala ni..mendapatkan pendapat2 daripada yang berpengalaman adalah harus!berkongsi pengalaman juga menjadikan kita lebih banyak berfikir dan matang dalam membuat keputusan yang tepat demi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.



Bicarasikacamata : Penulis suka trademark Ustazah Siti Nurbahiyah "Anda buat, anda dapat."=)


Wednesday, April 14, 2010

.::C0ngratulations to CHINTA GROUP TRAVEL::.

.::Members of Chinta Group Travel::.

Fuh..!lepas satu nafas lega...sowie Bee hari ni baru ade mase nk post entri kt cni...amik mase 2 hari gaks la nk bg btol2 ade tenaga balik...1 nafas je…nafas report lom ley lepas lg..huhu!n yg paling beshnye shila da wekend sebelum sampai masanya....haha!hari ni bersamaan rabu dan sok kamis kitorg xde clas disebabkan kesibukan lecturer jbtn yg terlampau la sibuknya...haha!shila ske...shila ske...ley rehatkan badan...okeh!ni la saat2 nya yg dinanti2kan...the making of trip 2 hari 1 malam expolrasi diri di Perak Darul Ridzuan...yehaaaa!!!wat a damn great experience!!!xpenah lg shila rase handle trip yg fun mcm ni...happy sgt bila participants yg follow trip shila ni berGEMBIRA waktu trip berlangsung...huhu!satu perasaan yg sukar digambarkan kerana telah berjaya menamatkan pengembaraan kt Perak ni...soemetimes 2 ley ckp PERAK???ade pe kt sane?hihi..2 dulu la...tp skrg tell u what...1st impression shila dgr sal perak ni shila mmg xtaw pape sal tourism kt cni...mmg buta perak la org kate...xexpect pon negeri ni menyimpan 1001 khazanah warisan sejarah dan alam yg mmg menarik untuk diceritakan...utk Lost World of Tambun mmg dari awal2 lagi shila da bg 4stars...tp tok destination hari ke-2 mcm Gua Tempurung...Kellie's Castle...mmg 2 tmpt ni realy impressed me...pas ni kalu nk develop package mmg 2 tmpt ni jd top 3 la...huhu!owh yar....lupe nk say thanks to all participants for ur supports n tanpa korg mmg trip ni xkn berjaya...thanks guys!kt cni amik kesempatan gaks nk mintak maaf if ade sbrg perkara yg xmemuaskan hati semua spjg trip berlangsung...Thanks a lot!terimalah T-shirt Chinta Group Travel 2 sbg tanda penghargaan kami kpd korg sume yg menyertai pakej kitorg ni..simpan leklok taw t-shirt 2..kenangan woo!huhu...kalu xpcaye tgk la pic yg shila attached skali bwh ni…






.::wajah-wajah yg penuh keceriaan::.


.::keseronokan yg melanda...tgk sempat lg bergambar dlm air...hihi::.


.::peserta2 yg gila gambar..huhu::.


.::organizer nk bergambar gaks!huhu...(pic ni aku curik kt FB k.kema...mintak curi ea kak...huhu!)::.

Especially thanks to kak kema n abg awin sbb sggup drive jauh2 dari putrajaya smate2 nk bg sokongan kt adik2 die ni...n sbbkn sokongan korg event ni berjaya dgn successnye...thanks guys!love u both..huhu!

.::pose dulu sebelum balik::.


.::Candid::.

tyme ni da nk balik da...tgk tshirt yg dorg pakai 2...ekslusif dari CGT...korg jage taw baju 2...xdapat kt tempat lain der...huhu!xtaw la dpt organize trip mcm ni lg x kn?besh sgt doe...hihi!

.::abOut mE::.

My photo
Putrajaya, Malaysia
im nobody

.::Let's check this out::.

Hello there! Let me intro myself first. Dalam ic nama aku NUR ASILAH SUHAIMI but everyone out there call me shila. Lately, i found out yang aktiviti berblogging ni sangat sesuai dengan jiwa aku sekarang. Kalau sebelum ni aku lagi prefer berfacebooking but sekarang ni aku takde jiwa la kat FB tu. Drop by pon kejap-kejap je...hehe!

Dalam mencari diri sendiri ni banyak perkara baru yang aku jumpa. Mungkin dengan menulis di sini aku rasa puas dengan diri aku yang selama ni kelam mencari konklusi. Kerana secara lisannya, mungkin aku agak sukar untuk meluahkan kata-kata. Segala rasa yang dialami akan dicoretkan di sini untuk kepuasan diri dan tatapan bersama. Bingkisan mereka juga amatlah dihargai. Konklusinya, dengan rasa rendah diri saya mengalu-alukan ketibaan dan perkongsian rasa anda ke halaman ini.